🔮Bab 38

9.3K 918 86
                                    

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

Andhika POV


"Ampun tuanku!Ampun! Patik bertiga tidak tahu itu permaisuri Bella! Patik bertiga benar-benar menyangka gadis itu penceroboh!"

"Benar tuanku! Benar!"

Daku sudah menggenggam erat cemeti berapi ini. Sudah bersiap mahu melibas tubuh ketiga-tiga ekor Nongkrong ini.

"Alasan bodoh apakah ini? Apa kalian ini makluk yang bodoh? Mana kuasa visi kalian? Apa kalian tidak pernah melihat wajah permaisuri beta pada saat beta bernikah dengannya pada sebelum ini? Atau kalian hanya saja-saja mahu mereka cerita demi melepaskan diri dari hukuman beta!"

"Tidak tuanku! Tidak! Kami memang benar-benar tidak tahu! Kami tidak mampu memanggil visi kami untuk melihat wajah permaisuri tuanku. Kami tidak berdusta tuanku."

"Benar tuanku. Kami merayu jangan hukumi kami. Kami cuma menjalankan amanah tuanku untuk menjaga kamar ini. Kami tidak pernah meninggalkan istana sayap Barat ini."

Cemeti yang tadiku genggam erat, kian melonggar. Mengapa daku bisa terlupa akan hal itu. Kuasa sakti di dunia ini tidak pernah berkesan ke atas Bella, kuasaku juga tidak pernah bisa mengesan kedudukan Bella apatah lagi makhluk-makhluk Nongkrong ini. Tubuh mereka sekejap menjadi jelas sekejap menjadi lut sinar, tanda mereka dalam ketakutan. Sudah berjuta-juta tahun mereka menjaga istana ini terutamanya setiap kamar larangan di sayap Barat.

Daku menggenggam kembali cemeti di tangan, walaupun mereka tidak tahu itu permaisuriku namun luka dan kesakitan di tubuh Bella siapa yang mahu pertanggungjawabkan?

"Kerana alasan tidak tahu kalian mungkin beta boleh ampunkan namun hukuman kalian tetap sama! Sakit di tubuh permaisuri beta tetap sudah terlaksana! Walau apapun kalian tetap perlu bertanggunggjawab atas perbuatan kalian!"

"Ampun tuanku!"

Cemeti ditanganku di angkat tinggi. Makhluk kegelapan yang selama ini aku tidurkan dengan sebaik-baiknya di dalam diri, bangkit kembali. Mataku sudah mula memanas dengan nyalaan api. Selama ini makhluk ini hanya akan tiba bila diriku tidak mampu menahan amarah, oleh kerana aku berjaya mengawal diriku, maka daku selalu tampak tenang sahaja, namun saat di medan peperangan, kemarahan itulah senjata utamaku untuk menghidupkan sang kegelapan di dalam diri ini.

Zakk!!!

"Tuanku! Arghhh! Ampun!!!"

"Sakit tuanku!!"

Zakk!!

Nongkrong itu cuba melarikan diri. Daku mengunci mereka dengan sinaran perangkap lama. Pergerakan mereka menjadi beku.

"Erghh!!"

Zakk!!
Zakk!!

↪↪↩↩

Bella POV

Aku memintal-mintal hujung rambut. Baginda tidak ada dalam bilik, selepas berbual dengan pawang Nunduya tadi, terus baginda beredar meninggalkan bilik ini, entah apalah yang dibincangkan oleh mereka sehingga baginda terus beredar dari bilik tanpa sebarang pamitan daripada aku pun.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz