365

5K 413 66
                                    

Beg baju Hanna diletakkan di hadapan pintu rumahnya. Kemudian, Amir berdiri memandang Hanna. "Amir minta maaf sebab tak dapat cuti lama-lama. Amir janji hujung minggu ni Amir bawa Hanna date" kata Amir.

Hanna mengangguk.

"Amir balik dulu"

Baru sahaja Amir berura-ura bergerak pergi, Hanna sentuh belakang tangan Amir. Amir tersengih.

"Kenapa, sayang?" soal Amir. Tangan Hanna diambil dan digenggam.

"Taknak masuk rumah?" soal Hanna malu-malu.

"Kenapa? Nak Amir masuk rumah Hanna?" soal Amir. Suaranya tiba-tiba perlahan. Dia berdiri dekat dengan Hanna.

"This is your house too, sekarang" kata Hanna. Amir geleng. "Yours" kata Amir lagi. Perlahan-lahan Amir berdiri semakin dekat. Dia menunduk memandang Hanna. Dagu Hanna amat dekat dengan dadanya. Geram Amir tengok pipi Hanna yang putih mulus itu. Macam nak gigit..

"Jom" kata Hanna. Tangan Amir ditarik masuk kedalam rumahnya. Pintu rumah itu cepat-cepat Amir tutup dan Amir sandar di situ. Hanna tarik beg bajunya ke bilik tidurnya. "Dudukla tengok tv ke" kata Hanna. Amir sengih.

"Nak ikut Hanna boleh?" kata Amir. Tanpa menunggu jawapan Hanna, Amir terus ikut masuk kedalam bilik Hanna. Hanna yang malu - malu terus menegakkan cadar katilnya.

Amir berjalan sehingga ke nightstand di tepi katil. Butang kecil di air humidifier pemberiannya itu ditekan sekali.

"Duduk sini boleh?" Soal Amir. Birai katil Hanna dituding. Hanna mengangguk kemudian Amir melabuhkan punggungnya di situ. Amir perhatikan Hanna.

Terdetik dalam fikirannya 'dah kahwin aku ni'

Kakinya dibuka luas sedikit kemudian tangan Hanna ditarik, menyuruh Hanna duduk di pahanya.

"Hai, sayang" kata Amir. Hanna terdiam. Tangan Amir melingkar di pinggang Hanna.

"Mana satu yang wangi ni, humidifier ni ke sayang?" soal Amir. Wajahnya ditanam ke sisi bahu Hanna, mencium bau disitu.

"Amir balikla" kata Hanna, menolak bahagian dada Amir untuk berdiri.

"Tak suka?"

Hanna menggeleng. "Sorry" kata Amir. Hanna berdiri dihadapannya. Amir menongkat lengannya ke katil. Dia mengeluh.

Kalau tak nak manja kenapa suruh Amir masuk rumah?

"Do you still want me here?" soal Amir. Hanna mengangguk.

"Amir tukar baju dulu, lepastu Amir datang sini balik. Boleh? Kita tengok tv" kata Amir. Hanna mengangguk. Amir berdiri, hendak meninggalkan bilik. Sempat nak takutkan Hanna, Amir tiba-tiba berdiri dekat dengan Hanna. Hanna mengundur sedikit.

"Takut ngan Abang?"

Hanna geleng. Pipi Hanna Amir cuit sedikit kemudian Amir pergi.

🌼🌼🌼

Usai tukar baju, Amir terus ke rumah Hanna dengan telefon bimbit di tangannya. Masuk sahaja dalam rumah, Hanna sudah bersila elok di sofa hadapan televisyen.

Amir tersengih. Alah comelnya.

Tadi, Hanna berseluar jeans biru dan baju lengan panjang hitam. Sekarang, Hanna sudah tukar kepada baju yang lebih selesa. Macam baju tidur. Tshirt panjang longgar berwarna biru. Amir tak tahu baju itu paras mana, tetapi apabila Hanna bersila, baju itu menutupi kaki Hanna sehingga ke paras lutut.

"Hai" kata Amir. "Hai" balas Hanna. Dia bergerak ke kiri sofa sedikit, memberi ruang untuk Amir duduk disebelahnya.

"Abang duduk sini eh?" soal Amir. Hanna mengangguk. Amir terus menghempaskan diri ke sofa selesa itu. Tangannya didepangkan. Selesa.

"Aircond sayang sejuk" kata Amir. Agak kekok lagilah nak panggil Hanna sayang dan bahasakan dirinya Abang. Tapi, Amir suka.

"Tak sejuk ke?" Soal Amir. Matanya melihat kearah paha Hanna yang terdedah sedikit akibat bergerak tadi. Hanna menggeleng. "Nak Hanna perlahankan ke?" soal Hanna. Amir geleng.

"Tak apa" kata Amir. Tiba-tiba Hanna sandarkan tubuhnya ke sofa dan merapati Amir. Amir sengih.

"Hug boleh? Sejuk" Amir beralasan. Perlahan sahaja Hanna mengangguk. Terus, Amir tarik tubuh Hanna agar lebih dekat dengannya. Hanna pula sandarkan kepalanya ke dada Amir. Makin melebar sengihan Amir.

"Macam ni okay?" Soal Amir. Takut Hanna tak selesa seperti tadi. "Okay" kecil sahaja suara Hanna menjawab.

"Tengok cerita apa ni?"

"Assasination classroom" jawab Hanna. Selesa sahaja bersandar di tubuh Amir. Amir bergerak sedikit, untuk selesakan kedudukannya. Tangannya kini di bahu Hanna.

Hanna menutup sedikit pahanya yang terselak dengan baju. Amir perasan tindakan itu. Bantal kecil di sisi Amir dihulurkan kepada Hanna. Kemudian, matanya kembali kepada televisyen.

"Dah lama tengok ke series ni?"

"Dah seminggu"

"Cepatnya dah sampai episod ni" kata Amir.

"Hanna tengok hari-hari memangla"

Tiba-tiba Hanna mencapai alat kawalan jauh televisyen di hujung sofa.

"Amir, boleh tak nak bukak netflix Amir" soal Hanna. Amir menggeleng laju.

"Kenapa?"

"Kan Hanna dah ada Hanna punya"

"Nak tengok Amir punya. Please?"

"Cannot, sayang" kata Amir dengan lembut. Terbongkar lah rahsia kalau Hanna buka netflix miliknya.

"Come on.. Hanna kiss sini" jari telunjuk Hanna menekan pipi Amir. Amir sengih.

"Okayla, bukak la" kata Amir. "1117" kata Amir lagi.

Hanna akur. Password itu ditaipkan dan akaun Netflix milik Amir berjaya dibuka.

Amir ketap bibir apabila senarai continue watching miliknya terpapar.

"Amir, ni cerita apa? 365 day" soal Hanna.

Ah sudah..

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now