Perlahan-lahan mataku terbuka. Aku memandang suasana kamar yang sudah lebih kurang 2 minggu dihuni olehku ini. Benar, aku memang sedang berada di kamar. Haruman lavender yang sering kuhidu itu juga sama saja setiap hari. Perlahan-lahan aku bangkit dari dudukku. Kepala terasa begitu berat. Aku mengerdip-kerdipkan mata berulang kali agar pandanganku lebih terang.

Perbualan Giandra dan Fateh tadi menggamit fikiranku semula.

Aku sudah menjadi sebahagian daripada mereka? Tubuhku sudah terkesan dengan kuasa sakti mereka?
Apa semua itu sememangnya benar? Kalau semua itu sememangnya benar adakah aku sudah tidak berpeluang langsung untuk pulang ke duniaku semula?

Arjuna...

Mata terpejam rapat seketika tatkala mengingati satu nama itu. Aku terlalu rindu akan anakku Arjuna. Rindu yang teramat dan tidak tertanggung. Rasa ini jauh lebih parah daripada rasa rinduku kepada Raja Andhika.

"Astaghfirullahal'azim...astaghfirullahal'azim...astaghfirullahal'azim...Ya Allah berilah ketenangan hati,fikiran dan jiwa kepadaku. Ala bizikrillahi tatmainnal qulub.." aku cuba mengingati ayat yang ke-28 daripada surah Ar-ra'd itu.

Maksudnya hanya dengan mengingati Allahlah hati akan menjadi tenang. Allah sudah janji, tatkala fikiran sedang berserabut, hati dilanda kerisauan dan gundah gulana yang tak terkawal, maka bersegeralah ingat kepada Allah azza wa jalla, nescaya keserabutan dan ketidaktenangan itu akan kian pudar. Dan sesungguhnya aku dapat merasai betapa mujarabnya menyakini ayat daripada kalamullah itu. Aku mula rasa lebih tenang.

Bukanlah aku ini seorang hamba Allah yang maksum, hanya seorang hamba yang begitu tepok dan lemah sekali tatkala berjalan di atas muka bumi milik-Nya ini. Bukanlah aku seorang yang bernama Bella Amanda ini adalah hamba-Nya yang sempurna , tidak lepas juga aku sampai bila-bilapun memegang gelaran sebagai si pendosa tanpa noktah dan sememamgnya aku ini adalah insan yang sentiasa memegang gelaran si pelupa, si pelupa yang sering lupa kepada sang Tuhannya, Allahu rabbul 'alamin.

Namun hamba ini hanya sentiasa kuat kerana mengingati dan memegang janji-Nya dan dengan janji-Nya itulah dijadikan kekuatan utama untuk menangkis segala hasutan iblis yang sentiasa mengajak berputus asa kepada rahmat-Nya yakni bisikan cinta dalam kalamNya yang berbunyi...

"Qul yaa 'ibaadiyallaziina asrofuu 'alaaa anfusihim laa taqnathuu mir rohmatillaah, innalloha yaghfiruz zunuuba jamii'aa, innahuu huwal ghofuururrohiim."

"Katakanlah, Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Az-Zumar : Ayat 53).

"Ampunkan dosa aku wahai Ya Allah. Aku seringkali lupa kepadamu." Manusia itu sememangnya akan gila jika tiada Tuhan dalam hatinya. Kerana sebaik-baik pengharapan dan tempat bergantung adalah kepada Tuhannya. Tatkala dunia makin disumbat sedikit demi sedikit kemudian kian rakus dalam jiwa dan raganya, maka nilai cinta Tuhan itu juga kian tenggelam dan akhirnya hilang begitu saja. Bisikan syaitan dan iblis lagnatullah yang sentiasa menghasut, mereka mula menyeringai kegembiraan meraikan kemenangan bahawa seorang lagi yang Tuhan takdirkan untuk menjadi seorang khalifah di atas muka bumi ini, akan berpenghujung dalam lagnatnya.

Bunuh diri. Adakah orang yang membunuh diri itu tidak pernah memikirkan bagaimana nasibnya di akhirat kelak? Pernahkan dia memikirkan perbuatannya itu hanya akan menzalimi dirinya sendiri di akhirat nanti? Yang manakah lebih menyeksakan diri, terseksa kerana tekanan ketidakadilan dunia yang tidaklah seberapa ini atau diazab di neraka jahannam kelak? Dan aku tidak boleh membiarkan diri aku seperti tidak menentu sebegini kerana aku tahu syaitan sentiasa menunggu untuk mendorong aku ke arah kebinasaan sedangkan Allah sudah terang-terangan melarang diri setiap hamba-hambanya untuk jangan sesekali sengaja mencelakan diri sediri.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now