Bab 49

10.9K 409 20
                                    

Siap menyidai pakaian, aku masuk kembali kedalam rumah. Bakul yang tadinya berisi kain untuk dijemur, sudah kosong. Aku letakkan bakul tersebut disebelah mesin cuci pakaian.

Bilik tidur dan dapur dah siap kemas. Baju juga sudah siap dicuci dan dijemur. Ada satu lagi kerja belum siap.

Mengingatkan itu, aku menggeleng kecil.

Langkah diatur ke ruang tamu. Sekujur tubuh Hamidi terbaring lemah diatas sofa dengan sebelah lengannya diletakkan diatas dahi. Mata terpejam.

Ingatkan lepas balik dari Singapore, boleh sambung buat perangai. Alih-alih Hamidi pula yang buat 'perangai' selepas sehari sampai di rumah. Dan hari ini sudah masuk hari ketiga Hamidi berkeadaan sebegitu.

Morning sickness. Bukan setakat pagi je, sampai ke petang dia punya mabuk loya tu. Bila malam, berkuranglah sikit. Sikit je. Dah tiga hari tak pergi kerja.

Aku menghampiri Hamidi. Aku duduk ditepi sofa.

"Habib," panggilku perlahan. Rambutnya aku kuak ke belakang sedikit.

"Hmm..." lemah je dia menyahut. Mata masih terpejam.

"Nak makan apa-apa tak?" tanyaku.

Hamid menggeleng lemah. Aku berkerut dahi, risau. Sudahlah tadi semua yang dimakan, dikeluarkan kembali. Teruk betul alahan dia.

"Nanti perut masuk angin, lepas tu muntah. Makan sikit je, okay?" pujukku.

Hamidi menggeleng lagi. Kemudian dia mengubah posisi mengiring menghadapku.

"Sayang dah siap kemas ke?" tanya Hamidi.

"Dah siap," jawabku.

"Taknak naik atas ke? Tak selesa baring kat sini,"

Aku memincingkan mata melihat mukanya. Ini lagi satu, sakit-sakit pun mengada. Kalau aku turun, nak turun juga. Lepas tu mengadu tak selesa baring sini lah, itulah.

"Aisya suruh rehat je dalam bilik tadi, taknak. Degil nak turun juga,"

"Janganlah bebel," komen Hamidi pendek. Berkerut-kerut dahinya.

Engkau ni pun satu Ecca, dah tahu suami sakit. Lagi nak membebel? Timbang rasalah sikit.

"Yelah, jom naik." aku mengalah. Simpan dulu rasa tak puas hati sampai Hamidi sembuh.

Sebaik mendengar ajakan aku, barulah dia membuka mata. Aku membantunya untuk bangun.

Aku memegang lengannya ketika menaiki tangga. Faham tak risau tu apa? Sudahlah tubuh tengah lemah, lepastu mengada nak ikut orang.

"Nanti kalau makin teruk, Aisya bawa pergi hospital." ujarku ketika kami menaiki tangga.

Hamidi menggeleng.

Aku membuka pintu bilik sebaik sampai dihadapan diatas. Baru sahaja beberapa langkah kaki menjejak kelantai bilik, Hamidi sudah berlari ke bilik air sambil tangan menekup mulut.

"Uwerkk..."

Aku turut mengatur langkah laju mengekorinya. Hamidi yang sedang terbongkok dihadapan mangkuj tandas itu dihampiri. Belakang tubuhnya digosok.

"Nak muntah lagi?" tanyaku. Hamidi menggeleng kecil. Aku membantunya untuk bangun.

Pili di sinki dibuka. Hamidi berkumur beberapa kali. Melihatkan Hamidi menongkat tangan di sinki dengan mata terpejam dan dahi berkerut, kepalanya menunduk. Seolah sedang menhana sakit kepala.

Aku menadah sedikit air sebelum dilalukan kemuka Hamidi. Beberapa kali aku ulang perkara yang sama. Kemudian, dilalukan pula keatas kepala.

"Better?"

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now