Bab 07

14.4K 610 92
                                    

[Media: Baju Ecca]

Pintu kereta dibuka sebelum aku keluar dari perut kereta, rayban hitam dibuka. Samar-samar kedengaran suara orang bercakap. Aku memandang sekeliling, tak ramai yang berkeliaran disekitar itu. Aku mencebik.

'Mungkin tengah buat aktiviti.' Monologku sendiri.

Aku melepaskan keluhan, setelah beberapa kali dipujuk atau lebih tepat lagi, dipaksa. Aku akhirnya datang ke program anak yatim ini. Itu pun, sebelum datang sini dah masuk medan perang dengan Arham.

Mummy dan daddy sudah berangkat ke Singapore semalam. Arham pula katanya, akan ke Melaka selepas memastikan aku sampai disini. Menyampah.

"Pak Nik mana?" Soalku kepada Arham yang sedang tersengih-sengih bermain telefon yang tidak bernyawa itu.

"Cuti." Sepatah perkataan keluar dari mulut Arham.

"Lepastu, aku nak pergi sana naik apa?"

"Kereta kau kan ada, naiklah." Arham menjawab sebelum memandang aku dari atas hingga kebawah.

"Tak nak!" Hubungan aku dengan kereta baru itu bagai ibu tiri dan anak tiri.

"Kau nak pakai macam ni untuk pergi ke sana?" Soal Arham sambil jari telunjuknya tertuju kearah ku dari atas hingga kebawah.

"Yes? You have any problem with this?"

"Agak-agaklah weyh, kau nak pergi tempat anak yatim kot. Pakailah yang sopan sikit, bukannya skirt paras lutut ni." Komen Arham.

"Eah, aku setuju nak wakilkan syarikat pun dah kira bagus, bersyukurlah. Lagi satu, aku bukan manusia hipokrit, aku adalah aku." Balas ku.

"Susah lah bercakap dengan kau ni!"

"Aku tak suruh pun kau bercakap dengan aku. By the way, siapa nak hantar aku pergi sana?" Soalku.

"Naik kereta kau lah, budak!"

"No way!"

"Yes way!"

"No! A big no!"

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now