Part 12

7.2K 473 62
                                    

Peluh menitik membasahi badan setiap pemain basketball yang berlangsung sekarang ini. Terutamanya pemain utama iaitu Naufal dan Eddy yang saling berpandangan tajam antara satu sama lain dengan harapan salah satu dari mereka memenangi permainan ini.

Naufal mengesat peluh yang keluar di dahinya menggunakan lengan baju sambil fokus untuk menang. Kalau dia menang dia akan pastikan Eddy tidak menganggu dia dan adiknya lagi. Eddy dengan dunianya sendiri yang ingin menang dan menakluki Anisya.

Pusingan satu di menangi oleh kumpulan Naufal. Naufal bertepuk tangan dengan setiap kawannya yang bermain sehingga menang. Masih ada dua pusingan lagi. Mereka bermain hanya satu pusingan sepuluh mata sahaja. Nak cepat habis. Namun peluh sudah membasahi baju mereka semua. Anisya memerhati angahnya yang kelihatan menang.

Senyuman dia mekar mendengar kemenangan Naufal sehingga hampir bangun dari duduk untuk bersorak riang. Eddy menatap Anisya tajam dengan carutan marahnya. Macam mana dia boleh kalah. Seketika dia berdiri mengambil nafas dalam waktu berehat ini. Satu akal jahatnya terbit.

Di sebelah sana Naufal sedang berehat sambil minum mengumpul tenaganya semula sebelum menyambung bermain lagi. Eddy berjalan ke arah Anisya yang sibuk menatap kumpulan angahnya. Dalam beberapa langkah mendekati Anisya, gadis itu baru tersedar dengan kehadiran Eddy yang menjulang tinggi berdiri di depannya.

Eddy membongkok, merendahkan badan supaya setara dengan Anisya yang sedang duduk di atas kerusi. Anisya di landa rasa takut dengan perlahan. Naufal yang membelakangi adik kembarnya lekas berpaling apabila salah satu kawannya memberitahu Eddy mendekati Anisya.

" Anisya... tak nak bagi aku air ke? Tak nak kesatkan peluh aku ". Eddy mendekatkan wajahnya ke arah Anisya yang badannya mengundur ke belakang menjauhi seniornya. Anisya meneguk air liur sebelum matanya terpandang botol airnya berada di kerusi.

Mama cakap kalau orang mintak sesuatu usahakan untuk bagi. Anisya mengalihkan tatapannya kepada Eddy yang berpeluh menanti jawapannya. Tapi di belakang sana Naufal berjalan ke arah mereka dengan panas hati.

Bukan ke Naufal dah cakap jangan kacau adiknya! Eddy tak faham bahasa manusia ke macam mana. Datang saja Naufal di situ, dia terua menarik bahu Eddy agar menjauhi Anisya dengan tatapan garang.

" Kau buat apa ni. Aku dah cakap jangan kacau adik aku kan! Kau tak faham bahasa ke? ". Ujar Naufal sedikit keras. Eddy bermain dengan lidahnya setelah tubuhnya terdorong tegak. Mengacau daun betul Naufal ni. Buat Eddy rasa meluat, sama je macam Danish tu.  

" Relax lah bukan aku raba dia pun sampai kau nak kecoh macam ni ". Balas Eddy yang tidak berpuas hati. Sebenarnya dia sudah panas hati sejak kalah tadi. Ikutkan tadi dah lama perut Naufal menjadi mangsa tendangannya. Tapi nasib baik dia tahan.

Anisya menunduk melihat kedua lelaki di depannya mula bergaduh mulut. Dengan perlahan, tangannya mengapai botol air berwana ungu bergambar rama rama lalu menghulurkan kepada Eddy. Kedua lelaki seakan mahu bergaduh tadi terdiam melihat botol air terhulur di tengah mereka.

Naufal menoleh melihat wajah Anisya dengan kerutan di dahi. Apa yang budak ni buat? Sebenarnya Anisya rasa takut bercampur serba salah. Tadi kan Eddy meminta air pada dia jadi tak akan lah dia nak menolak walaupun dia tahu siapa Eddy.

" Nah air, tadi cakap nak air kan. Kalau kesatkan peluh Anisya tak ada tuala. Air je yang ada jadi Anisya bagi air je boleh ". Anisya dengan lurusnya menghulurkan air botol tersebut ke arah Eddy. Naufal di buat ternganga. Inilah sikap baik adiknya yang dia tak suka.

Anisya suka cepat kesian dekat orang tidak kiralah siapa mahu orang jahat ataupun baik. Naufal menghela nafas singkat sebelum menarik tangan adiknya supaya tidak memberikan botol air kepada Eddy. Dalam diam senyuman sinis Eddy terukir melihat kepolosan Anisya.

Danish Aira Where stories live. Discover now