post-storm

3.8K 337 23
                                    

Usai mandi, Amir terus bersiap untuk solat subuh. Hari ini ada Hanna, jadi Amir behave, bersiap di dalam tandas. Usai kain pelikatnya dikenakan, Amir merenung sebentar cermin di bilik mandinya itu. Beberapa helai rambut panjang yang ada di tuala mandi putih yang digunakannya itu buat Amir tersengih sendiri.

Rambut Hanna.

Rambut itu diambil dan kemudian dilekatkan ke cermin yang berwap dihadapannya. Kemudian, Amir tersenyum lagi. Tak pernah langsung Amir nampak rambut panjang yang milik wanita di dalam tandas atau kawasan lain di dalam rumahnya ini.

Aura rumahnya turut terasa lain. Kerana kehadiran Hanna.

Amir dapat rasakan dahinya lenguh. Dia tidak berhenti berkerut daripada tadi. Maklumat yang dia terima dari Hanna terlalu berat. Berat sangat-sangat. Apa yang berlaku kepada Hanna teruk.

Sangat teruk, tak berperikemanusiaan dan tak dapat diterima akal.

Tapi, Amir harus simpan perasaannya. Perkara itu terjadi kepada Hanna, tetapi Hanna boleh kuat. Hanna boleh teruskan hidupnya dan mampu tinggal bersendirian selama lebih kurang enam tahun.

Jadi, Amir tak nampak point untuk dia bersedih, overreact atau murung dah stress. Dia pasti Hanna tak mahukan reaksi itu dari dirinya.

Perkara ini, membuka mata Amir dengan lebih luas. Mental illness matters itu bukan kerana seseorang itu lemah. Tapi kerana dia kuat. Hanna kuat. Hanna kuat untuk bernafas hari-hari. Semua perkara yang terjadi ada kesannya, sepertu yang Amir cakap pada Hanna. Tapi, Hanna sangat-sangat kuat untuk hadapi kesan itu.

Amir memejam mata sebentar.

Dia penat. Penat sangat-sangat.

Bila kita sayangkan seseorang itu, kita anggap dia adalah diri kita dan kita adalah dirinya. Bukan sebahagian. Tapi keseluruhan. Amir view Hanna sebagai dirinya. Amir akan faham Hanna semampu yang boleh. Tapi, Amir masih tak dapat bayangkan sekirang Amir berada ditempat Hanna.

Hanna di-groomed secara tak langsung. Hanna seolah-olah tak salahkan Anas (bangsat), bapanya dan ibu tirinya langsung. Dia pilih untuk undur diri sedangkan dia yang teraniaya. Amir menggeleng kepala.

Pintu bilik air itu tiba-tiba dibuka.

"Abang?" Kepala Hanna menjengah disebalik pintu.

Kain pelikat di pinggangnya cepat-cepar Amir kemaskan. Terkejut pulak. Hanna masih belum mandi, tunggu Amir siap gunakan bilik air. Hanna kan 'cuti'

"Kenapa?" Soal Amir. Amir memanjangkan lengannya, menarik pergelangan tangan Hanna agar mendekatinya. Tangan yang menarik Hanna itu terus melingkar di leher Hanna. Ubun-ubun Hanna dicium.

"Check abang buat apa" kata Hanna. Tangan Hanna memeluk pinggang Amir.

"Kenapa? Rindu?" Soal Amir lagi. Amir memandang kearah cermin. Dia nampak Hanna yang sedang merangkul pinggangnya sambil mendongak memandangnya. Comel.

Amir benar-benar rasa seperti suami orang sekarang.

"Takut abang nangis" kata Hanna. Amir menggeleng. "Taklah"

"I want to see your hand" kata Amir. Hanna meleraikan pelukan di pinggang Amir kemudian tangannya diserahkan kepada Amir. Amir memegang pinggang Hanna kemudian tubuh itu diangkat sedikit, didudukkan keatas sinki.

Amir melangkah setapak kehadapan. Balutan tangan Hanna yang sudah serabut itu dibuka.

"Semalam punya kemas abang balutkan" ujar Amir.

"Abang la, peluk peluk Hanna" Hanna mengomel.

"Eleh dia yang banyak peluk kita" Amir mengusik. Hanna gigit bibir bawahnya.

"Kejap" ujar Amir. Amir membongkok sebentar, membuka pintu kabinet bawah tempat Hanna duduk dan peti pertolongan cemas miliknya diambil.

Satu persatu balutan tangan itu dibuka, mendedahkan kelaran yang agak dalam. Kulit disitu tak berwarna, hanya kelaran itu sahaja berwarna merah pekat. Banyak jugalah. Lebih dari lima kelaran. Bandage yang membaluti luka itu tadi masih ada kesan darah.

"Belum kering lagi luka sayang" ujar Amir. Dari kotak first aid tadi, Amir ambil iodin dan bebola kapas.

" Hanna kan nak mandi" ujar Hanna.

Amir mencapai satu kotak kecil waterproof dressing. Kotak itu ditunjukkan kepada Hanna.

"Mandi je? Tak payah bukak?" Soal Hanna lagi. Amir mengangguk.

"Tapi baju kena bukak lah sayang. Nak abang tolong?" Amir mengusik nakal. Hanna geleng laju. Hujung bibir Amir ternaik. Iodin tadi dioles perlahan di luka itu. Amir ketap bibir. Ngeri.

"Before this Hanna just mandi and the bathroom tiles would be covered in blood" ujar Hanna.

"Before me" Amir membetulkan. Hanna senyum. Wajah Amir yang sedang ralit merawat luka itu Hanna renung.

"Thank you abang. Can't believe you're mine" ujar Hanna perlahan. Amir tersenyum. Saja tak nak membalas.

Luka-luka Hanna sangat lambat untuk kering dan seringkali banyak keluarkan darah. Sebab itulah Hanna sering pengsan dan lemah apabila dia cederakan diri sendiri. Amir teringat pula ketika Amir selamatkan Hanna di rumah Hanna.

Darah yang mengalir dari luka Hanna seperti satu lopak air. Sekarang, gadis yang diselamatkan itu berada dihadapannya. Gadis itu miliknya. Amir tersengih.

"Why are you smiling" soal Hanna. Tiba-tiba aje sengih. Kaki Hanna yang terjuntai dari kaunter sinki itu digerakkan kedepan dan kebelakang sehingga tersentuh Amir yang berkain pelikat itu beberapa kali.

"Duduk diam lah" kata Amir dengan lembut. Seronok pula mengusik. Kakinya digerakkan lagi.

"Aip" Amir ketap gigi tanda geram. Dia terus merapatkan tubuhnya sehingga kedua-dua belah lutut Hanna yang sejuk menyentuh perutnya yang hangat. Perlakuan yang agak tak disangka itu buat Hanna terdiam.

Amir gigit lidahnya ke sisi bibir, berhati-hati menampal dressing kalis air ke luka Hanna. Apabila sudah ditampal kemas kesemuanya, tapak tangannya ditekan perlahan ke atas luka-luka itu.

"Ni je kan semalam?" Soal Amir ingin memastikan tiada luka lagi. Hanna mengangguk. Tangan Amir tiba-tiba mendarat di paha Hanna. Oleh kerana Hanna memakai seluar pendek, bekas parut di pahanya kelihatan jelas berbirat-birat. Jari Amir bergerak mengikut parut di paha Hanna. Hanna masih kaku dari tadi.

Menyedari mereka sudah lama berduaan, Amir terus menutup botol iodin tadi dan kotak first aid itu tadi dikemas. Kedua-dua belah tangan Amir kemudiannya ditongkat ke sinki, disisi Hanna. Amir tunduk sedikit dan paha Hanna dikucup sekali.

"Listen. I am yours, only if you're mine. Hanna abang punya. Jadi, dari hujung rambut.." Rambut Hanna yang dalam sanggulan longgar itu Amir leraikan kemudian Amir cium.

"Sampai hujung kaki" Lutut Amir melanggar jari kaki Hanna sekali.

"Semua. Outside, inside. Everything. Abang punya. Ni, tahi mata ni pun abang punya" kata Amir. Mata Hanna diusap lembut dengan ibu jarinya. Kemudian, Amir menyelitkan seutas rambut kebelakang telinga Hanna.

"Don't harm yourself again. Understood?" Ujar Amir dengan serius. Meremang sedikit bulu roma Hanna melihat wajah serius Amir. Hanna mengangguk.

"Abang ada wudhu tau tadi. Sayang lah ni" pipi Hanna dicubit. "Abang amik wudhu sekejap, nak solat. Sayang mandilah" kata Amir sebelum mengangkat kembali tubuh Hanna, menurunkan gadis itu dari kaunter sinki.

"Okay" ujar Hanna. Hanna berdiri disitu dengan janggal, menunggu Amir mengambil wudhu di kepala paip belakang tempat Amir diri tadi. Tubuh tak berbaju dan hanya berkain pelikat Amir itu buat Hanna yang merenung teguk liur.

Kain pelikat seksi rupanya. Sebelum ini kain pelikat bagi Hanna hanya untuk pakcik-pakcik. Tapi, melihat Amir memakai kain pelikat hari ini mengubah persepsinya. Sebelum keluar menutup pintu tandas itu, Amir sempat membuka satu pintu kabinet di sisi sinki.

"Fresh towels and your pads" ujar Amir, mengenyit sekali. Pintu itu ditutup. Amir sediakan tuala wanita untuk Hanna. Hanna tersenyum simpul.

🌼🌼🌼

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now