Bab 42

11.5K 456 94
                                    

Hari ini Hamidi mengatakan ingin menghabiskan masa diluar. Jadi, pagi-pagi lagi aku dan Hamidi sudah menapak keluar rumah. Usai solat subuh, kami bersiap untuk keluar mengambil udara pagi.

Berjalan berduaan sepanjang taman perumahan ini. Sarapan pula diambil di warung hujung simpang taman ini. Kuat pula stamina laki aku ni selepas sembuh dari demam.

"Sayang nak makan apa?" tanya Hamidi. Aku yang pastinya tidak terbiasa, hanya mampu mengangkat bahu. Tidak tahu ingin memilih hidangan apa sebagai sarapan.

"Nak roti canai atau nasi lemak?" tanya Hamidi, melihatkan aku yang masih terpinga-pinga memikirkan hidangan, Hamidi mengambil keputusan untuk memberi cadangan pilihan.

"Roti canai," jawabku sambil tersengih.

"Air?"

"Sama dengan Habib,"

"Kopi? Sayang serius nak minum kopi?" tanya Hamidi meminta kepastian. Aku jeda seketika sebelum menggeleng laju.

"Tea o' panas," betulku. Hamidi senyum sambil menggeleng kecil.

Kemudian dia mengulang kembali pesanan tadi kepada pelayan yang tercegat di tepi meja kami. Hamidi mengambil nasi lemak sebagai sarapan.

Yang pastinya, hidangan Hamidi yang siap dulu. Roti canai pula perlu tunggu untuk ditebarkan dan digoreng. Aku memangku kepala, mata meliar sekeliling.

Boleh tahan ramai orang dekat sini, tak perasan pula ada warung di taman ini. Hailah... Tinggal dekat sini dah lebih setahun.

"Sayang," aku memandang Hamidi.

"Nak rasa?" Hamidi menyuakan suapan kepadaku.

"Sedap tak?" tanyaku perlahan. Bimbang didengari pelanggan lain. Hamidi angguk penuh yakin. Aku membuka mulut, Hamidi menyuapkannya kemulutku.

Aku kunyah perlahan. Menikmati rasa. Kononnya...

"Sedap tak?" tanya Hamidi. Aku angguk laju. Menyesal pula pesan roti canai.

Aku kemudian beralih tempat. Pada asalnya aku duduk berhadapan dengan Hamidi. Aku beralih duduk di sebelah kirinya. Meja empat sisi sama. Faham kan?

Nak duduk dekat-dekat dengan Habib. Hehe...

Aku membuka mulut sekali lagi. Minta disuap. Hamidi menjongketkan kening sebelum ketawa kecil.

Disuap juga nasi tersebut. Sambil mengunyah, aku memusatkan pandangan kearah tempat persediaan roti canai. Dua orang lelaki sedang berdiri disitu. Menebarkan roti canai.

"Sayang, tengok apa tu?"

"Tengok tu..." aku menunjukkan kearah tempat persediaan tadi. Masih tidak berpaling kearah Hamidi.

"Hmm... Kenapa?" tanya Hamidi pula. Aku berpaling, baru sahaja ingin menjawab soalannya tetapi Hamidi sudah menyuakan sesuap nasi lemak. Jadi aku batalkan dulu niat tadi, makan dulu nasi yang disua Hamidi.

"Pandainya dia tebar roti canai, Aisya nak cuba, boleh?" tanyaku.

"Boleh, nanti kita buat dekat rumah." jawab Hamidi. Mataku bersinar mendengarkan itu.

Seketika kemudian, roti canai yang dipesan sampai. Tapi aku tolak ketengah. Hamidi berkerut dahi melihatkan itu.

"Kenapa tak makan?" tanya Hamidi. Aku menggelengkan kepala.

"Nak nasi lemak, tapi Habib suapkan." jawabku.

"Roti tu, siapa nak makan?" aura tegas dah keluar.

KAN AISYA DAH KATA, HAMIDI TAK SUKA ISTERI DIA MEMBAZIR!

Aku sengih tak bersalah.

"Aisya makan lepas ni, tapi nak Habib suapkan juga." jawabku.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now