Tonight

5K 402 36
                                    

Pagi itu, Amir tersedar beberapa minit awak daripada penggera yang di set di telefon bimbitnya. Amir memandang pelik selimut tebal yang membaluti tubuhnya. Sejak bila pulalah Amir pakai selimut tebal ini. Apabila selimut tebal itu diselak, terlihatlah satu tubuh kecil yang memeluk bantal sambil terlentok di sisi badan Amir.

Hanna.

Amir auto sengih. Agak rendah juga posisi Hanna baring. Hampir di paras pinggangnya. Meja kopi yang berdekatan dengannya malam tadi ditolak sehingga ke hadapan televisyen.

Amir tiba-tiba terbayang Hanna tolak meja itu sendirian malam tadi. Argh comel!

Amir duduk. Selimut itu diselak sepenuhnya. Wajah Hanna jelas kelihatan kerana rambutnya berada dalam sanggul kecil yang longgar di belakang kepala. Sisi wajah gadis itu diusap-usap.

Tangan itu perlahan-lahan turun ke leher Hanna. Kulit di situ sejuk. Tapak tangannya dibuka, menekap leher itu.

Hanna bergerak sendikit.

Amir ambil peluang ini untuk terus kejut Hanna.

"Hanna, bangun." Ujar Amir lembut. Bahu Hanna digoncang lembut. "Sayang, bangunnnnn" Kata Amir lagi.

Tiba-tiba senyuman kecil timbul di bibir Hanna, dengan matanya yang masih tertutup. Bantal yang memisahkan tubuhnya dengan tubuh Amir tadi dialihkan ke tepi dan pinggang Amir Hanna rangkul.

Amir melopong.

Tiba-tiba terasa saraf dan sendinya tak boleh bergerak.

"Pukul berapa ni?" Soal Hanna. Kali ini Amir memejam mata pula. Tak sangka se-manja ini morning voice Hanna.

"P-pukul 6..." Ujar Amir.

"Awal lagi" Kata Hanna sebelum mengeratkan rangkulannya ke pinggang Amir. Amir pula tak tahu nak letak kedua-dua belah tangannya di mana. Seketika itu, kedua-dua belah tangan Amir diangkat, seperti kena tahan dengan polis.

"Amir?" panggil Hanna.

"Y-yes?"

"Tidur la sekejap lagi" ujar Hanna lagi. Matanya masih tertutup. Amir cair.

"Amir nak mandi" kata Amir. Hanna akhirnya meleraikan pelukan itu kemudian duduk. Dia menggeliat sedikit.

"Woah..." ujar Hanna.

Tangan Amir akhirnya turun ke sisi.

"Kenapa?"

"Awan" ujar Hanna sambil menuding ke tingkap dihadapan mereka. Langit subuh yang masih gelap, tetapi ada sedikit cahaya. Cantik.

Amir pun terpana seketika.

Sanggulan rambut Hanna terlerai. Laju sahaja Amir usap rambut itu.

"Sayang kenapa tidur sini. Sakit badan lah" kata Amir.

"Rasa bersalah" ujarnya. Hanna mengesot sedikit, mendekati Amir. Lengan Amir dipeluk.

"Kenapa tak balik rumah je. Sanggup tidur atas lantai"

"Takkan nak tinggal Hanna sorang-sorang?" Amir menyoal semula. Kalau setakat peluk lengan Amir boleh layan lah. Dia tersengih lebar memandang Hanna.

Tiba-tiba dia terpandang kulit di paha Hanna yang terdedah.

Sedikit bekas luka kelihatan.

Amir singkapkan gaun itu perlahan-lahan, menampakkan keseluruhan paha Hanna yang ada kesan parut. Cepat-cepat Hanna tutup semula pahanya dengan selimut.

"Abang nak tengok bekas luka tu" kata Amir. Barulah Hanna mengangguk. Selimut tadi diselak.

Menggigil sedikit tangan Amir apabila hujung jarinya menyentuh di sepanjang luka itu. Jari itu berhenti apabila menyentuh fabrik gaun Hanna. Jelas kelihatan jari itu menggigil.

"Nakal jari" Ujar Hanna perlahan. Mata Amir beralih ke wajah Hanna pula.

"You're teasing me" kata Amir pula. Hujung bibir Hanna perlahan-lahan naik. Sisi wajah Amir diusap lembut. Amir memejam mata. Tangannya yang berada di kaki Hanna tadi memegang tangan Hanna yang berada di pipinya.

"I should go bath" kata Amir seperti meminta kebenaran sebelum membuka mata. Hanna menggeleng. "What are you trying to do?" Perlahan sahaja Amir menyoal. Dia seperti lemah. Jeli lututnya. Tak ada tenaga hendak berdiri.

"Abang handsome" ujar Hanna sambil tersenyum. Amir tersengih lebar.

"Pagi-pagi macam ni dah handsome" kata Hanna lagi. Tangannya beralih ke rambut Amir yang serabut. Rambut itu dirapikan ke belakang.

"Can I have something from you, Hanna sayang?" Soal Amir. Hanna mengangkat kening.

"I-In the bedroom?" Tergagap Amir dibuatnya.

Hanna yang yakin menyentuh Amir tadi tiba-tiba jadi gerun sedikit. Tadi Hanna dominan, sekarang Amir pula.

"Um..."

"You cannot say no. Abang dah bagi banyak peluang" kata Amir.

"Tonight?" kata Amir lagi. Pipi Hanna diusap lembut. "Janganlah macam ni." Amir memujuk.

"Okay... malam ni" Hanna menjawab akhirnya. Amir tersenyum lemah. Lemah berdua-duaan dengan Hanna di sini.

"Mandi. Handsome tapi busuk. Hanna baru nak cium sini tapi tak mandi lagi tak nak lah" Jari telunjuk Hanna mencucuk rahang Amir.

"Abang mandi tau. I'll come back for subuh" kata Amir. Hanna mengangguk. Amir berura-ura untuk berdiri. Tangan Hanna pula tak dilepaskan. Jadi, Hanna turut sama berdiri, menghantar Amir sehingga ke muka pintu.

🌼🌼🌼

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now