Bab 37

12.3K 476 46
                                    

Aku berpaut ditangan Hamidi yang sedang menyorong troli dicelahan susunan rak pasaraya. Mata meliar melihat barangan yang tersusun elok diatas rak. Sudah hampir separuh troli penuh dengan barangan dapur dan kudap-kudapan.

"Nak apa-apa lagi tak?" tanya Hamidi ketika melalui kawasan rempah masakan. Aku menjongketkan bahu.

"Selalunya Habib beli apa kalau nak pergi sana?" tanya aku apabila sudah tidak mempunyai idea.

"Barang dapur, kudapan, mainan..."

"Haa, mainan!" pintasku. Aku memandang Hamidi keterujaan. Hamidi menyungging senyuman.

"Lepas ni kita masuk kedai mainan pula," balas Hamidi. Aku mengangguk setuju.

Hamidi memberhentikan troli apabila aku melepaskan pautan tangan. Aku atur langkah berdiri disisi troli. Mengetuk dagu sambil memeriksa jika ada barang yang tidak terbeli.

"Aisya rasa dah cukup," aku memandang Hamidi.

"Betul ni?" Hamidi meminta kepastian. Aku mengangguk penuh keyakinan sebagaimana yakinnya seorang pelajar menebak jawapan dalam peperiksaan.

Seterusnya troli ditolak kearah kaunter pembayaran. Tidaklah terlalu ramai orang ketika ini. Hanya menunggu lebih kurang lima minit untuk giliran kami membuat pembayaran. Sambil itu, sempat juga skrol akaun instagram Hamidi. Haha...

"Tch..." aku berdecit. Hamidi memandangku. Ketika ini, cashier sedang meng'scan' harga barangan belian kami.

"Bosanlah Instagram hari ni, semuanya pasal Mira Filzah kahwin..." bisikku perlahan. Tak boleh kuat-kuat, buatnya terdengar dek peminat Mira Filzah. Mahu tak kena kecam?

Hamidi ketawa kecil.

"Cemburu ke?" tanya Hamidi.

"Nak cemburu apanya? Aisya dah ada Habib, kan?" balasku polos. Hamidi mencebik, kononnya jawapan aku tak releven la tu?!

"Sayang, lepas tangan Habib kejap. Habib nak bayar ni," kata Hamidi perlahan. Aku tersentak. Cepat-cepat aku melepaskan genggaman ditangan Hamidi. Aku memandang cashier yang sudah tersenyum-senyum memandang aku.

Usai pembayaran dibuat. Barangan di bimbit Hamidi. Aku pula sebagai seorang isteri yang memahami betapa beratnya barangan tersebut, menghulurkan bantuan kemanusiaan. Tapi ditolak mentah-mentah.

"Berat ni, biar Habib je yang bawakan." ujar Hamidi.

"Biar Aisya bawa yang paling ringan,"

Hamidi menggeleng kecil. Malah, masih selamba meneruskan langkah. Aku berdecit. Hamidi memberhentikan langkah.

"Kenapa?" tanya aku. Hamidi mengalihkan plastik barang. Kesemua plastik dipegang dengan tangan kanan, tangan kiri pula memegang tangan aku.

"Troli ada, taknak guna..." bebelku perlahan. Memang seketul Athief Hamidi adalah spesis yang tidak menggunakan troli jika ingin membawa barangan ke kereta. Kononnya, kesian dekat pekerja pasaraya kena kutip balik troli tu semua.

Tapi tu kan memang kerja diaorang!

'Meringankan beban orang lain, dikira sedekah. tahu?'

Itulah jawapan Hamidi. Aku hanya mampu tersenyum mengalah apabila Hamidi menjawab dengan jawapan sebegitu.

Pautan dilepaskan apabila sudah sampai ditempat parkir. Aku membukakan bonet untuk Hamidi. Apa function aku ikut sekali kalau nak bukakan bonet untuk suami yang tengah pegang barang berat-berat pun tak boleh? Baik duduk rumah je, tunggu suami balik bawa barang tu ha.

"Ecca," aku memandang kesisi bila ada suara menegurku. Dahiku berkerut melihat perempuan berpurdah dihadapanku.

"Tak kenal akak ke?" tanya dia lagi. Aku memandang Hamidi yang sudah menjongketkan kening dengan senyuman kecil.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now