Part 24

7.1K 424 48
                                    

" Jangan sombong dengan aku lah sial! ". Maki Eddy menyentak tangan Anisya yang menjauhkan diri. Seperti biasa gadis itu sudah menangis kerana takut. Dia berkali kali meleraikan jari jemari Eddy yang mencengkam tangannya. Sakit sangat. Sekarang waktu rehat.

Anisya baru je turun ke kantin, namun belum sampai ke sana. Eddy muncul menghalang laluan dia dan terus menarik paksa dia agar mengikuti langkah lelaki tersebut. Tingkah laku Eddy menjadi perhatian pelajar yang ada di sana.

Memerhati secara diam. Apa yang Eddy lakukan tiada kaitan dengan mereka jadi buat apa nak masuk campur? Anisya memberontak kasar, menghempas tangan Eddy menggunakan tenaganya yang tidak berapa kuat.

" T-Tak nak! Anisya tak nak ikut Eddy! Lepas! Lepaskan Anisya!". Jerit Anisya menarik tangannya supaya bebas. Kawan kawan Eddy ada berkumpul mengikut dari arah belakang. Tidak berniat menghentikan kerja gila Eddy di siang benderang macam ni.

" Eh sundal kau jangan nak jual mahal dengan aku lah! Apa yang susah sangat nak dengar cakap aku ni hah!? ". Eddy menjerkah tepat di muka Anisya memberhentikan rontaan menggila gadis itu terhadapnya. Eddy bengang sebab Anisya berlagak jual mahal sangat.

Lagipun ingat bet Eddy dengan Naufal? Kalau dia menang Anisya jadi hak dia. Tapi sampai sekarang budak lembap ni asyik tolak dia je. Naufal pulak buat selamba dia je. Itu yang buat Eddy makin menyirap marah.

" Arghhhh ".

Seketika jeritan Eddy kedengaran serentak cengkaman pada Anisya terlepas akibat gadis itu dengan beraninya menggigit lengan tangannya. Dia terundur selangkah menjauh sambil menyentuh tangannya yang mempunyai belas gigitan Anisya. Matanya mencerlung marah.

Anisya bergegas ingin melarikan diri tapi kawan kawan Eddy menjadi benteng penghalang. Bahunya di rentap oleh Eddy dari belakang.

" Sial kau Anisya! ". Perasaan marahnya tidak dapat dikawal. Eddy melayangkan tangan ke atas dengan maksud akan memberikan penampar pada pipi Anisya. Sebelum perkara itu terjadi sebuah tendangan mendarat keras dekat belakang badannya.

Eddy terpelanting jatuh kerana menerima tendangan kuat tersebut. Anisya turut terjatuh apabila badan Eddy secara tidak sengaja melanggar bahunya. Eddy menoleh dalam keadaan badannya tertiarap. Di situ berdiri Naufal yang baru sahaja menendang Eddy.

Lengan Anisya ditarik agar bangun dan berdiri di dekatnya. Situasi panas ini, berjaya menarik para pelajar sebagai penonton. Lekas Eddy bangkit dari duduknya. Mencarut marah lalu berhadapan dengan Naufal tapi masih berjauhan dalam tiga langkah.

" Jangan jadi sial Naufal. Ingat bet kita. Aku dah menang. Bagi Anisya dekat aku. ". Eddy menentang berani. Naufal membuang pandangan dia sebelum menatap Eddy semula. Riak muka mengejeknya muncul menambah panas dalam hati Eddy.

" Try lah ambil Anisya kalau kau mampu. Aku dah muak dengan sikap bodoh kau tu sial. Kau fikir kau siapa. ". Balas Naufal yang sudah tidak boleh bersabar dengan kelakuan buruk Eddy lagi. Semua dah cukup. Berhenti dekat sini. Kalau Eddy nak ajak dia bertumbuk sekalipun dia akan lawan balik.

Kali ni Naufal tak akan berdiam diri lagi. Eddy menjungkitkan hujung bibirnya. Menyeringai sinis, melangkah mara ke depan dan Naufal tak bergerak sedikitpun. Sungguh berani adik Danish tersebut. Anisya bersembunyi di balik badan kembarnya.

" Jangan cabar aku Naufal. ". Bisik Eddy memberi amaran dalam bicaranya. Dengan nekad yang Naufal ada. Dia mengangkat dagunya tinggi. Menunjukkan dirinya yang berani tidak gentar terhadap amaran Eddy.

" Kalau aku nak cabar kau. Kau nak buat apa sial. ". Kini kedua manusia menatap satu sama selain penuh kebencian. Anisya mengenggam bajunya mengawal perasaan takutnya. Pelajar yang menonton, ada yang berlari pergi entan ke mana. Mungkin tak nak tengok aksi ganas sebentar nanti.

Bugh.

Terjatuh Naufal ke lantai sebaik Eddy melayangkan penumbuk di rahangnya. Terkejut semua yang melihat terutamanya Anisya. Menatapnya penuh kejutan melihat kembarnya terjatuh kerana ditumbuk. Asyik melihat Naufal, dia tak sedar Eddy dekat pada dirinya.

Naufal lekas bertindak. Menyepak kaki Eddy lalu bangkit dari terjatuhnya. Tidak terima dengan perlawanan yang Naufal buat tadi. Tangan Eddy terangkat lagi mahu memberikan penumbuk yang lain. Naufal juga begitu mencengkam kolar baju Eddy. Mereka masing masing ingin melepaskan penumbuk.

" Hoi!! Berhenti!! Korang semua buat apa tu?!!". 

Tapi semuanya senyap apabila mendengar satu suara menjerit kuat menyuruh mereka berhenti dengan segera. Para pelajar yang sempat berkumpul tadi berlarian pergi. Kebetulan anak mata Anisya bertemu dengan Naufal. Tepat itu, Naufal memberikan isyarat agar Anisya pergi dari situ.

Kerana guru semakin dekat. Dalam terpaksanya Anisya berlari sambil mengusap pipinya. Kawan kawan Danish dan Eddy juga sudah hilang meninggalkan kedua orang yang bergaduh tadi di situ. Sampai saja guru yang menjerit kuat tadi. Belakang kepala Eddy dan Naufal menjadi sasaran pukulannya.

Keduanya di arahkan masuk ke dalam bilik disiplin.

###

" Danish boleh berhenti kacau saya tak? Awak pergilah masuk kelas awak ". Geram Aira menyuruh Danish yang menganggu dia sejak tadi masuk ke kelas lelaki itu. Aira geram dia yang sedang menyiapkan latihan terus di kacau oleh Danish.

Sejak awal tadi, Danish tak berhenti mencuit pipinya menggunakan hujung kepala pensil. Bukan itu sahaja, sesekali Danish menarik tudung sekolah yang dia pakai. Bukannya Danish masuk ke kelas sendiri, ini mengacau di dalam kelas Aira. Mentang mentang cikgu tak ada.

Aira jadi rimas dan marah. Dia kembali memandang buku latihannya.

" Kau cakap apa tadi? Ulang balik aku tak dengar. ". Danish mula dengan perangai menjengkelkan berpura pura tak dengar sambil mengorek telinga lalu mendekatkan badan pada Aira menyebabkan nak tak nak Aira terpaksa mengundur menjauh. Raut wajah berubah semakin masam.

Senyuman Danish muncul merenung dari belah sisi wajah Aira. Nampak bibir gadis itu memuncung mungkin kerana terlampau geram. Amanda hanya diam memerhati. Merasakan ada mata menonton segera Danish naikkan kepalanya. Serentak itu, Amanda pandang ke depan semula. Tak berani nak tengok Danish.

Oh ya, Danish baru teringat sesuatu. Laju tangan menyeluk masuk ke dalam poket seluarnya mencari benda yang dia simpan. Seutas rantai berwarna silver dengan buah berbentuk bintang. Dia hulurkan tapak tangan yang ada rantai tersebut ke depan wajah Aira yang khusyuk memandang buku.

" Nah. ". Aira membawa pandangan ke arah Danish selepas melihat tapak tangan besar tersebut. Pandangan pelik dia tunjukkan, tak bergerak untuk mengambil apa yang Danish berikan. Dah kenapa tiba tiba bagi dia rantai pulak.

Puas Danish menunggu, dia sampai goyangkan tangan agar Aira cepat mengambil namun reaksi gadis itu tetap sama. Jadi dengan malasnya, dia menarik tangan Aira, sedikit memaksa apabila Aira cuba menolak. Akhirnya benda silver tersebut jatuh pada tangan Aira.

" Ambil aku bagi. ". Ujar Danish melepaskan tangan Aira yang sempat dia sentuh tadi. Aira mematung sendiri, merenung lama selonggok rantai tersebut.

" K-Kenapa bagi saya? ". Aira rasa macam ada tak kena dengan Danish. Tadi kacau dia sekarang bagi hadiah pulak. Apa yang Danish rancangkan sebenarnya ni. Saja nak kenakan dia? Atau? Danish menjeling menyampah serentak bangkit dari duduknya.

Mata Aira setia memandang Danish sehingga terpaksa mendongak untuk melihat Danish yang sedang berdiri. Perbuatan Danish makin mengejutkan diri Aira. Dia tersentak kecil apabila tangan Danish menyentuh kepalanya. Tiada usapan atau sebagainya melainkan hanya diam beberapa saat.

" Anggap hadiah birthday.". Tidak perlu menanti Aira menjawab, Danish terlebih dulu mengangkat kaki pergi dari situ dan berlalu keluar dari kelas Aira meninggalkan Aira yang tercenggang sendiri. Birthday apanya? Birthday dia dah lepas dah pun.








Danish Aira
———
Blank blank blank, author tak tahu kenapa susah sgt nak update cerita ni padahal start dari tahun 2020 lagi 😭 fening fening

Mekasih yg still tunggu love youuu semuaa 💜 kalau ade typo mention author 👌

Maybe 40 chap je ✔️

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 29, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Danish Aira Where stories live. Discover now