Bab 24

15.8K 588 86
                                    

Aku mencelikkan mata perlahan. Tangan memisat-misat menggosok mata menghilangkan rasa kantuk. Aku berkerut dahi. Lekas aku bangun dari perbaringan.

Macam mana boleh berpindah tidur atas katil? Telekung juga sudah tidak bersarung dikepalaku. Rasanya subuh tadi aku tidur pakai telekung solat lagi. Aku menjengul memandang kearah tempat solat tadi. Sejadah sudah tiada. Aku memerhati sekeliling mencari kelibat Hamidi, tapi tiada.

Aku mencapai telefon yang berada dimeja lampu. Keningku berkerut apabila ada sticky note melekat diskrin telefonku. Kemudian kerutan dahi bertukar kepada sengihan

'Dah bangun?
Seronok tidur lepas subuh, hmm?'

Jam sudah menunjukkan jam sepuluh tiga puluh pagi. Ya allah, punya lama aku tidur. Patutlah kena perli macam tu sekali.

Aku bangun dari katil, melangkah ingin keluar bilik. Ketika ingin memegang tombol pintu. Ada satu lagi sticky note yang terlekat berdekatan tombol.

'Pergi mandi,
Jangan turun selagi tak mandi.
Dah lewat ni!'

Aku menggaru hujung kening. Nampaknya laki aku dah hafal perangai aku. Tidur lepas subuh, bangun lewat, terus turun bawah dengan tak mandi.

Aku mengatur langkah lemah ke tempat gantungan tuala. Melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Usai membersihkan diri, aku melangkah ke almari baju. Aku tersengih apabila terdapat satu lagi sticky note disitu.

'Lepas siap, turun makan. Habib dah siapkan sarapan.'

Aku tersenyum lebar.

"Baba terlebih makan gula ke, sayang?" perutku diusap.

Almari dibuka, baju dibelek. Akhirnya baju loose soft pink diambil. Sebenarnya baju 'jahiliah' aku masih ada tersimpan. Pernah aku utarakan pendapat ingin berikan baju tersebut kepada orang lain. Tapi Hamidi tak setuju, katanya,

"Kalau dia pakai baju ni bila keluar rumah, dan aurat terdedah. Aisya dapat dosa tanpa sedar."

Jadi aku batalkan niat tersebut lalu simpan baju-baju jahiliah itu dengan elok. Mana yang terlampau seksi, aku buang. Yang lain tu, nak kata seksi tak seksi, nak kata tak seksi tapi seksi. Entahlah, yang penting baju tu aku pakai bila dalam rumah je. Hehe melaram dalam rumah...

Selepas siap mengenakan pakaian, rambut disikat elok. Tepek-tepek bedak. Duduk rumah seorang diri pun tepek-tepek bedak juga? Eh sudah tentu...

Aku turut ketingkat bawah, kaki diatur keruang makan. Penutup makanan dibuka.

'Selamat menjamu selera,
Sayang

And my baby too'

Aku tersenyum. Aku buat air terlebih gula ke semalam? Aku melabuhkan duduk. Nasi goreng diceduk kedalam pingganku sedikit. Doa dibaca sebelum menyuapkan nasi kedalam mulut dengan lafaz basmallah.

Hamidi masak sedap!

Kalau nak kahwin, cari suami macam dia!

**********

Siap menjamu selera dengan hidangan sarapan dari suami tercinta plus handsome extra baik. Aku membawa pinggan yang digunakan ke sinki untuk dicuci. Siap mencuci pinggan aku melangkah ke ruang laundry. Dahi berkerut, pakaian kotor sudah tiada. Aku menjenguk ampaian, eh dah dijemur?

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now