🔮Bab 31

14K 1K 134
                                    

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

Bella POV

Aku memandang kaki yang berbalut kemas disebabkan kejadian yang berlaku semalam. Saat kami habis berbual, segera baginda menitahkan pawang istana untuk datang merawat lukaku, pawang yang sama yang datang merawatku pada beberapa bulan yang lalu disebabkan jariku tertusuk duri. Pawang Nunduya. Wanita separuh usia yang masih cantik jelita itu.

"Huh..." keluhan aku lepaskan tatkala mengingati konflik hubungan antara aku dan baginda, Raja Andhika.

"Bila la aku boleh tamatkan semua ini, bila la aku boleh balik ke dunia aku. Aku terseksa ya Allah, aku tak bahagia di sini sebab aku tahu di sini bukan tempatku, aku takut aku takkan kuat untuk terus tinggal dengan uguwan-uguwan ini yang tidakpun mengenaliMu, aku rindukan taman syurga yang mengajarkan aku ilmu untuk mengenali dan mengingatiMu." Terbayang maktok yang suka membawaku menghadiri kuliah di masjid di kampungnya semasa aku pulang ke sana.

"Huwaaa... Ada! Kenapalah hati kau kena jatuh cinta dengan lelaki yang kau tak boleh nak bersama?" Aku melabuhkan belakang tubuhku di atas katil secara spontan. Badan aku kuak luas. Air mata mula bergenang lagi. Sejak dua menjak ini, air mata aku tidak pernah kering. Kononnya aku mahu menjadi seorang Ada yang kuat namun hati tetap saja begitu rapuh, air mata tetap saja mengalir deras. Aku benar-benar tidak mampu tahan.

Macam mana aku nak keluar dari alam ini kalau aku tidak penuhi syarat Ratu Permaisuri Safuraluna itu? Tapi aku memang tak nak disentuh oleh baginda lagi.

"Huwaaa....kenapa serabut sangat ni?"

Atau patutkah aku cabut lari macam hari tu? Aku rasa aku ingat lagi laluan ke sempadan yang menghubungkan dunia aku dan alam ini. Aku segera bangun dari katil.

Benar juga, lebih baik aku lari sahaja seperti pada awal hari itu. Tetapi kalau baginda atau ada uguwan istana lain yang bertanya atau mahu mengiringi lalu macam mana? Aku kena cuba juga sembunyi dan lari daripada mereka. Kalau tertangkap? Ah! Tertangkap atau tidak, itu belakang kira. Sekarang aku kena cuba dahulu.

Lantas aku bergerak ke bilik pakaian untuk menyarungkan tudung dan berpakaian dengan lebih kemas dan tertutup elok.

↪↪↩↩

Cemeti di tangan aku libas sekali lagi di belakang punggung hisan ini agar ia berlari dengan lebih pantas lagi. Aku kena sampai ke tempat itu dengan segera. Risau juga kalau-kalau uguwan-uguwan di istana sudah menyedari akan kehilangan aku di istana. Bukan mudah untuk aku cuba memperdayakan suri Mawar, suri Cendawan dan suri Syahidah sebentar tadi. Sukar juga la aku hendak berpura-pura tengah kemurungan dan begitu sedih sampaikan aku tidak mahu ada sesiapa di dalam kamarku lalu aku menyuruh mereka untuk segera keluar dari kamar itu. Nasib baik mereka patuh kalau tidak lagi susah aku nak kelentong.

Tali kekang hisan ini aku tarik ke belakang untuk menghentikan lariannya, automatik hisan ini berhenti di hadapan sebaris pohon-pohon rendang yang tersusun kejap seumpama membentuk dinding yang kukuh ini. Taktik alam yang pandai memperdayakan manusia. Nasib baik aku pernah merentas masuk ke dalam pokok-pokok yang berdaun lebat namun tumbuh begitu kejap dan rapat ini, jika tidak aku juga tidak pernah tahu bahawa pokok-pokok ini boleh ditembusi dan dilalui.

Lantas aku segera turun dari hisan yang ditunggang. Tangan mula meraba-raba permukaan pokok-pokok yang berdaun lebat ini untuk cuba mencari bahagian yang boleh ditolak masuk namun lama aku mencuba di setiap bahagian tetapi tidak ada satu pun bahagian yang terbuka seakan-akan mereka sememangnya pokok-pokok yang tumbuh secara semula jadi dan tidak menyembunyikan sebarang pintu atau laluan khas di antaranya.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now