Part 9

8.1K 476 29
                                    

" Weyh aku dengar ceritakan. Danish dengan Amsyar kena denda dengan cikgu sebab kantoi merokok dekat stor belakang bangunan tu ". Ujar Amanda kepada Aira yang sedang sibuk membuat noto bahasa Melayu. Lekas Aira menoleh ke arah Amanda yang sibuk bercerita. Kedua bebola mata Aira membesar kerana terkejut.

Aira tak sangka dua orang senior itu berani merokok di kawasan sekolah. Kebetulan Amanda baru balik dari tandas dan terlihat Danish dan Amsyar di tarik bawa ke dalam bilik disiplin dan tak jauh dari situ Amanda mendengar ada beberapa orang pejalar bercakap soal Danish dan Amsyar yang di tangkap kerana merokok. Sebab tu Amanda kecoh bercerita dekat Aira ni.

Pandangan Aira dengan perlahan bergerak ke arah buku semula. Tangan yang tadi menulis terus terhenti. Jadi betul lah Danish tu budak bermasalah yang pindah ke sekolah ini. Aira menghela nafas singkat, nasib baik Aira tidak terlalu rapat dengan Danish. Tak. Tak. Tak. Aira langsung tidak pernah terfikir mahu berdekatan dengan Danish.

Jika boleh, Aira akan menjauhkan diri daripada Danish dan Amsyar terutamanya Danish. Aira pernah terfikir adakah senior tingkatan lima itu menyukai dirinya. Sebab Aira perasan Danish suka menatap dirinya dengan pandangan yang sukar di tafsirkan. Bulu roma Aira secara tiba-tiba merinding tegak. Aira mengerakkan bahunya takut. Mintak mintak dijauhkan.

" Biarlah dia. Janji tak kacau kita belajar kan. Nah buat nota tu nanti cikgu marah ". Sengaja Aira mengalih topik daripada melayan soal Danish itu. Amanda membuat muka malas. Aira kalau di ajak bersembang pasal Danish je mesti mengelak. Amanda menarik bukunya lalu membuka halaman yang sepatutnya. Sempat bahu Aira di tepuk sedikit kuat. Geram dengan Aira.

" Kau memang, bila aku cakap pasal Danish je mesti kau ubah topik. Tahu lah kau satu hari nanti tiba-tiba kau jadi girlfriend dia baru padan muka. Time tu aku biarkan je ". Balas Amanda dengan niat bergurau sambil tergelak perlahan. Aira menatap sahabatnya dengan tajam. Mulut Amanda ni ni kan. Nanti jadi betul-betul macam mana.

Amanda memulakan kerjanya sendiri. Sesaat Aira terdiam sambil mengamati apa yang dikatakan oleh kawannya seketika tadi. Aira tak pernah tertikir nak jadi kawan Danish apatah lagi girlfriend Danish. Aira cepat-cepat mengelengkan kepala laju, membuang jauh apa yang baru di fkirkan tadi. Janganlah benda tu terjadi.

######

Danish merenung tapak tangan yang berubah warna menjadi merah lurus segaris diikuti dengan dua garis yang tidak semerah garis pertama. Danish berdiri di hadapan bilik disiplin selepas di ceramah dan diberikan hukuman iaitu di rotan pada tangan sebanyak lima kali. Begitu juga Amsyar.

Kata guru disiplin tadi itu hanya untuk pertama kali jika kali kedua Danish dan Amsyar di tangkap merokok lagi. Guru disiplin akan memanggil pihak ibu bapa untuk datang melihat perangai anak mereka seperti apa di sekolah. Tangan yang di rotan masih terasa kebas dan panas. Kenapa rotan di tangan bukan di punggung.

Guru disiplin bernama Abu tu cakap itu hanya hukuman yang masih lembut. Kalau sekali lagi buat akan lebih teruk yang mereka dapat. Danish tidak menghiraukan rasa perih dan panas pada telapak tangannya. Namun hati Danish membara panas kerana satu pelajar yang mengadu kepada guru tentang dirinya merokok. Tatapan tajam Danish jauh menatap garisan yang memerah.

Amsyar di sebelah menyeluk kedua tangan ke dalam poket seluar sekolah. Memang tangannya terasa sakit namun tidak terlalu kuat. Dia masih boleh menahan rasa sakit itu. Setakat lima sebatan rotan di sekolah lama dulu berapa kali dah mereka berdua kena. Jadi perkara ni bukan lah apa sangat. Cuma Amsyar bengang dengan pengadu yang mengkantoikan mereka berdua.

Amsyar tahu Danish sedang menahan diri daripada mengamuk. Bukan Amsyar tak nampak tadi pandangan membara Danish terhadap guru disiplin tersebut. Amsyar percaya kalau Danish tak menahan diri tadi pasti wajah guru disiplin tersebut lebam menjadi mangsa tumbukan Danish. Sekejap lagi dia pasti budak yang mengadu akan mendapat balasan.

Danish Aira Where stories live. Discover now