Bab 03

17.4K 681 65
                                    

Aku membuntuti Yana menaiki anak tangga. Langkah diatur menuju kebilik Arfan.

"Aunty, ketuk lah pintu tu." Arah Yana.

Aku menundingkan jari telunjukku kearah diriku sendiri memohon pengesahan. Yana mengangguk.

Pintu diketuk. Tidak lama kemudian, terpancul wajah kak Effa.

"Ouh Ecca, ada apa?" Soal Kak Effa.

"Erm tadi Ecca cari akak dekat dapur, tapi tak ada. Jadi, Ecca agak akak masuk bilik dah." Ujarku.

"Ha'ah, akak naik kejap nak panggilkan abang suruh turun makan." balas Kak Effa.

"Ada orang nak jumpa." Ujarku.

Kak Effa mengangkat sebelah keningnya.

"Yana." Kataku sambil menunjukkan Yana. Kak Effa memandang kearah Yana, terbit senyuman nipis dari bibirnya. Kak Effa merendahkan tubuhnya setara dengan ketinggian Yana.

"Ya sayang, ada apa?" Soal Kak Effa lembut.

"Nak jumpa Papa." Balas Yana pendek. Kak Effa diam sejenak, dia senyum tipis. Kepala Yana diusap.

"Papa tak sihat, Papa baru aje tidur lepas makan ubat. Yana jumpa Papa esok ya, sayang."

Yana menggeleng.

"Yana nak jumpa papa se.ka.rang!" bentak Yana, dia menghentakkan kaki tanda memprotes. Aku dan Kak Effa berpandangan.

"Papa penat, Yana. Jumpa papa esok, ya? "

Yana memandang Kak Effa tajam. Akhirnya, dia menolak Kak Effa ketepi dan masuk kedalam. Untung saja aku sempat menahan Kak Effa dari jatuh. Yana terus menerpa kearah Arfan, terus dipeluk Arfan yang sedang tidur.

"Ya Allah, Yana. Terkejut papa. Nasib baik tak kena heart attack." Ujar Arfan sebaik dia terkejut dari lenanya.

"Sorry." Kata Yana.

"Sorry? Yana ada buat salah dengan papa ke?" Arfan menduga.

Yana diam.

"Sayang, you hug me too tight. I can't breath." Ujar Arfan lembut. Yana melepaskan pelukan.

"Papa dah makan?" Tanya Yana. Arfan mengangguk.

"Liar, papa ni tak pandai menipu lah!" Balas Yana. Budak ni, dari tadi asyik membentak. Aku luku kan.

"Of course, I'm not. Sebab parents papa tak ajar papa menipu."  Balas Arfan. Aku dan Kak Effa berpandangan sambil tersenyum.

"Yana, papa need a rest well. He's not well." Ujar ku setelah sekian lama menjadi pemerhati.

Yana menggeleng sebelum menjawab.

"I want sleep here with papa. To take care of papa. Mama, can I?" Tanya Yana kepada Kak Effa.

"I don't know, you have to ask your papa."  Balas Kak Effa.

"Come." Kata Arfan sambil menepuk-nepuk tempat disebelahnya. Terus sahaja Yana membaringkan tubuhnya disebelah Arfan. Tubuh Arfan dipeluknya.

"May I leave?" pintaku. Tak menahan tengok keluarga terlebih bahagia ni.

"Yeah sure." Balas Arfan sinis.

"Menghalau nampak."

*********
"Aunty, cepatlah, tadi cakap nak pergi mall." Laung Yana.

"Hang on." Balasku. Beg sandang dicapai. Aku atur langkah laju menuruni tangga, menerpa kearah Yana yang sudah tercongok sambil mencekak pinggang di kaki tangga.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now