Part 10

8.5K 491 18
                                    

Aira bersembang dengan satu senior yang memanggil dirinya dan Amanda di korido sekolah semasa dia dan Amanda ingin ke tandas. Ada hal yang senior lelaki itu perlu sampai kan kepada Aira, kebetulan cikgu memesan sesuatu untuk di sampaikan ke kelas Aira. Jadi lagi baik dia pesan dengan Aira dan Amanda daripada pergi ke kelas junior kan.

" Okay, terima kasih senior ". Ucap Aira dan Amanda serentak sebelum berlalu pergi ke tandas. Semasa percakapan tadi ada satu pasang mata menatap dengan penuh kebencian dan api yang membuak-buak ingin meletus.

Siapa lagi kalau bukan Danish yang menatap dari jauh dengan rasa bencinya. Aira berjalan kembali bersama Amanda tanpa rasa curiga. Namun di tengah jalan mereka berdua berhenti kerana Amanda di panggil oleh seorang senior meninggalkan Aira yang berjalan seorang diri. Di persimpangan blok, tangan Aira di cengkal oleh seseorang.

Tubuh Aira terhentak ke dinding dengan Danish di depannya. Aira menelan air liur melihat tatapan tajam bersama riak wajah tegang  terlukis pada muka Danish. Aira menunduk ke bawah dengan jantung yang berdegup kencang, takut dengan seniornya yang satu ini. Seketika pandangan Aira jatuh ke arah tangannya yang di cengkam oleh Danish.

Tengok daripada sini boleh tahu perbezaan mereka berdua dari segi fizikal , bentuk badan. Pergelangan tangan Aira penuh di cengkam oleh tangan Danish. Aira juga menangkap urat tangan Danish yang timbul kerana Danish melipat baju sehingga paras siku.

" A-Ada apa Danish? ". Tanya Aira yang tidak faham dengan sikap sesuka hati Danish. Danish menyunggingkan senyuman sinia sebelum tertawa perlahan. Aira mendongak mendengar tawa yang sinis itu. Dirinya tidak faham kenapa bila di tanya Danish boleh ketawa pula? Aira ada buat lawak ke?

" Kau tanya aku ada apa? Kau buat lawak ke hah? ". Kening tebal Danish terangkat sebelah dengan wajah yang datar. Tangannya masih memegang Aira agar budak perempuan itu tidak lari. Aira semakin di amuk perasaan tidak faham. Aira ada buat salah ke tadi? Dari beberaoa lepas Danish selalu cuba mendekati dirinya. Walau pernah di halau secara baik oleh Aira.

Aira mengundurkan kepalanya ke belakang sehingga melekat pada dinding apabila Danish secara tiba-tiba memajukan wajahnya ke depan wajah Aira. Bibir Danish dengan perlahan membentuk senyuman apabila melihat wajah takut gadisnya.

Dengan beraninya jari Danish menyapu pipi Aira tanpa rasa ragu. Aira lekas membuat riak tidak nyaman apabila kulitnya di sentuh oleh tangan lelaki. Segera Aira mengalihkan wajahnya ke tepi menjauhi gapaian Danish. Senyuman Danish semakin lebar dengan penolakan Aira. Gadisnya semakin berani.

" Aira pandang aku... ". Arahan Danish dengan nada selembut mungkin tetapi bagi Aira itu arahan yang lembut namun menakutkan. Kepala Aira mengeleng dua kali bermaksud menolak arahan Danish. Danish berdecit perlahan, bermain lidah di dalam mulut, menolak hujung lidah ke dinding mulut menghasilkan gelembung yang timbul.

Tangan yang memegang pergelangan tangan Aira tadi dilepaskan lalu menekap pada dinding tepat di tepi kepala gadisnya. Dengan gerakan tidak terduga tangan Danish menarik dagu Aira agar menghadap wajahnya selepas menghela nafas berat, agak kesal dengan sikap tidak penurut Aira. Aira menghulurkan tangan memegang Danish yang mencengkam pipinya.

Kalau Aira menjerit akan ada orang dengar ke tidak? Baru mulut Aira ingin terbuka untuk mengeluarkan jeritan, Danish sudah terlebih dahulu menekup kuat mulut gadis itu sehingga jeritannya terpendam dalam tekupan tersebut. Mata Aira membulat sempurna terkejut dengan tindakan Danish yang begitu laju.

" Jangan jerit sayang. Elok elok aku dah jadi baik nanti setan aku naik teruk kau— Kau nampak stor dekat hujung tu? Kau jerit je aku tarik kau masuk dalam stor situ. Jadi jangan cabar aku. Aku cuma nak kau pandang aku je... Tu pun susah nak ikut ke? ". Aira menahan tangannya ke arah dada bidang Danish yang semakin menghimpit dirinya.

Kenapa Danish terlalu mengerikan? Kenapa Danish suka mengugut Aira walaupun sudah terang-terang Aira menunjukkan rasa tidak suka pada dirinya? Kenapa? Kenapa Danish memilih Aira? Aira pernah buat salah ke dulu? Aira tidak mahu terus berdekatan dengan Danish.

Satu kata yang boleh digambarkan melalui perangai dan sikap Danish iaitu— Gila! Aira tidak pernah terfikir ada lelaki yang berani menyentuh dia sebegini. Macam mana kalau orang nampak? Pasti berlaku salah faham. Danish menurunkan tangannya ke bawah sedikit daripada menutup hidung Aira. Risau gadisnya mati kerana tidak mendapat udara pulak.

" Dengar sini Aira, aku tak suka tengok kau dekat dengan sesiapa pun terutamanya lelaki. Aku nak kau jauhkan diri daripada semua lelaki kecuali aku. Sebab— aku tak suka hak aku dekat dengan orang lain. Bila aku bercakap pandang mata aku, aku bukan bercakap dengan dinding. Mulut ni jangan lancang sangat melawan aku— ".

Sejurus tekupan tadi terlepas Aira mengais nafas sebanyak mungkin. Boleh mati dia dengan tekupan Danish. Namun itu hanya sesaat sebelum dagunya di tarik kembali.

" —Jadilah gadis yang baik, sebab aku suka gadis yang baik dan penurut pada aku. Kalau kau tak nak tengok gila aku datang, jangan buat apa yang boleh sakitkan hati aku. Sebab aku paling benci orang lawan aku. Faham? ". Pipi Aira di tepuk sebelum Danish menarik diri menjauhkan jarak antara mereka dan berlalu pergi bersama senyuman sinis.

Senyuman sinis—

Aira mengetap bibirnya rapat. Lemas lututnya mendengar setiap kata yang keluar daripada mulut Danish. Segala yang Danish katakan, bagaikan orang gila yang men claim diri Aira sebagai haknya. Walaupun sebenarnya tiada kata setuju daripada Aira sendiri. Air mata berkumpul di tubir matanya.

Kenapa? Kenapa Danish menganggu Aira? Kenapa bukan orang lain? Kenapa dirinya. Yang bahkan berusia dua tahun lebih muda daripada Danish. Kegilaan apa yang Danish mainkan ini.

Danish berjalan pergi sambil mengibaskan seragam sekolahnya. Tidak jauh dari situ berdiri Amsyar yang sedang mengunyah chewing gum menunggu kehadiran Danish yang sudah berurusan dengan Aira. Amsyar dari tadi berdiri di situ hanya untuk mengawasi jalan. Setiap yang lalu akan di halang oleh Amsyar.

Dengan tipuan bahawa tangga di sana tidak bolej di gunakan atas sebab pembaikan. Lihat kelibat Danish yang nampak gembira, mereka berdua terus berjalan masuk ke dalam kelas tanpa bertegur sekali pun. Amsyar malas mahu bertanya sebarang ayat berkaitan dengan Aira. Yang dia tahu Danish menyelesaikan sesuatu dengan gadis tersebut.

Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata melihat adegan Danish yang menahan Aira seketika tadi di balik blok sana. Dengan langkah perlahan, sepasang mata tadi mengundur ke belakang dan hilang dari situ.

####

" Maaf cik—cikgu, saya tak berapa sihat sebab tu lambat masuk kelas ". Aira menunduk dengan gigi yang menggigit bibir bawah kuat. Buat pertama kali Aira terpaksa menipu guru wanita yang sedang mengajar di kelasnya. Guru wanita itu mengangguk faham dan membenarkan Aira untuk masuk ke dalam kelas.

Selama berjalan di depan guru sehingga sampai di kerusinya, Aira tetap menunduk ke bawah. Amanda yang menanti kehadiran Aira sejak tadi heboh menatap sahabatnya yang nampak lain berbanding tadi. Mahu bertanya risau menganggu Aira pula tadi dia kata tak sihat kan.

Jadi Amanda hanya menutup mulut yang sibuk ingin bertanya. Nanti kalau Aira dah okay baru dia tanya. Aira merenung bukunya sahaja tetapi fikirannya melayang ke tempat lain. Tanpa seseorang pun sedar, air mata gadis itu bertakung kerana takut. Takut dengan kata yang di ujarkan oleh Danish.

####
Sorry baru update. Idea baru smpai huawaa 😭 dah dekat sebulan tak update kan 🙇😭

Idea stuck habis smpai tak tau nk smbung apa, author sorry gaesss 😖😖

Ada yg tunggu? Kalau ada thank you 💜 kalau mane yg nk bace tu boleh teruskan okey 👌 yg mane taknak tu boleh stop sebab takut lama sgt korg tunggu pulak 😂

Btw thanks again yg support tu 💜 Jgn lupe 🌟 kasi author semangat sikit AHAGA 🌝🤣 

Danish Aira Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora