Part 20

4.5K 360 46
                                    


" Diamlah. ". Marah Eddy menekup mulut seorang gadis sambil mendakap mengheret gadis itu ke belakang dewan bola keranjang. Di mana terdapat toilet di sana. Sekarang sudah jam hampir empat petang. Jeritan gadis itu terendam dalam tekupan erat Eddy.

" Hhmmpphhh! ". Gadis itu— Anisya sudah melelehkan airmata takutnya sementara tubuhnya di seret pergi dengan kasar oleh Eddy. Entah kenapa Eddy naik gila macam ni. Mungkin sebab Anisya tolak dia dengan cara tak layan semua mesej dan call dia.

" Sial! ". Eddy menolak badan kecil Anisya sehingga gadis itu melorot jatuh ketakutan. Suara menangisnya terdengar jelas pada telinga Eddy tapi Eddy memekakkan telinga tidak dengar. Tak sampai situ, Eddy mencengkam kolar baju kemeja Anisya agar terbangun.

" Sa-Sakit... ". Lirih Anisya memohon sebaik badannya di hentak ke dinding. Sakit sangat. Badannya menggigil hebat menahan sakit dan juga rasa takut yang meninggi. Kawan kawan Eddy datang hanya untuk menonton bagaimana gadis itu menangis pilu.

" Sial kenapa kau tolak aku Anisya. Kau jangan nak jual mahal dengan aku lah sial. Bersyukur sikit ada orang macam aku nak budak tak betul macam kau ni! ". Eddy benggang menguatkan cengkaman mengoncangkan beberapa kali badan Anisya.

" A-Anisya.. min—ta maaf... ". Pilu Anisya bersuara. Dia memegang tangan Eddy yang kuat memegang kolar bajunya. Eddy tertawa menyinis.

" Maaf? Haha maaf kau tak guna dekat sini! ". Sergah Eddy kasar, menakutkan Anisya lebih dalam. Seluruh badan gadis itu mengeletar kuat dengan jari jemari berubah sejuk namun tetap menolak tangan Eddy supaya menjauh.

Srak!

Eddy menarik kolar baju Anisya sehingga terkoyak mendedahkan singlet putih yang dipakai Anisya. Menjerit Anisya menangis bila kemejanya di koyak ganas oleh Eddy. Eddy bagai dirasuk iblis. Menyentap lagi merabak besar.

" Jan-Jangan! ". Halang Anisya menolak badan Eddy dengan kasar. Dia takut. Kawan kawan Eddy ikut terkejut tak sangka Eddy sanggup bertindak jauh macam ni. Mereka berlima segera menahan bahu Eddy bila lelaki itu nak menyerang leher Anisya.

Gila! Ni dah termasuk gangguan seksual dah ni!

" Eddy kau gila ke?! ". Salah seorang kawan Eddy bersuara selepas mereka berjaya menjauhkan Eddy daripada Anisya. Kaki Anisya tak mampu menampung tubuhnya jatuh ke tanah sambil memeluk tubuh dan menangis kuat.

Eddy menatap marah pada kawan kawannya sebelum matanya terhala pada Anisya. Senyuman sinisnya bangkit. Melihat keadaan gadis itu yang teruk dengan baju yang sudah terkoyak.

Naufal yang baru tahu geng Eddy membawa Anisya lekas berlari bersama kawan kawannya mencari keberadaan Anisya. Dalam hati Naufal memaki hamun Eddy yang berani menganggu kembarnya. Sampai di toilet belakang dewan bola keranjang.

Naufal terhenti mendadak. Kawan kawannya turut terhenti. Anak mata Naufal jatuh pada Anisya yang dalam keadaan tak terurus. Tak perlu menunggu lama. Naufal berlari, merentap bahu Eddy dan melayangkan penumbuk.

" Sial! Kau buat apa dekat adik aku sial! Jahanam kau Eddy! Berani kau sentuh adik aku! Sial!!". Pukulan tumbukan demi tumbukan Naufal berikan pada wajah Eddy sambil mendengar suara Anisya menangis. Pantas kawan kawan Naufal tahan menghalang pukulan gila Naufal terhadap Eddy.

" Naufal dahlah! ". Kawan Naufal memegang kuat badan Naufal lalu menyeretnya ke belakang. Eddy pula bengang tak terima dia kena pukul bangun ingin membalas namun dia di cegah oleh kawan kawannya. Eddy menepis tangan yang memegang dia.

Eddy tersenyum mengejek sambil melirik ke arah Anisya yang teruk menangis. Naufal berang, mahu maju ingin memberikan penumbuk lagi tapi tertahan. Kawan kawannya kuat menahan badannya.

Danish Aira Where stories live. Discover now