Part 8

8.2K 484 53
                                    

Para pelajar kembali ke sekolah pada tahun baru sama seperti gadis bernama Aira dan Amanda itu. Mereka berganjak umur ke lima belas tahun dan bukan pelajar tingkatan dua lagi. Aira dan Amanda masih berada di kelas yang sama dan tetap duduk berdua tanpa berpisah.

Pada hari pertama sekolah, pembelajaran belum di mulakan lagi cuma sesi kenal atau pertanyaan antara guru dengan murid sahaja. Sehingga waktu rehat menjelang seperti biasa ramai pelajar menuju ke kantin untuk mengisi perut. Aira berjalan bersama Amanda untuk ke kantin.

Namun sebaik menuruni tangga Aira hampir terlanggar dengan seorang pelajar lelaki. Aira mendongak untuk melihat siapa lelaki yang hampir dia langgar dan tepat masa itu dunia Aira terasa gelam apabila melihat wajah sang senior yang mahu di hindarinya.

Siapa lagi kalau bukan Danish Rafael. Aira mengetap bibirnya, menunduk tubuh sedikit tanda hormat sebelum berjalan pergi ke kantin bersama Amanda. Tatapan datar Danish mengekori belakang tubuh si gadis. Amsyar di tepi Danish ikut menatap ke arah yang sama.

Hampir sebulan setengah Danish tidak melihat wajah gadis yang di minatinya itu. Amsyar menepuk bahu sang rakan untuk mengajak ke tempat biasa mereka berdua lepak. Pada hari pertama menjadi pelajar tingkatan lima sudah ponteng? Danish dan Amsyar tak kisah.

Nak hari pertama sekolah ke, kedua ke, ke sepuluh ke ada Danish kisah. Danish membuang pandangan ke arah lain dan menyambung langkah nya. Hari pertama yang baik untuk Danish. Namun Danish dapat menangkap riak tidak senang pada wajah Aira.

Adakah Aira tidak menyukai dirinya? Danish tak tahu. Yang Danish tahu Aira nak ke tak nak tetap akan menjadi milik Danish. Danish mengeluarkan rokok untuk di hisap. Danish dan Amsyar tidak serik merokok di sekolah padahal mereka pernah di tangkap merokok pada hari terakhir persekolahan oleh guru disiplin lelaki yang kebetulan lalu di situ.

Danish dan Amsyar hanya di beri nasihat untuk pertama kali. Dan jangan harap mereka berdua akan akur dengan nasihat yang telah diberikan oleh cikgu itu. Danish duduk di atas meja yang berdebu sambil menghisap rokok. Rokok sudah menjadi favorite Danish sejak di tingkatan empat dahulu.

######

" Weyh! Aira kau nampak tak Danish pandang kau macam mana tadi? ". Ujar Amanda selepas mereka selesai membeli makanan dan mencari tempat duduk. Aira hanya buat tak dengar. Aira malas nak dengar pasal senior mereka Danish Rafael itu. Aira duduk dan diikuti oleh Amanda.

" Weyh kau dengar tak aku cakap ni ". Amanda menyenggol lengan Aira menggunakan sikunya apabila tidak mendapat sebarang reaksi daripada sahabatnya itu. Aira hanya mengangkat bahu malas lalu mula menyuap makanan ke dalam mulut.

" Kurang ajar punya kawan ". Amanda menyuap makanan dengan kasar ke dalam mulut. Geram dengan Aira yang tidak membalas katanya tadi. Aira menghela nafas rendah apabila Amanda tidak lagi menyoal tentang Danish lagi. Aira terlalu berat ingin berdekatan dengan Danish.

Bagi Aira mungkin Danish akan membawa pengaruh yang buruk kepada dirinya nanti. Seketika Aira teringat hari di mana ayahnya mengetahui dirinya di hantar pulang ke rumah oleh Danish. Ayahnya telah menasihati supaya Aira tidak terlalu hampir dengan Danish.

" Aira balik dengan siapa tadi? Bagitahu ayah ". Soal Is yang merupakan ayah kepada Aira. Aira menunduk takut melihat riak tegas pada wajah ayahnya. Mia duduk di sebelah suaminya sambil memegang tangan Is agar tidak terlepas kawalan. Mikael pula sudah duduk di bilik atas nasihat ibunya.

Danish Aira Where stories live. Discover now