Bab 21

14.9K 657 126
                                    

Seminggu berlalu, dan dalam seminggu itulah tidak putus-putus aku menerima pesanan daripada nombor tak dikenali. Yang pastinya isi pesanan tersebut adalah status aku dimasa dulu untuk digandingkan bersama Hamidi.

Tipulah jika perkara itu tidak membuatkan aku terkesan. Cukup terkesan. Malah sejak itu aku sering termenung, sudah beberapa kali ditangkap termenung oleh Hamidi. Itupun aku tidak memberitahu hal sebenar.

Malas.

Malas mahu menyemakkan kepala Hamidi yang pastinya terbeban dengan kerja. Walaupun aku masih tak tahu dia kerja apa. Hailah, apa jenis isteri aku ni?

Aku mengeluh seketika. Tubuh direhatkan diatas sofa. Kerja rumah sudah dibereskan.

Boleh tahan penat juga jadi suri rumah ni. Baru sekarang aku dapat rasakan keletihan yang dirasa Mak Teh. Mengemas rumah. Memasak. Mendobi pakaian. Membeli perkakas dapur. Banyak betul pengorbanan Mak Teh.

Dan sekarang, aku sebagai anak bongsu dan juga satu-satunya anak perempuan Dato Mazlan melakukan kerja rumah. Penat. Tapi, untung juga dapat suami macam Hamidi. Ada yang ditolongnya juga.

Alah, apa je yang aku lakukan. Kemas bilik tidur, memasak dan mendobi. Mengemas? Berselerak ke rumah aku? Nak selerak apanya kalau yang tinggal cuma aku dan Hamidi je dalam rumah ni. Bukannya ada anak lagi.

Anak? Aku masih belum mengkhabarkan kepada Hamidi tentang kehamilan aku. Perutku yang kempis disentuh. Senyuman kecil terukir serta-merta.

"Nanti kita buat surprise dekat Baba." ujarku sambil mengusap perut yang masih kempis itu.

Baba? Aku tersenyum kecil. Suka-suka je panggil Baba. Entah-entah Hamidi tak suka. Ah suka hati akulah! Hehe...

Satu notification WhatsApp masuk, dari bunyi sudah aku agak bahawa ianya dari Hamidi. Bagaimana? Aku dah setting awal-awal lagi.

Telefon dicapai lalu ikon WhatsApp ditekan.

Habib Qalbi

Rindu Habib tak?

Aku berkerut seketika. Tak ada ribut, tak ada hujan. Tiba-tiba tanya rindu ke tidak? Senyuman kecil terukir.

Tak.

Sampai hati sayang.

Balas Hamidi, disertai beberapa emoji sedih. Alahai suami siapa ni yang manja ni? Sila ambil balik.

Sayang.

Ya?

Aiftaqadaki. (I miss you)

Sengaja guna bahasa arab?

Aku ketap bibir geram. Hamidi membalasnya dengan menghantar emoji ketawa. Aku menjelirkan lidah. Alah, Hamidi bukan nampak pun.

Tidak lama kemudian, telefon berdering. Panggilan dari Hamidi.

"Assalamualaikum Ya Habibi Ya Maulana." aku memberi salam terlebih dahulu. Nada bahasa dibuat seolah perempuan arab celup. Ada ke?

Mendengarkan Hamidi ketawa, serta-merta aku tersenyum.

"Wa'alaikummussalam, Ya Habibati Aisya." Hamidi turut menggunakan lenggong nada yang sama.

"Kaifa haluk?"

Aku jeda seketika, cuba memahami apa yang ditanya. Hamidi ada mengajar aku beberapa patah perkataan arab untuk kegunaan harian.

"Alhamdulillah, ena bilkhair. Wa enta?"

Bangga jap dapat bercakap arab. Syukran Habibi sebab ajarkan bahasa arab.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now