Pubg

4K 404 37
                                    

"Aku terima nikahnya Hanna Inara binti Fairuz dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai" balas Amir. Peluh sejuk timbul didahinya. Terasa bagai ada orang pukul-pukul dari dalam dadanya.

"Sah"

"Alhamdulillah" bisik Amir. Tangannya diangkat untuk membaca doa. Seketika, Amir perasan tangan itu menggigil.

Amir pusing kebelakang, melihat Hanna yang ayu duduk bersimpuh. Bertudung dan berkebaya putih.

'Lawa bini aku pakai tudung'

Amir menghulurkan tangannya. Adira di sebelah Hanna sibuk mengambil gambar. Hanna mengangkat kening.

"Tangan" kata ibu. Barulah Hanna meletakkan tangannya di tapak tangan Amir. Cincin yang Adira pilihkan Amir sarungkan ke jari manis Hanna kemudian tangan Hanna di kucup lembut. Kedengaran bunyi mengusik dari sepupu dan saudara maranya.

Patutnya, Hanna yang kena salam dan cium tangan Amir. Tapi, Amir macam tak tahan nak cium tangan kecil itu. Hanna menunduk untuk salam tangan Amir.

"Sat, sat. Gambar" kata Adira. Hanna pause sekejap. Awkward apabila semua mata terasa seperti tertancap kearahnya.
Amir perasan yang Hanna tak sukakan perhatian ini. Tangannya yang Hanna salam dipicit-picit lembut. Hanna tersenyum.

"Okay dah" kata Adira.

"Kiss dahi!" kata Adira. Amir ketap bibir. Geram pula si Adira ni.

"Kau tengok, Amir yang kawin Dira yang kecoh" kata ibunya. Pinggang Adira dicubit. "Ibu, kemon la" kata Adira.

Amir melutut agar tinggi sedikit daripada Hanna. Tangannya memegang lembut belakang tengkuk Hanna dan bibirnya disentuh ke dahi Hanna.

Wangi.

"Ha, cepat snap!" Humaira, sepupu yang sama umur dengan Adira pula kecoh. Humaira adalah kakak Farisha.

"Mir, tegak sikit" arah Adira. Amir rasakan bahawa Adira saja hendak mengusik. Dia saja hendak buat Hanna dan dirinya malu lama-lama. Amir duduk semula, menahan sengih.

"Dira, amik gambar betul-betul la" kata Amir.

"Alah gedik nak malu" usik Farisha. Amir ketap bibir. Tangan Hanna yang masih digenggam dipicit lembut lagi, menenangkan Hanna yang nampak kurang selesa.

Tengkuk Hanna dipegang sekali lagi dan dahi itu di kucup lagi.

"Ha, dah dah" kata Adira. Tangan Amir Hanna lepaskan. Dia bergerak sedikit untuk menghadap ibu. Tangan ibu Hanna salam manakala Amir pula salam Adira. Semasa peluk tubuh Adira, Adira tepuk-tepuk bahu Amir.

"Amir jaga Hanna elok elok" kata Adira. Tegas wajahnya. Apabila Adira beralih kepada Hanna pula, Adira tersenyum manis. "Ni, ingat cakap kak Dira. Kak Dira harap Hanna happy tau. Sini meh" kata Adira kemudian tubuh Hanna dipeluk.

Apabila nak bersalaman dengan ibunya sendiri, Amir bertukar sebak.

Mereka berpelukan dan ibu tarik lengan Adira untuk turut sama berpeluk. Amir ambil kesempatan ini untuk turut tarik lengan Hanna agar dekat dengan dirinya.

"Ingat, jaga satu sama lain. Sayang satu sama lain. Kawin bukan main main. Faham?" kata ibu. Hanna mengangguk.

Amir menunduk sedikit untuk berbisik ke telinga Hanna.

"Hold my hand. Tangan Amir menggigil" bisik Amir. Padahal, dia perasan tangan Hanna yang menggigil. Tangan kecil itu cepat - cepat masuk kedalam tangan besar Amir.

Ceria benar wajah Adira memperkenalkan Hanna kepada saudara mara.

'Hanna namanya'

'Tak, muda lagi dari Amir'

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now