Part 2

11.8K 672 57
                                    

Aira bergerak mengapai beg sekolah dan disangkut pada bahunya sambil berjalan menuju ke meja makan. Sampai di meja makan Hareez atau Is yang kita kenali sebagai ayah Aira sudah siap sedia duduk di atas kerusi menunggu Aira untuk bersarapan sekali.

" Good morning Ayah ". Sapa Aira ruang. Tangan tua milik Is di kucup lembut oleh Aira lalu kedua pipi Is pula menjadi serangan Aira. Is mengusap kepala anaknya sambil tersenyum gembira.

Kebiasaan mereka sekeluarga sejak Aira kecil lagi. Memang Mia mendidik Aira supaya bersikap sebegitu setiap pergi ke sekolah. Jadi sehingga Aira berumur empat belas tahun Aira tetap dengan sikap yang satu ini. Muncul Mia sambil menatang semangkuk nasi goreng ke meja makan.

Aira bangun lalu melakukan perkara yang sama dia lakukan kepada ayahnya tadi. Mia membalas dengan mengucup dahi anak perempuannya. Aira duduk kembali. Kini lengkap keluarga mereka menikmati sarapan bersama.

Oh! Tidak lupa! Aira mempunyai seorang adik lelaki bernama Maleek yang masih berumur sepuluh tahun. Mungkin belum keluar dari biliknya lagi. Tapi tidak lama kemudian datang Maleek dan mengambil tempat di sebelah kakaknya ; Aira.

Maleek mempunyai satu sikap dari ayahnya iaitu dingin dan agak keras kepala. Perkara itu diketahui oleh Is dan juga Mia. Jadi mereka tak ada masalah bagi sikap Maleek begitu. Asalkan jangan menganggu orang lain.

" Ehemm.. Maleek dah tak nampak ibu ayah dekat sini ke? ". Perli Mia lembut. Bukan mahu menyakitkan hati anak bongsunya itu tetap hanya mahu bergurau. Bukan Mia tak tahu perangai anak lelakinya itu bagaimana.

" Sorry, good morning ibu ayah ". Hanya itu yang di balas oleh Maleek untuk teguran Mia tadi. Malah Maleek terlebih dahulu mengisi perut berbanding orang lain. Is mengeleng kepala melihat tingkah laju anaknya itu.

Kenapa Is dan Mia tidak menyuruh Aira dan Maleek untuk memanggil mereka dengan gelaran moden seperti mama atau papa walaupun kedudukan mereka boleh dikatakan tinggi. Semua itu dari Is sendiri.

Is tidak mahu anak-anaknya terlalu berbangga dengan pangkat yang mereka ada. Jadi tidak masalah kalau hanya memanggil ibu dan ayah. Walaupun kedengaran kampung. Itu tak jadi satu masalah.

" Ibu ayah kami pergi dulu. Bye bye ". Ujar Aira selepas menghabiskan sarapannya di pinggan. Maleek juga bangkit mengikuti kakaknya itu. Sempat mereka berdua bersalam dengan Is dan juga Mia.

Aira berangkat ke sekolah menaiki bas atas arahan Is sendiri. Is kata biar anak-anaknya pandai berdikari. Lagipun Is jarang berada di rumah. Hanya Mia yang menemani anak-anak mereka jika Is terpaksa bekerja jauh. Tapi sekali sekala Is akan membawa Mia pergi bersama juga kalau kerja terlalu penting.

Sama seperti Maleek. Mereka berdua akan menaiki bas yang sama untuk pergi ke sekolah. Bukan jauh pun. Sekolah Maleek akan dilalui terlebih dahulu manakala sekolah Aira berada pada jarak yang agak sedikit jauh. Aira melambai ke arah Maleek yang sudah turun daripada bas.

Namun hanya dua kali lambaian malas Aira dapat daripada Maleek. Aira mencebik. Adiknya tu keras betul. Padahal baru sepuluh tahun. Ibu cerita Maleek mewarisi sikap ayahnya. Aira sendiri tak faham sikap yang macam mana. Sebab selama ni ayahnya cukup baik dan lembut pada Aira dan Maleek.

Kecuali semasa Aira kecil dahulu. Lagipun Aira pun tak ingat apa yang jadi ketika itu. Aira terlalu kecil ketika itu. Jadi wajar Aira tidak mengingat sikap dingin ayahnya pada ibu dan dirinya juga. Perkara itu juga sudah berlalu beberapa tahun lepas.

Sampai di sekolah Aira berjalan dengan perlahan menuju ke sekolah nya. Sampai di kantin seseorang dengan beraninya merangkul bahu Aira dengan terkejut. Aira berpaling melihat siapa gerangan orang itu. Amanda?? Tersengih melihat Aira.

" Aira jom makan nasi lemak nak! Aku lapar lah! Aku tunggu kau tadi nasib kau dah datang. Jom teman aku! ". Ujar Aira ceria sambil mengoyangkan badannya yang membuat Aira turut bergoyang. Aira mengetap bibirnya lalu mencubit lengan Amanda.

" Auwchh! Sakitlah Aira kau ni kan! ". Marah Amanda sambil mengosok lengannya. Alahai bukan kena pun sebenarnya. Aira memandang Amanda yang nampak over je. Sesaat kemudian Amanda tersengih sendiri sambil mengendeng tangan Aira.

" Weyh! Aku rindu kau weyh! Tiga hari kau tak datang murung aku! ". Ujar Amanda sebaik mereka duduk di kantin sekolah. Aira tersenyum kelat. Memang tiga hari Aira tak datang sekolah. Tapi tu pun bersebab. Sebab Aira tiba-tiba demam. Tak tahu kenapa. Mungkin cuaca sekarang yang tak menentu kot.

" Yelah Amanda ". Balas Aira malas. Amanda kalau dilayan makin menjadi. Aira hanya melihat Amanda yang sibuk menjamah nasi lemak di depannya ini. Sambil itu Aira memerhati sekeliling sehingga matanya terpandang ke arah seorang pelajar lelaki di pojok kiri kantin.

Aira mengabaikan pelajar lelaki itu dan menoleh ke arah Amira lagi. Amanda yang sedang makan tiba-tiba teringat tentang sesuatu yang nak di gosipkan sebaik Aira sembuh dari demam.

" Weyh Aira! kau tahu tak. Masa tiga hari lepas kau tak datang sekolah. Ada satu pelajar lelaki ni masuk sekolah kita. Dia form four tak silap aku. Lepastu kan mata dia warna grey weyh. Badan dia sado. Muka dia kacak. Tapi sayang sombong nak mati. Pandang orang pun macam nak gaduh je ".

Amanda bercerita dengan teruja pada awalnya. Namun semakin hampir ke akhir ayat nada suara Amanda berubah seakan menyampah dengan mencebikkan mulutnya. Aira hanya menjadi pendengar.

" Mana kau tahu ni Amanda. Tiga hari aku tak datang ada je cerita kau kan ". Sahut Aira dengan malas. Tapi mendengar mata pelajar itu berwarna grey agak membuat Aira menjadi teruja. Ialah bukan senang nak jumpa mata orang macam tu.

" Hehe. Aku dengar cerita dari budak-budak perempuan sekelas kita lah. Lagipun part sombong tu memang betul lah aku rasa. Sebab hari tu aku terserempak dengan dia tapi satu senyuman pun tak ada dekat muka dia. Harap je kacak ". Amanda menyambung makan semula selepas puas hati meluahkan perkara yang nak di gosipkannya.

" Hmm iyalah dah makan cepat. Kejap lagi nak perhimpunan dah ". Aira sendiri menamatkan perbualan sebelum lagi panjang sahabatnya bercerita. Mata Aira sekali lagi ke arah pelajar di pojok kiri kantin. Mungkin tidur siap memakai sweater berwarna hitam lagi.

Aira terkedu apabila orang yang di tenung tadinya bangun dan menjurus menatap Aira. Aira dengan terkejut mengalihkan pandangan apabila pelajar lelaki itu menatap Aira seakan ingin memakan Aira. Tidak tahu kenapa Aira berasa aura tidak enak selepas berpandangan dengan pelajar lelaki itu.

Aira bukan jenis berkawan dengan lelaki. Kawannya di sekolah ini hanya lah Amanda seorang. Jadi bila ditatap sebegitu Aira menjadi takut. Aira cuba mengabaikan pelajar yang dirasakan masih menatap ke arah nya.

" Kau okay ke Aira? ". Soal Amanda selepas habis makan. Amira perasan yang Aira seakan gelisah dan sedikit pucat mungkin. Aira yang di tegur dengan cepat mengeleng dan mencapai begnya.

" Aku okay. Jom pergi dewan sekarang ". Ajak Aira mujur Amanda tanpa banyak cakap bangun dan mengikuti langkah Aira. Aira sendiri tak faham kenapa dirinya bertindak takut sebegini rupa.

Tapi yang membuat Aira takut kerana senyuman yang terbit daripada bibir lelaki tersebut yang dapat ditangkap oleh Aira seketika tadi. Bukan senyuman biasa tetapi seakan menyeringai ke arah Aira.

Semoga Aira tidak berurusan dengan pelajar tersebut.

#####

Wahh! Kome awesome lah part 1 lepas 🙏🙌. Sorry baru update 😳

Time ni Danish 16 n Aira 14. So beza 2 tahun. Okay 😂👌

Cam biase vute kumen okay 🌚😳😳

Danish Aira Where stories live. Discover now