Bab 40

12.8K 478 38
                                    

Typo? Abaikan je la 😅 malas nak recheck


















Habib Qalbi

Assalammualaikum Sayang
Asiif. Habib tak balik makan tengahari, ada hal sikit.
Malam nanti kita dinner sama-sama, okay? *wink*

Aku menutup telefonku. Pesanan Whatsapp Hamidi dibiarkan tidak berbalas. Aku mengeluh perlahan.

Seminggu berlalu sejak Hamidi demam, sering sahaja dia tidak pulang untuk makan tengahari bersama. Alasannya sama sahaja.

Ada hal.

Kadang-kadang, aku dibiarkan menunggu  satu hingga dua jam sebelum Hamidi menghantar pesanan bahawa dia terlupa memberitahu bahawa dia tidak pulang makan tengahari.

Sehari dua, boleh ditabahkan hati lagi. Tapi, kali ini sudah hampir seminggu. Aku mengeluh.

Aku mengatur langkah menuruni tangga. Ruang makan dituju. Tudung saji yang menutupi lauk dari dihinggap 'bendasing' diangkat.

Ayam masak merah yang tadinya dimasak penuh keterujaan dipandang sepi. Masih ingat akan kata-kata Hamidi pagi tadi sebelum bertolak ke café.

"Tengahari nanti Habib lunch dekat rumah,"

"Betul ni?"

Hamidi mengangguk.

"Kalau macam tu, Habib nak makan apa? Aisya buatkan special." tanyaku teruja.

"Hmmm... Ayam masak merah pun macam sedap je."

"Aip aip captain, Ayam masak merah akan siap dihidangkan!" aku mengangkat tabik persis prajurit. Hamidi ketawa kecil sebelum mempamitkan diri ketempat kerja.

Aku kembali menutup makanan tadi. Tidak 'bernafsu' untuk mengisi perut. Langkah diatur kedapur. Mug hitam yang tertulis nama Hamidi diambil. Dibancuh satu sachet milo 3in1.

Sengaja ambil cawan Hamidi. Sedangkan ada saja cawan putih yang tertulis namaku. Ahh, peduli apa. Asalkan dapat lunch 'bersama'. Dengan cawan pun jadilah.

Balang berisi biskut diambil. Dikepit ditepi badan sedang tangan memegang mug panas. Aku melabuhkan punggung diatas sofa diruang tamu. TV dibuka, memaparkan siaran yang membosankan.

Cukuplah kut nak buat alas perut. Nak makan nasi, tak selera.

Aku mengeluh berat. Entah apa yang disibukkan Hamidi. Bila di tanya, jawapannya ialah tentang pembukaan café di Singapore. Malas hendak melanjutkan perbualan, aku tidak bertanya lanjut.

********
Habib Qalbi

Habib
Habib dekat mana?

Pesanan WhatsApp dariku hanya bertanda 'onetick' sahaja. Lagi dua puluh minit untuk tepat jam sepuluh malam.

Panggilan juga disambut peti suara. Aku melangkah ke dapur, lauk yang dipanaskan tadi diambil untuk di simpan didalam peti.

Usai mengemas dapur, aku menuju keruang tamu. TV dibuka. Menghilangkan rasa bosan. Hati masih ingin menunggu sang suami.

********
"Sayang," sayup-sayup kedengaran suara Hamidi.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now