Part 19

3.9K 374 29
                                    

Author update lagi ni 🥺🦋

———

Lepas kejadian bertemu Eddy dan tingkah gila Danish haritu. Aira terus mengelak tak nak terserempak dengan Danish lagi tapi Danish melakukan sebaliknya. Mencari dan menanti gadis itu. Danish selalu nampak Aira asyik melarikan diri menghindar dari terjumpa dengannya.

Sampai satu tahap. Danish tak boleh bersabar lagi. Emosi marahnya sudah mencapai ubun ubun kepala. Meletuskan gunung berapi yang ditahan selama hampir tiga ini. Aira yang berjalan seorangan turun dari tangga terdorong secara mengejut.

Danish menyentap kasar tangan Aira membawa gadis itu ke belakang sekolah dengan langkah besar. Menghiraukan segala rontaan Aira yang meminta lepas. Seterusnya, Danish melepaskan tangan Aira kasar sehingga terdorong berlanggar dengan dinding.

Aira meringis perlahan.

" Kenapa kau jauhkan diri kau dari aku.". Kedengaran suara Danish menggeram mengawal perasaan marah yang tersarang. Jelas tak suka dengan sikap Aira yang sering melarikan diri. Aira bersungguh sungguh menjauhkan diri sehingga sukar Danish mahu mendekati gadis itu.

Padahal baru tiga hari Aira tak nak bertatap muka dengan Danish. Danish dah mengamuk seperti orang tak tentu arah. Belum sebulan lagi. Aira tak faham macam mana otak Danish berfungsi dan apa yang ada di dalamnya. Kenapa senior nya ini sentiasa menyakiti Aira.

Aira mendiamkan diri tak mahu menjawab satu patah perkataan. Danish yang sememangnya bengang mula menghentak sekaligus menendang beberapa batang kayu yang tertahan di tepi dinding tersebut sehingga jatuh ke tanah. Urat urat tangan Danish mula timbul kelihatan.

Amaran bahaya berbunyi di kepala Aira. Menyuruhnya menyelamatkan diri walaupun peluangnya tipis. Tak sempat dia melarikan diri. Danish menghalang dengan kedua tangannya. Kerana terlampau marah mengikut rasa bengangnya.

Danish menyentuh bahu Aira menarik dengan kasar lalu ditolak terhentak pada dinding sampai bunyi mendesis sakit Aira keluar lagi. Tak tinggal diam, Aira melawan dengan menolak, mendorong dan memukul Danish agar cengkaman terlerai.

Sampai satu tahap. Aira yang sibuk bergelut menentang Danish tanpa sengaja melayangkan penampar pada muka Danish.

Semuanya berubah senyap.

Danish tergamam tidak bergerak. Mulutnya sedikit ternganga dengan hujung lidah menyentuh dinding mulutnya. Aira menggunakan sisa tenaga yang ada. Menolak tangan Danish yang gila mencengkamnya.

" Saya dah cakap. Saya tak pernah sukakan awak! Saya tak nak jumpa awak atau dekat dengan awak lagi Danish! Jadi jangan cuba nak kacau saya lagi! Saya tak suka! Berhenti ganggu saya! Berhenti kacau kehidupan saya Danish!". Setelah puas menjerit. Aira membawa kakinya berlari pergi.

Danish yang marah menatap dinding datar dengan gigi mengertak kuat. Aira memang nak cabar dia ke? Aira memang nak tengok gila dia macam mana? Aira. Jangan salahkan Danish kalau Aira sendiri menangis. Sebab itu akibat mencabar Danish Rafael.

Selepas kejadian itu. Danish mula berubah semakin baran. Dia tak mampu mengawal kemarahannya. Seperti sekarang. Ada seorang budak lelaki terlanggar Danish. Ringan saja tangan Danish terangkat nak menumbuk budak tersebut. Nasib baik Amsyar ada boleh tahan kalau tak pecah muka budak tu nanti.

Aira menyimpan niat yang tinggi tidak mahu bersua muka atau berbual dengan Danish. Sampai satu hari. Kegilaan Danish semakin menyerlah. Terlihat begitu menakutkan dan mengerikan.

" Aira. Danish nak jumpa kau dekat dewan bawah sana sekarang.".

Seorang budak lelaki memberitahu Aira di depan kelas. Aira mengangguk sebagai jawapan macam dia akan pergi. Tapi lepas je budak lelaki tu pergi. Aira duduk sambung membuat latihannya sebab tak nak jumpa dengan Danish. Aira abaikan sahaja seperti tiada masalah berat.

Danish Aira Where stories live. Discover now