🔮Bab 51

9.6K 851 238
                                    

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

|Raja Andhika Sadewa|

Aku hanya termenung di sebatang sungai sambil cuba menenangkan diri. Sudah hampir 2 minggu aku di sini dan aku masih belum dapat berjumpa dengan Arjuna kembali. Kata Fateh, mungkin buat masa ini, mereka perlu menunggu dahulu kerana sangat sukar untuk menceroboh istana kerana ia sedang dikawal ketat pada ketika ini. Pertahanannya sudah ditambah berkali-kali ganda, mungkin Ratu Permaisuri menyedari akan ada yang datang untuk menculik Arjuna disebabkan aku juga telah diselamatkan oleh mereka.

Jadi sekarang, aku hanya mampu menunggu dan terus menunggu. Nasib baik ada Fateh dan Cahaya sekali di sini, mereka lebih memahami dan mengetahui situasiku. Dan ujar mereka, ini sebenarnya adalah salah satu percutian mereka bersama setelah berkahwin a.k.a bulan madu. Sekurang-kurangnya masa mereka tidak rugi begitu saja dan aku juga tidak begitu berasa bersalah kerana sudah mengganggu pengantin baru. Aku mengeluh berat.

"Arjuna...tunggu bonda ya sayang. Nanti Arjuna pasti akan kembali ke pangkuan bonda juga."

"Apa yang sedang kamu lakukan di sini?" aku tersentak saat satu suara menegur. Mataku bertemu dengan sepasang mata cantik berwarna hijau muda itu. Bahasa ganti diri antara kami sememangnya sudah bertukar sejak aku menegur mereka semua agar menganggapku seperti sahabat mereka sama seperti cara mereka berinteraksi dengan Raja Andhika.

"Kamu itu belum habis berpantang, jika Ibu Tani melihatmu di sini pasti dia juga bakal membebelimu." sambung Giandra saat aku tidak menjawab pertanyaannya. Aku segera menoleh ke arah sungai kembali dan mengesat perlahan air mata dan air hidung yang masih berbekas akibat tangisanku tadi.

Dari hujung mata aku melihat Giandra duduk di sampingku.

"Aku tahu kau sedang berduka cita kerana anakandamu namun usahlah kau begitu risau kerana gerangannya pada ketika ini pasti sedang baik-baik saja dalam jagaan mereka di istana."

Aku menyedut air hidung yang ingin mengalir sehingga terdengar bunyian seperti orang yang baru selesai menyudahi tangisan. Benarlah kata Cahaya, perwatakan Giandra dan Fateh ini sungguh berbeza walaupun mereka sepupu, Fateh itu lebih lembut dan mesra bicaranya tetapi Giandra ini agak dingin dan bila bercakap seakan-akan memerintah. Ayat saja seakan-akan memujuk tetapi hakikatnya intonasinya itu agak tegas dan tidak bernada.

"Saya tahu Arjuna memang dijaga dengan baik oleh mereka, mana mungkin Ratu Permaisuri akan melayani Arjuna dengan kasar sedangkan Arjuna satu-satunya pewaris yang telah ditinggalkan oleh mendiang Raja Andhika. Tapi yang membuatkan saya sedih bukan kerana risau tetapi kerana rindu. Saya rindukan anakanda saya Arjuna. Awak tidak akan faham. Sebab awak tak ada anak."

"Aku mengerti perasaanmu, aku tahu kau sedang terseksa menanggung rindu namun aku tidak suka kau beriak lemah dengan air mata yang seringkali tidak kekeringan di tubir matamu." ujar Giandra dengan intonasi yang cuba dilembutkan walaupun sedikit gagal. Tapi tetap aku tersentuh dengan kata-kata itu.

"Tangisan seorang wanita bukan tandanya ia lemah tetapi itulah cara seorang wanita ingin meredakan beban di dadanya. Dan menyerap kembali kekuatan diri untuk tabah mengharungi dugaan Tuhan."

"Jadi beruntunglah kau kerana seringkali bisa bertangis-tangis." ujar Giandra dengan intonasi yang sama. Tanpa nada.

Aku memandang sisi wajahnya yang juga sedang memandang ke arah sungai yang mengalir tenang airnya di hadapan kami.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now