UTS Beraya #3

4.9K 265 17
                                    

[Sehari sebelum Ramadan]

Ketulan ais didalam mangkuk, aku masukkan kedalam jar yang berisi bancuhan air sunquick.

Kemudian diletakkan diatas dulang bersama beberapa biji gelas. Kek pisang yang aku bakar tadi, dipotong dan disusun diatas pinggan.

"Mama!" aku berpaling ke arah suara itu. Huzair sedang berlari anak kearahku. Ditangannya ada span untuk cuci kereta.

"Mama, baba suruh tanya. Nak cuci tak kereta mama?" tanya Huzair sebaik berdiri disebelahku.

Aku tersenyum.

"Boleh juga. Bagitau baba, cuci bersih-bersih tau."

Huzair mengangguk faham sebelum kembali berlari ke depan. Aku menggeleng kecil. Nak larang bukannya dengar. Tunggu tersadung sakit, baru reti nak behave.

Aku membawa santapan ringan itu ke hadapan. Diletakkan di atas meja dibawah gazebo. Harini Hamidi nak cuci kereta, petang nanti nak keluar pergi pasaraya beli barang dapur alang-alang cuci mata cari baju raya. Esok puasa.

Ouh, kitorang memang suka cari baju raya last minute. Orang sebulan dua nak nak Ramadhan, baju raya dah siap tapi tidak untuk kami.

"Baba!" Aileen menjerit. Atau lebih tepat lagi meraung.

Hamidi pula buat tak tahu. Perangai betullah. Ada patut dia letak Aileen atas bonet belakang, lepastu biarkan je. Mana tak takut kawan tu.

Hamidi mengatur langkah kearah paip yang berdekatan sebelum menyambungkannya dengan wayar getah.

Aku melabuhkan duduk diatas kerusi. Bila Aileen nampak aku. Sekali lagi dia menjerit, nak mengadu baba dia buli.

"Mama, tenyok baba ni!" Aileen sudah dibanjiri air mata.

"Baba,"

Hamidi memandangku lalu menjongketkan kening.

"Apa? Nak tengok baba ke? Haa tengoklah, handsome tak?" Hamidi buat berbagai gaya. Aku menjengilkan mata.

"Turunkan Aileen tu." ujarku. Hamidi tersengih sebelum mengatur langkah kearah Aileen. Aileen dibawa kedalam dukungan.

"Anak baba takut ke?" Aileen mengangguk sambil menyapu airmatanya.

"Alolo kesian dia..." Hamidi mengusap kepala Aileen sebelum dikucup sekilas.

"Dah, tak payah nangis. Nak cuci kereta mana boleh cedih-cedih..." pujuk Hamidi. Bila Aileen sudah reda sedikit, Hamidi meletakkannya dibawah.

"Nak cuci kereta mama ke baba dulu?" Hamidi bertanya kepada 'pekerja'nya.

"Basuhlah kereta mama dulu!" aku menjawab.

Hamidi mencebik.

"Teta baba duyu!"

"Kereta baba!"

Jawab Aileen dan Huzair.

"Okay, kita mula dengan kereta baba dulu." Hamidi tersenyum sinis memandangku.

Apa-apa jelah. Asalkan kereta aku diorang cuci sekali.

Bila diperhatikan. Air lebih banyak dibazirkan berbanding digunakan untuk cuci kereta.

Awal-awal punya semangat semua cuci. Alih-alih, berkejaran kesana sini. Kereta pula menjadi benteng pertahanan untuk melindungi diri dari 'serangan musuh'.

Gelak tawa tak usah kata. Dari awal sampai akhir tak pernah sunyi dari tawa. Aku menggeleng kecil melihatkan itu.

Itu cara Hamidi. Memandangkan dia tidak punya sebegitu banyak masa untuk anak-anak, jadi inisiatif dia adalah ajak diorang 'bermain'.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now