UTS Beraya #04

5K 269 30
                                    

"Sayang," entah sudah kali keberapa suara Hamidi memanggil. Tapi mata masih berat untuk dibuka.

"Kenapa liat sangat ni hmm?" Tangannya naik bermain dengan rambutku. Baguslah, main lagi dengan rambut tu. Makin terlelap aku lepas ni.

"Saayanggg..." Meleret nadanya. Tandanya itu panggilan terakhir.

"Lima minit. Aisya mengantuk," selimut ditarik menutupi kepala.

"Dari tadi lima minit. Dah 15 minit Habib bagi,"

"Tambah lagi 15 minit," jawabku dalam nada mengantuk.

"Sayang nak bangun sendiri atau Habib bangunkan?" Tanya Hamidi. Aku berdecit. Selimut ditolak daripada terus menutupi kepala.

Buka sahaja mata, wajah Hamidi terus menyapa mata. Tersenyum-senyum, sukalah tu bila aku bangun.

"Mengantuk," gumamku. Aku bangun perbaringan.

"Pergi cuci muka lepastu ambil wudhuk, kita solat. Kalau nak segar lagi, mandi terus." Ujar Hamidi. Rambut yang menutupi wajahku diselit dicelah telinga.

Aku menggeleng.

"Sejuk," pagi-pagi buta nak mandi? Itu bukan Aisya Rabecca. Walaupun water heater ada, tetap aku taknak.

Melawan hukum alam kaum perempuan kalau mandi awal. Lagi-lagi di pagi yang buta ini.

"Cepatlah sayang, nanti lewat. Nak solat lagi, nak sahur lagi..." Mula dah. Makin lama, perangai aku dah berjangkit kepada Hamidi.

Aku hembus nafas kecil. Selimut diselak, kaki diturunkan ke lantai. Sejuk. Baru lantai bilik, belum lantai bilik air lagi.

Keluar sahaja daripada bilik air, Hamidi sudah siap membentangkan sejadah.

"Sejuk," aduku. Tangan menekup muka, menyapu sisa air wudhuk. Hamidi hanya ketawa kecil. Sebelum beredar masuk kebilik air, mengambil wudhuk.

Tak lama kemudian Hamidi keluar dengan muka yang masih tersisa air wudhuk. Dia meraup muka, kemudian menguak rambut kebelakang sebelum memakai kopiah.

"Habib," Hamidi angkat muka. Kening dijongket.

"Handsome," pujiku dengan sengihan.

"Terima kasih. Dah lama tahu," balasnya dengan tawa kecil sebelum mengambil tempat dihadapanku. Sengihanku mati, menyesal pula aku puji.

**********
Masak paprik dan telur gulung yang baru dibuat, aku hidang diatas meja.

"Habib naik kejutkan anak-anak sekejap,"

Aku mengangguk kecil. Budak-budak tu, kalau tak kejutkan nanti mengamuk. Kalau kejutkan, liat pula nak bangun.

Sebaik Hamidi berlalu, aku kembali kedapur untuk bancuh air. Teh panas.

Tepat ketika aku menghidangkan air, Hamidi turun sambil memimpin Huzair dan Aileen didukungan.

"Dah cuci muka ke belum?" Tanyaku. Huzair angguk sambil menggosok mata. Mengantuk lagi.

Kemudian mata terarah kepada Aileen yang masih melentokkan kepala dibahu Hamidi. Nak bangun sendiri konon.

Huzair sudah mengambil tempat berhadapan dengan kerusi aku. Aileen pula Hamidi bawa kedapur, nak cuci muka.

Seketika kemudian, Hamidi kembali ke meja makan. Aileen diletakkan disebelah aku.

"Mama," rengeknya.

'Bila mamai baru reti cari mama, kalau tak asyik menempel dengan baba je.'

"Aileen nak makan apa? Nasi atau Cereals?" Tanyaku. Rambutnya disebak kebelakang.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now