Bab 38

10.9K 461 37
                                    

Aku membuang pandang ke luar tingkap. Perasan sahaja kerlingan Hamidi. Tapi aku endahkan. Katakan saja pada aku. Isteri mana yang tak sakit hati bila benda penting sebegitu tidak dikhabarkan kepadanya?

"Macam mana persediaan cafe dekat Singapore, Id?" tanya Daddy kepada Hamidi.

"Alhamdulillah, setakat ni berjalan lancar. InShaa Allah kalau tak ada aral, tahun ni majlis pelancaran cafe tu." jawab Hamidi. Sopan je laki aku ni.

"Hmm baguslah kalau macam tu,"

"Minggu depan kamu ke Singapore, kan?" pertanyaan mummy membuatkan aku memandang Hamidi. Tidak lagi fokus dengan Naim diribaan.

Hamidi mengangguk kecil. Tak sekarang ni, kenapa aku tak tahu?

"Ecca tinggal mana nanti? Rumah mummy atau rumah mak? Ke nak duduk rumah sorang-sorang je?" pertanyaan mummy membuatkan aku tersentak.

"Belum putuskan lagi," jawabku lambat dengan senyuman kelat. Aku memandang Hamidi dengan kerutan di dahi, dia turut memandangku. Cuma dengan pandangan...

'Sayang nak tinggal mana nanti?'

Sebaik kereta memarkir di garaj rumah, enjin dimatikan, aku terus keluar tanpa menghiraukan Hamidi. Cukuplah bergaduh dalam kereta tadi sebelum masing-masing mendiamkan diri.

Aku masuk kedalam rumah. Membiarkan Hamidi membawa masuk beg pakaian. Kalau aku tawarkan diri nak tolong pun, bukannya diterima. Alang-alang tengah marah ni, baik aku menonong buat bodoh je. Huh...

Yang pastinya langkah aku bukan diatur menuju ke bilik kami. Tapi bilik yang dihiasi dengan barangan bayi. Ya, bilik Awra. Punggung dilabuhkan diatas sofa.

Memerhati segenap penjuru bilik yang ditata rias dengan tema merah jambu. Sudah setahun usia bilik ini. Tapi masih tiada sebarang perubahan. Masih kemas, sentiasa dikemas.

Aku merebahkan badan diatas sofa dalam bilik itu apabila terdengar pintu diketuk dari luar, mata dipejam berpura-pura sudah tidur. Diikuti bunyi pintu dikuak. Makin lama makin kuat bau haruman Hamidi. Nampak sangat dia mendekat.

"Sayang," panggilnya lembut. Kalau diikutkan firasat seorang isteri, dia tengah duduk dihadapan aku.

"Sayang," panggilnya lagi. Kali ini siap sentuh bahu lagi.

"Habib tahu sayang tak tidur," ujarnya. Jarinya dilarikan di tanganku. Aku menepis perlahan. Mata dibuka, Hamidi dipandang geram. Aku berdecit apabila Hamidi tersenyum kecil. Aku bangun dari perbaringan.

Hamidi mengambil tempat disebelahku.

"Habib kena pergi cafe sekarang, sayang okay kan duduk sorang-sorang?"

"Pergi je lah, tak perlu bagitau Aisya, lagipun nanti Aisya duduk sorang-sorang juga."

"Sayang,"

"Apa?" tanyaku kasar. Geram.

"Tengahari nanti Habib balik, okay?" Hamidi memujuk.

"Tak payah, makan je dekat luar sana." balasku mendatar.

"Mana boleh, Habib nak makan dengan sayang." hidungku dicuit tanpa sempat aku mengelat. Aku mengeluh perlahan.

"Pergilah, jangan risau tentang Aisya. Aisya boleh jaga diri. Lagipun Aisya kena faham yang Habib boleh tinggalkan Aisya bila-bila masa je..." aku tarik nafas.

"...sebab kerja." sambungku lambat.

"Sayang,"

Tidak sempat Hamidi meneruskan kata, tangannya aku capai lalu dikucup seperti kebiasaan yang aku lakukan sebelum dia pergi kerja.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now