Part 6

9.2K 548 33
                                    

Aira duduk sambil memerhati kawan-kawan sekelasnya bermain badminton di gelangang. Sekarang waktu PJ jadi murid bebas memilih permainan yang mereka mahu. Aira sudah bermain tadi jadi dia mahu berehat seketika. Di biarkan Amanda terus bermain dengan rakan perempuan yang lain.

Lagi dua bulan tamat lah mereka belajar pada tahun ini dan masuk tahun depan Aira akan berumur lima belas tahun. Aira bangun ingin ke tandas. Malas mengajak Amanda yang syok bermain. Jadi Aira mengambil langkah untuk pergi seorang diri sahaja. Malas nak mengajak kawan yang lain. Lagipun tandas tak jauh dari gelanggang tempat mereka bersukan.

Aira melangkah masuk dengan perasan yang tenang tiada apa yang perlu di takut kan. Selesai semuanya Aira keluar dari tandas namun baru sahaja tiga langkah Aira berjalan satu suara memberhentikan langkah Aira.

" Hye Aira... ". Aira hanya mematung sambil menatap sang lelaki yang menegur dirinya dengan kelopak mata yang berkedip beberapa kali. Aira tidak pasti apa kehendak seniornya itu pada dirinya. Aira dengan kekok nya membalas sapaan Danish.

" Hy-Hye.. ". Selepas itu Aira bergerak ingin pergi dengan melalui tepi kiri Danish namun sekali lagi langkah Aira terhalang oleh Danish. Danish mendepakan tangan menghalang Aira berjalan. Danish beriak datar sebelum dengan perlahan mengubah riak wajahnya kepada tersenyum kecil.

Aira menatap takut dengan perubahan riak Danish.

" Balik ni balik dengan aku okay. Aku tunggu dekat depan pagar ". Ujar Danish seperti dirinya sudah terlalu rapat atau mengenali Aira. Aira mundur satu langkah. Aira semakin takut dengan perkataan Danish seketika tadi.

" Maaf se-senior tapi saya balik naik bas ". Dengan kaki Aira menolak. Sudahlah tak kenal lepastu suka hati nak ajak balik sama sama pula. Danish yang tersenyum kecil tadi berubah datar secara drastik.

Danish tak suka penolakan dari Aira. Bukan ke Danish cuba cara lembut untuk dekat Aira. Tapi kenapa Aira menolak dirinya? Danish menatap Aira datar sehingga timbul perasaan takut pada Aira. Aira sudah membuka langkah ingin pergi namun suara Danish terdengar mengugut dirinya.

" Aku tak minta kau tolak aku Aira. Itu bukan permintaan tapi arahan aku. Aku tunggu dekat depan pagar okay ". Danish menarik nafas agar dirinya terkawal. Danish tak nak lah takutkan gadis dia betul tak. Danish menepuk kepala Aira beberapa kali sebelum berlalu pergi.

Aira kaku menatap belakang tubuh Danish yang berjalan mendahului dia dan hilang sebaik masuk ke blok kiri sekolah. Amanda berlari kecil ke arah Aira. Bukan dia tak nampak apa senior tu buat dekat Aira tadi.

" Weyh! Aira! Apa Danish tu nak dengan kau? Kau rapat ke dengan Danish tu siap dia tepuk kepala kau lagi ". Ujar Amanda kepada Aira. Aira terdiam tidak tahu mahu menjawab apa. Sedikit sebanyak perangai Danish menimbulkan perasaan tidak sedap pada dirinya.

" Aku tak kenal dia. Dia tiba-tiba datang suruh aku tunggu dekat depan pagar lepas balik sekolah nanti ". Aira dan Amanda mula berjalan ke dewan tempat mereka bermain tadi. Amanda hanya mengangguk dengan mulut mengeluarkan bunyi o yang panjang.

Aira rasa lebih baik dia jauhkan diri daripada senior bernama Danish itu. Aira dapat rasakan aura tidak baik dari Danish. Aira tidak mahu berkawan atau terjebak dengan Danish. Senior yang penuh masalah itu. Aira mengabaikan dan fokus bermain lagi.

Nanti balik Aira tidak akan menunggu Danish seperti yang di suruh. Danish bukan sesiapa Aira. Jadi kenapa Aira nak dengar cakap Danish. Mungkin ini langkah yang betul untuk Aira ambil kot.

Sebaik loceng balik berbunyi. Aira mengemas peralatan dan bukunya ke dalam beg. Aira berjalan bersama Amanda seperti biasa saat mereka pulang ke rumah. Namun Aira menghentikan kakinya apabila melihat duduk tubuh Danish bersandar pada palang pagar.

Danish Aira Where stories live. Discover now