🔮Bab 29

9.7K 903 81
                                    

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

Bella POV

"Tuanku. Patik dititahkan oleh baginda raja Andhika untuk memaklumkan kepada tuanku bahawa pada 3 matahari terbit yang bakal tiba, tuanku perlu bersiap sedia untuk menghadiri upacara Gamala."

Aku yang sedang memandang pemandangan flora di taman istana ini, berpaling menghadap suri Mawar.

"Upacara apa?" soalku sekali lagi kerana takut aku tersilap dengar. Wajahku sedikit berkerut.

"Upacara Gamala tuanku." ulang suri Mawar

"Upacara Gamala? Upacara apa itu?"

"Upacara Gamala adalah upacara untuk meraikan tuanku sebagai permaisuri baru negeri Langkasakti ini."

"Meraikan saya? Sudah hampir 12 purnama kan saya ada di sini? Kenapa baru sekarang nak buat upacara itu?"

"Oh Upacara Gamala itu sememangnya akan diadakan apabila cukup 12 purnama usia perkahwinan antara tuanku permaisuri dan juga baginda Raja Andhika. Sememangnya sudah ditetapkan dalam kitab alam tuanku. Upacara itu akan dikepalai oleh Pawang Sanduka selaku pengawal upacara."

"Oh, bagaimana upacara itu berjalan, boleh kamu ceritakan serba sedikit kepada saya?"

"Oh ia bermula apabila gong dipukul sebanyak 12 kali sebagai mencukupi 12 purnama usia perkahwinan tuanku berdua, kemudian tuanku pemaisuri Bella perlu berada di tengah-tengah bulatan dewa untuk menyempurnakan upacara tersebut."

"Bulatan dewa?" Aku sudah mula seram mendengar perkataan itu. Ritual apakah ini? Aku pula yang perlu terlibat sekali untuk menyempurnakan upacara itu.

"Mengapa saya juga perlu terlibat sekali?"

"Kerana upacara ini sememangnya khas untuk tuanku."

"Sebagai isteri dan permaisuri kepada baginda Raja Andhika, tuanku lah wanita yang paling rapat dengan baginda, oleh itu tuanku perlu diuji sejauh mana ketaatan tuanku sebagai isteri baginda yang setia berdiri dan menyokong baginda sentiasa sebagai Tuhan raja di alam ini."

"Ha?"

Diuji kesetiaan? Apakah ini? Sudah terang-terang aku sudah bagitahu baginda yang aku hanya berpura-pura mencintai baginda saja selama ini dan aku tidak bahagia untuk hidup di sini, lalu kenapa nak lakukan juga upacara untuk menguji kesetiaan dan ketaatan aku bagai? Memang aku tidak akan ikut la kan? Apa baginda juga sedang memaksa aku seperti bondanya?

Aku sudah rasa susah hati dan bingung. Apa lagi yang mereka rancangkan?

Langkahku dibawa laju untuk keluar dari taman ini. Sebaik sahaja tiba di ruangan tengah halaman istana, dari jauh aku melihat sosok Raja Andhika yang sedang berbicara dengan beberapa uguwan yang memakai jubah hud berwarna hitam. Sosok mereka membelakangiku. Sebaik saja melihat baginda selesai berbicara dengan beberapa sosok uguwan misteri tadi, aku melihat uguwan-uguwan itu sudah menaiki kereta kuda untuk beredar. Siapa mereka?

Langkah aku lajukan apabila melihat Raja Andhika sudah mulai membawa langkah ke dalam istana. Aku cuba berlari anak dan larian anakku bertukar lagi pantas sedikit apabila melihat sosok baginda yang sudah hilang disebalik pintu gerbang istana namun tetap langkahku agak terbatas dek gaun labuh yang tersarung ditubuhku.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now