🔮 Bab 25

12.4K 944 34
                                    

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

Cahaya POV


Mataku bertukar redup. Sedari tadi daku hanya memerhatikan mereka berdua. Memerhatikan laki-laki yang daku cintai bersama-sama dengan gadis manusia itu. Sungguh membara rasa cemburu namun tidak terkalahkan jua rasa duka di dada. Daku tahu mengapa mereka berdua di satukan namun mengapa kemesraan yang terpancar antara pasangan itu lebih indah dari khabar? Mengapa baginda kelihatan begitu kasih akan gadis manusia itu?Apa lebihnya si dia? Sedangkan mereka baru sahaja kenal jika dibandingkan daku bersama baginda?

Mereka disatukan tanpa rasa cinta, bukan? Apa bukan perkahwinan antara baginda dan juga Bella Amanda hanya sekadar mahu mendapatkan putera mahkota baru negeri Langkasakti atau...ah!

Tapi mengapa...

Pandanganku menyatu bersama gadis manusia itu. Dia pantas menunduk tatkala menyedari akan renungan daku. Daku jua turut merubah pandangan, busur di tangan digenggam erat, cuba menyembunyikan perasaan di jiwa. Saat daku melingas sepintas di sisi, mataku bertemu dengan sepasang mata rembulan itu. Sungguh bercahaya dan tidak berkelip gerangannya merenung namun tatkala pandangan daku jatuh ke bibirnya, telahanku sedar si dia seakan cuba mengusik dengan senyuman nakal itu. Daku menjeling.

Tumpuan dibawa ke arah permainan semula, mengendahkan renungan dan senyuman terkandung kenakalan yang menyakitkan hati ini. Apa gerangannya punya masalah denganku? Sedari pertama kali kami bertemu, gerangannya selalu memandangku begitu. Sungguh jengkel rasa di dada. Daku cuba berpura-pura biasa biarpun gelodak eraman ketidakselesaan mula bermukim di aura persekitaranku.

Anak panah diambil lalu dengan lancar daku melepaskannya. Tiba-tiba teringat pesanan ayahanda sewaktu mengajar daku bermain panah dahulu. Jangan dilepaskan dalam keadaan memberi tekanan pada talinya namun lepaskan anah panahnya dengan tenang tanpa tegang agar anak panah meluncur dengan lancar tanpa terbidas atau terkesan dengan tali busur yang seakan memberi tolakan tambahan kepada anak panah akibat bidasannya. Rahsia bermain panah agar tepat sasarannya. Perlu tenang dan yakin serta memberi tumpuan yang tinggi. Zap, tepat bulatan tali bercat merah itu mengena memberikan daku mata penuh. Bermain panah sememangnya kesukaanku dari kecil lagipula ini juga permainan kesukaan baginda.

Teringat kembali saat pertama kali daku bertandang ke istana ini, saat pertama kali sepasang mata ini melihat sosok baginda. Ia di sini, ketika daku asyik meneroka di persekitaran istana ini, daku tidak sengaja mengintai kakanda Andhika yang ketika itu masih dalam permulaan untuk belajar bermain panah. Bagaimana bersungguh-sungguhnya baginda menumpukan perhatian tatkala diajarkan oleh guru baginda, sungguh memukau daku sehingga saat pulang kembali ke  Merbu, daku segera meminta ayahanda agar mengajarkan daku bermain panah kerana daku tahu ayahanda sangat handal bermain panah jika tidak tatkala pesta bermain panah dianjurkan tidaklah ayahanda sendiri yang menjadi jaguhnya.

Kenangan yang menggamit membuatkan daku sedikit sebak. Hujung mata mengerling mereka lagi. Rasa cemburu yang membuak-buak membuatkan tubuh berasa benar-benar tidak betah. Ah! Tiada gunanya lagi daku meneruskan permainan jika ketenangan yang perlu dicari, dikucar-kacirkan begitu sahaja dek ombak cemburu ini.

Daku meletakkan busur di pemegangnya semula. Tanpa menghiraukan riak wajah uguwan-uguwan kerabat yang lain, daku mula membawa langkah beredar dengan begitu sahaja.

↪↪↩↩


Sedari tadi daku hanya berkhayal tanpa daku ketahui apa yang benak ini khayalkan. Daku cuma mahu berdiam diri. Setelah menghadap baginda Ratu Permaisuri Safuraluna untuk memaklumkan bahawa daku ingin mengundurkan diri untuk pulang ke Merbu, daku terus pulang, tiada jua daku memaklumkan kepada kakanda Andhika. Hati ini sungguh bergelumang dengan sendu, tidak betah daku menatap wajah-wajah mereka yang menjadi punca sendu ini.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now