Part 7

9.1K 541 35
                                    

Aira dan Amanda duduk di kantin sekolah sambil bersembang. Sesekali Aira memerhati pelajar yang lalu lalang memasuki kantin sekolah. Aira menemani Amanda yang sibuk makan manakala dirinya hanya membeli air kotak Milo sahaja. Aira tiada selera ingin makan.

Sekarang sudah hujung bulan. Minggu depan tamat lah sekolah pada tahun ini. Peperiksaan juga sudah lepas. Ramai pelajar yang bersembang dan bermain. Cikgu pun dah akhir akhir sekolah jarang masuk ke kelas. Pandangan Aira terhenti pada dua susuk tubuh lelaki yang masuk ke kawasan kantin.

Lekas Aira menundukkan kepalanya memandang meja. Lebih baik tengok meja daripada tengok Danish yang menyeramkan itu. Amanda di sebelah Aira menatap Aira pelik. Kenapa macam nak menyorok pula. Tidak lama kemudian Danish dan Amsyar melangkah masuk ke kantin dan berdiri mencari tempat duduk.

Seketika tatapan tajam Danish terhenti pada meja yang menempatkan bakal buah hatinya kosong. Lekas kaki Danish bergerak ke arah itu. Amsyar mengikut sahaja. Sampai di depan Aira dan Amanda, Danish terus melabuhkan punggung.

Amanda tercenggang. Tiada sapaan, tiada teguran, tiada pertanyaan dan senior nya itu pakai duduk je. Amsyar duduk berhadapan dengan Amanda manakala Danish memilih duduk di hadapan Aira yang terus menunduk.

Sebaik Aira mengangkat kepala menatap ke depan. Aira di kejutkan dengan wajah tegang Danish yang duduk di depannya itu. Aira mengalihkan pandangan ke arah sahabatnya. Begitu juga Amanda memandang Aira dengan tatapan tidak faham. Danish mengabaikan pandangan pelik dua gadis itu.

" Macam biasa tapi kali ni beli tiga ". Ujar Danish kepada Amsyar selepas meletakkan duit berjumlah lima puluh ringgit ke atas meja. Perkara itu menarik perhatian dua gadis tersebut. Nak makan tengah hari bawa duit banyak macam tu. Amsyar faham dengan kata Danish terus bangkit untuk membeli makanan.

Danish menaikkan pandangan ke arah Aira. Danish menatap Aira dengan pandangan malasnya tiada riak gembira atau apa. Kening tebal milik Danish menekuk tajam menatap Aira tanpa lepas. Aira jadi takut bercampur malu kerana di tenung begitu lama.

Amanda menatap dengan pelbagai soalan di minda sambil menyuap makanan ke mulutnya. Amsyar datang membawa tiga pinggan makanan. Dia tersengih suka dengan fikirkan yang memikir Danish membeli satu makanan untuk dia rupanya tidak.

Danish menolak sepinggan nasi goreng ayam itu ke arah Aira. Dua pinggan lagi milik Danish. Danish menyuap makanan itu ke dalam mulut tanpa mengisahkan tiga pasang mata yang menatap dirinya. Danish memang makan dua pinggan nasi atau lebih.

Tengok mood lah. Tapi selalu nya Danish akan menghabiskan dua pinggan nasi dengan selamat. Kuat makan sebab tu badan besar dari yang lain. Amsyy tercenggang. Lah dia ingatkan satu tu untuk dia. Bangsat Danish ni. Amsyar dengan kesalnya bangun lagi membeli makanan untuk dirinya.

" Ke—Kenapa Danish tolak makan ni dekat saya? ". Tanya Aira dengan gugup. Aira sendiri tak faham kenapa Danish menolak pinggan itu ke arah Aira. Danish mengangkat kepala menatap Aira. Sudu di lepaskan dari tangan.

" Makan aku beli untuk kau ". Cukup pendek jawapan Danish sebelum kembali menikmati makanan. Aira memandang Amanda sesaat sebelum menolak pinggan itu ke depan Danish.

" Tapi saya tak lapar Danish ". Aira memang tak lapar sebab tu Aira tidak membeli makanan. Kalau lapar pasti Aira sudah membeli makanan tadi. Kedengaran Danish mendengus perlahan. Danish menghentikan makanan untuk menatap Aira tajam.

Danish bencikan penolakan. Tidak lama kemudian Amsyar kembali lagi membawa sepinggan makanan. Sempat dia mengangkat kedua keningnya ke arah Amanda. Lekas Amanda membuang pandangan ke arah lain. Menyampah.

" Aku tahu kau tak makan lagi. Jadi aku belikan untuk kau. Makan jelah apa yang susah nya ". Danish bersandar pada kerusi sambil melipat kedua tangannya di dada. Aira mengetap bibir mencari jawapan. Danish suka buat sesuka hati dia.

Danish Aira Where stories live. Discover now