Bab 52

15.1K 518 205
                                    

Seperti biasa, aku akan terjaga tengah malam dek kaki terasa kejang. Dan pastinya aku akan kejutkan Hamidi. Cuma, untuk malam ini entah mengapa terasa berat untuk mengejutkannya.

Aku bangun dari perbaringan, bersandar di kepala katil. Bibir bawah digigit menahan sakit dek rasa kejang. Aku melirik jam, baru jam 2pagi. Hamidi yang sedang lena disebelahku, aku pandang.

Aku tidur dengan Hamidi? Ya.

Sebaik selesai makan tengahari, Hamidi memberitahu bahawa dia ada kerja di luar. Itupun dia bagitahu mak, tak bagitahu aku.

Selepas asar barulah dia pulang ke rumah. Aku WhatsApp pun dia tak balas, inikan pula aku call. Menambah lagi rasa risau dalam diri aku. Lagi-lagi bila teringatkan pesanan yang dihantar sebelum dia keluar.

Hamidi hantar pesanan ringkas sebelum keluar? Ya. Betullah tu.

Pesanan yang buat aku tergamam.

'Malam ni tidur dalam bilik. Aisya boleh simpan suara Aisya untuk 48 jam mulai sekarang.'

Dan benar, sebaik sahaja dia pulang. Langsung tidak mengeluarkan sepatah suara.

Selepas makan malam, aku ada terdengar mak berbual dengannya di dapur.

"Kalau iya pun kamu terasa hati, terus terang. Jangan buat isteri kamu macam tu, dia tengah mengandung sekarang. Kena jaga emosi dia,"

"Tak adalah mak. Id baik-baik je, cuma penat sikit." dalih Hamidi

"Alasan tu, kamu nak guna untuk isteri kamu bolehlah. Tapi bukan untuk mak, mak dah pernah lalui, Id." balas Mak.

Pergerakan disebelah mematikan imbasan aku tentang perihal tadi. Aku memandang sebelah, Hamidi sudah tersedar dari tidur. Dia memisat-misatkan matanya bagi menghilangkan kantuk.

Sebaik dia mengangkat kepala, suasana seolah berjeda seketika hinggalah Hamidi berdehem kecil. Dia memandang kaki aku seketika sebelum mencapai minyak angin yang terletak diatas meja lampu disisi katil.

Dia merapat kearah kaki aku. Perlahan-lahan menyapu minyak. Hening, tiada bicara.

Aku melirik jam dinding. Jam 2.30 pagi. Sesekali aku melihat Hamidi menutup mulutnya akibat menguap.

"Habib," aku menahan tangannya dari terus mengurut.

"Aisya dah okay," sambungku perlahan. Hamidi mengangguk kecil. Kemudian kembali meletakkan minyak angin ditempat asal.

"Habib pergi mana tengahari tadi?" Hamidi diam tidak menjawab. Malah memilih untuk membetulkan bantal sebelum kembali tidur.

"Kenapa Aisya call, tak angkat?" aku bertanya lagi. Masih sama, diam. Cuma kali ini dia memandangku dengan satu pandangan. Pandangan memberi isyarat agar aku menyambung tidur.

Mahu tidak mahu, aku akur. Tubuh dibaringkan kembali mengiring membelakangi Hamidi.

Sesuai dengan apa yang disuruhnya. Untuk aku tidur membelakanginya. Baginya, itu posisi tidur yang memudahkan untuk dia peluk aku. Me mengingatkan hal itu, aku tersenyum kacil. Lagi-lagi bila terasa ada tangan mendarat di pinggang aku.

Itulah Hamidi.

"Tch..." aku berdecit. Si kecil mula menendang. Kemudian aku merasa satu usapan lembut diperut aku. Mungkin dia juga turut merasa tendangan itu.

"Anak soleh, jangan ganggu mama. Mama penat," perlahan dan lembut sahaja suara Hamidi menyapa telinga aku. Aku mengukir senyum.

Walaupun tahu yang dia tidak berbicara denganku, tetapi cukup untuk aku merasa sedikit lega mendengar suaranya.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now