Part 18

4K 338 32
                                    

Danish turun dari motornya setelah mencabut helmet. Kehadiran dia di pagi itu menarik perhatian beberapa orang pelajar yang lalu masuk ke dalam kawasan sekolah. Danish menghiraukan tatapan mata yang merenungnya atau terkagum dengan superbike miliknya. Dia mengusap rambut belakangnya sebelum di sebak kemas.

Pandangan Danish terhala ke pintu pagar apabila mendengar deruman kuat sebuah motor yang di tunggang oleh seorang pelajar lelaki. Dahinya berkerut beberapa saat. Sekejap. Dia macam kenal sweater lelaki yang bawa superbike tu. Dan tekaannya benar ketika superbike tersebut terparkir di sebelahnya.

Mata Danish meliar ke segenap superbike hitam tersebut. Sebaik si penunggang membuka helmet, decihan Danish muncul. Amsyar tersengih bangga ketika turun dari superbike barunya. Keningnya sengaja di gerakkan ke atas.

" Macam mana bro, cantik kan.". Jari Amsyar menari di atas badan motor mahu menunjukkan betapa cantiknya kenderaan yang baru dia beli. Danish hanya diam sambil mengeleng kecil. Amsyar menyarung begnya pada badan.

Danish pula mula bergerak pergi. Lekas Amsyar mengambil kunci motor barunya. Sempat lagi dia memberikan ciuman penuh sayang pada handle motor tersebut dan berlari mengejar Danish yang sudah menjauh. Akhirnya dia boleh dapat apa yang dia inginkan sejak dulu. Lepas ni boleh lah riak sebab ada motor lawa.

Kebetulan kelakuan Amsyar sekejap tadi di lihat oleh dua orang pelajar perempuan. Wajah hairan terpancar jelas pada kedua manusia tersebut. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Ini kali pertama mereka nampak ada orang cium motor dengan penuh cinta. Gila ke?

" Aku rasakan.. Amsyar tu tak betul lah". Ujar Amanda dengan wajah hairannya merenung belakang badan Amsyar yang makin jauh. Aira hanya terdiam, dia pun agak terkejut tadi. Tapi rasa macam lawak pun ada. Ya. Mereka berdua lah orang yang menyaksikan bagaimana Amsyar mengucup motor seketika tadi.



Bunyi loceng rehat berdering nyaring sehingga mengejutkan Danish yang pulas tertidur dengan tangan tertakup di atas meja. Amsyar mengeliat membetulkan tulangnya yang terasa lenguh akibat tidur. Memang kerja dua lelaki ni tidur je agaknya. Tanpa berlengah lagi mereka bangkit untuk mengisi perut yang lapar.

Tapi tandas di tuju terlebih dahulu untuk membasuh muka. Danish menarik nafas panjang sambil menatap pantulan wajahnya di cermin tandas. Namun anak matanya melirik ke kiri apabila melihat seorang murid lelaki berjalan masuk ke dalam dengan sebelah tangan mengenggam erat satu benda.

Bibirnya menyinis sedikit. Dari situ dia boleh tahu apa yang budak lelaki tu pegang. Lighter. Kejap lagi adalah bau asap rokok tu. Malas nak ambil kisah, dia keluar dan fokusnya ke kafe sekolah. Dia pun hisap rokok dekat sekolah, jadi buat apa dia sibuk nak tegut orang lain.

Semasa melangkah masuk ke dalam kafe, langkah kaki Danish terhenti diikuti Amsyar yang berdiri di sebelahnya. Danish kaku lurus ke depan. Rupanya mereka bertembung dengan Aira dan Amanda. Senyuman Amsyar melebar apabila matanya kebetulan memandang mata Amanda. Amanda pula mengalihkan tatapannya. Menyampah.

Entah kenapa Aira berhenti pula. Kakinya sendiri menjadi keras bila berhadapan dengan Danish. Rasa macam kakinya sengaja tak nak bergerak pergi. Teringat kejadian dua hari lepas membuatkan Aira memegang kuat air kotak yang ada pada tangannya. Danish pula menyentuh belakang lehernya sendiri.

" A-manda jom ". Mendapat kesedaran semula laju Aira mengajak Amanda untuk pergi. Amanda iyakan saja dan mengikuti langkah Aira dari belakang. Danish dan Amsyar mampu berdiri mematung sahaja. Tak ada salah seorang pun yang menyapa atau bersuara menegur.

" Kau ada apa apa ke dengan Aira tu- Lah aku tak habis tanya lagi kau blah macam tu je. ". Kesal Amsyar dibuatnya dengan perangai Danish yang selamba pergi padahal dia tengah bertanya. Riak muka annoying terukir di wajah Amsyar dengan kelakukan Danish.

Danish Aira Where stories live. Discover now