Bab 06

15.4K 614 65
                                    

BAA!

Aku tersentak dari lamunanku. Aku mengusap dada akibat terkejut dari sergahan itu. Sisiku dipandang. Lia yang sudah ketawa terbahak-bahak dipandang tajam.

"Gelak lagi, biar mati tercekik lepastu tak sempat kahwin." Kataku. Lia menutup mulutnya. Tapi masih terhinjut-hinjut bahunya menahan tawa.

"Seronok kenakan orang?" Lia tersengih tak bersalah.

"Ampun kak, Lia nak gurau je." Maaf dipintanya. Bibir dijuih sebelum mata jatuh memandang si anak kecil yang diriba Lia.

"Anak siapa ni? Comelnya.." Geram melihat pipi pau si kecil, tangan naik mencubit manja pipi si kecil. Untung saja tidak menangis, kalau tidak jenuh memujuk.

"Tu papa dia." Balas Lia lalu menunjuk kearah figura yang sedang mengusap batu nisan di kubur. Maklumlah, kubur dan surau bersebelahan. Dahi berkerut memandang gerangan itu. Macam kenal...

"Dia ada sekali dengan Hamidi semalam." Kata Lia seolah dapat membaca persoalan dibenak fikiranku.

Aku mengangguk.

"Nama siapa?" Tanya ku kepada si kecil sambil tangan bermain dengan jari halus nya. Ahhh, tanya si kecil ini. Macam lah dia faham.

"Anaqi Izzahran." Jawab Lia pendek.

"Nice name." Puji ku lalu menghulurkan tangan ingin mengambil Anaqi dari pegangan Lia, tersengih-sengih Anaqi mungkin menduga aku mengagahnya.

"Eah eah, friendly nya dia. Anaqi dah makan?" Berbual dengan bayi? Cara yang bagus untuk hilangkan stress atau luahkan perasaan yang terbuku.

"Kak, Lia nak pergi ambil makanan ni, akak jagakan kejap budak ni, boleh kan?" Pinta Lia. Aku mengangguk. Kepergian Lia dihantar dengan ekor mata sahaja.

"Apalah Kak Lia ni, kerja tak buat tapi dah lahap makanan. Tak patut kan?" Aku berbual dengan si kecil.

"Anaqi ni comellah, ikut siapa? Papa atau mama Anaqi?." Entah faham tidak bayi ini. Mata bundarnya memang menarik perhatianku.

Aku memandang kearah kubur, kelihatan papa Anaqi sudah tiada. Mata meliar mencari, senang kalau Anaqi menangis, boleh terus pergi kepada si ayah, tak adalah panik nak mencari.

"Mana papa Anaqi?" Soalku kepada bayi itu. Tangan kecilnya sibuk bermain dimuka ku. Apa yang menarik entah.

"Nak?" Soal Lia yang baru sampai. Penuh satu pinggan dirembatnya kuih.

"Banyaknya makan. Buat apa je sampai melahap macam ni?" Tanya Ku.

"Jaga Anaqi, penat tau." Balas Lia. Aku cepuk karang. Aku memandang Lia yang leka menjamu kuih. Nak tanya atau tidak? Hati tertanya sendiri.

"Kenapa pandang Lia macam tu? Ada comot ke?" Tanya Lia kalut sambil mengelap bibirnya. Kalut benar.

"Tak adalah, Hulk pesan suruh jaga muka dia elok-elok." Jawabku. Lia sudah cemberut tidak puas hati.

*****************
Aku memasukkan pakaian yang telah siap dilipat kedalam bagasi. Esok aku akan pulang ke KL dijemput oleh pemandu Daddy.

"Awal kau berkemas, Ecca. Dah tak sabar nak makan ke?" Kata Syaza sebaik memasuki bilik.

Ditangannya terdapat dua biji mug. Aku menyambut sebiji yang dihulurkan Syaza. Syaza menarik kerusi di meja kerja dan diletakkan ditepi katil.

"Bukanlah. Aku cuma taknak kalut esok. Baik bersiap awal-awal kan?" Syaza mencebik.

"Apa tu?" Tanya Syaza. Aku memandang kearah yang ditunjukkan Syaza.

"Ini?" Aku memohon kepastian dengan menunjukkan benda yang dimaksudkan Syaza. Syaza mengangguk.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now