Bab 11

13.7K 623 106
                                    

"Dalam 15 minit lagi kitaorang sampai."

"okay." balasku lalu panggilan dimatikan. Wardrobe dibuka, dagu diketuk perlahan memikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai.

Akhirnya, black ruffle skirt diambil digandingkan dengan plain shirt pink bercorak. Rambut diikat gaya ponytail, anak rambut hadapan dibiarkan berjuntai sedikit kemudian diselitkan ditepi telinga. Simple.

Make up nipis dioles kemuka, natural is better. Bibir dioles sedikit pelembap. Kemudian, di'top-up' dengan sling bag yang serona dengan baju.

Tangga dituruni.Sebaik tiba dianak tangga terakhir, kedengaran hon kereta. Tepat pada masanya. Sandal hitam disarung.

*********
Aku berjalan seiring dengan Qis manakala Mesra dengan seorang lagi kawan mereka.

Bayangkan sahaja, aku seorang diri diantara kami berempat yang tidak memakai tudung. Yang lain pastinya bertudung paras bawah dada. Pastinya kekok untuk berjalan lagi-lagi dengan pandangan pengunjung mall ini. Pertama kali, aku rasa insecure dengan pemakaianku.

Tetapi yang peliknya mengapa Sumayyah tidak ada sekali? Bukankah dia termasuk geng-geng mereka.

"Nak pergi mana ni?" soalku.

"Sekarang ni nak cari baju dan tudung untuk korang pakai nanti majlis." jawab Qis. Aku menggangguk.

"Yang lelaki punya?"

"Yang lelaki nak beli harini juga, semalam Long dan Hamidi dah datang cari baju. So, lepas discuss-discuss semalam. Nak datang beli harini." Aku menggangguk. Jadi semalam, Long ada bersama Hamidi?

"Tu kedainya." kata Qistina sambil menunjukkan kearah sebuah butik. Kami memasuki butik itu. Disambut baik oleh pekerja kedai walaupun jelas kelihatan ejekkan terpapar dimukanya apa bila memandang aku. Maklum saja, ku seorang je makhluk berfreehair. Dan ini butik muslimah.

Kelihatan Long, Lukman, Hamidi dan seorang lagi teman mereka sedang menunggu.

"Eah Cik Ecca pun ada jugak." tegur Lukman. Aku sekadar tersenyum. Aku memandang Hamidi sekilas, matanya memandang kearah lain.

"Ecca, awak okay tak ni?" soal Mesra.

Aku tersentak sebelum menggangguk perlahan. Terasa seperti Hamidi sedang memandang ku. Mungkin, atau sekadar harapan yang tidak mungkin tercapai.

"So, mana design yang abang dah pilih?" tanya Qistina yang pastinya kepada Long.

"Ini," buku yang memaparkan satu design yang agak muslimah disorong kepada Qistina. Kami menjenguk-jenguk melihatnya.

Simple but nice.

"Tema reception warna apa?" tanyaku.

"Softgrey." balas Qistina dan Long serentak.

"Wah, ada strong chemistry lah korang ni. So sweet." ujarku disambut tawa kecil yang lain. Mereka berdua sudah kemerahan pipinya menahan malu. 

Masing-masing memberikan pendapat kepada baju untuk dipakai oleh pengiring pengantin.

"Kitaorang ikut je, asalkan dapat free. Betul tak, Id?" kata Lukman.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now