didn't, haven't

5.1K 440 11
                                    

"Thank you" kata Amir kepada pekerja drive thru. Amir memusingkan semula stereng keretanya. Dia memandu semula ke hospital. Beberapa kali jugalah Amir mencuri pandang kearah Hanna. Tak sejuk ke perempuan ni pakai baju hospital nipis macam tu?

Tangan kirinya mematikan aircond.

"Hanna?" Tegur Amir. Senyap sangat pula gadis ini. Gadis itu sekadar memandang Amir.

"You kerja?"

"Still searching"

Aik? Tapi ada rumah? Family kaya ke macam mana ni?

"Oh"

"Since when you macam ni?"

"Macam ni apa?"

"Suicidal. Self harming" jujur sahaja Amir. Amir penat berselindung. Amir saved her four times. Kenapa perlu berselindung lagi. Hanna bersandar di sisi tempat duduknya. Kepalanya terlentok ke tingkap kereta, memandang pemandangan malam.

"I don't know"

"Kenapa you kisah pasal I?" Soal Hanna. Suaranya lemah. Amir tak tahu nak jawab apa. Kenapa dia kisah? Kenapa dia susahkan dirinya?

"No one ever cared for me. Except you" kata Hanna lagi.

"Kita makan kat parking boleh?" Amir menukar topik. Gear ditarik menukarkannya kepada P.
Lampu dalaman kereta dihidupkan. Beg kertas Mc Donald di paha Hanna Amir capai.

"You need sugar, so Coke" kata Amir. Straw dicucuk ke mulut cawan. Cawan itu Amir hulur kepada Hanna. Hanna capai kemudian cawan itu direhatkan diatas pahanya.

Cawan untuk dirinya pula diambil. "For me, I need Coffee. Sebab I jaga baru balik kerja and I need to jaga Hanna tonight" kata Amir. Macam dia mengomel sendirian. Padahal, Hanna dengar.

"I susahkan you" kata Hanna dengan perlahan. Dia masih bersandar ke tingkap. Amir mengeluh.

"Hanna"

Tiada jawapan.

"Hanna, look at me" kata Amir lagi. Tapi, Hanna menjeling pun tidak.

"Jangan fikir macam tu. I'll help you"

"I can't even help myself. I can't even make myself happy. Macam mana strangers macam you nak tolong I?"

Hanna menguak pintu kereta, cuba untuk keluar namun tak berjaya. Lock pintu itu ditolak menggunakan ibu jari tapi cepat-cepat Amir kunci semula pintu kereta dari butang di sisi tempat duduknya.

"You tak boleh buat diri you happy, so let me try"

"I don't trust you"

"Hanna, you don't even trust yourself" meninggi sedikit suara Amir.

Amir mendekatkan dirinya dengan Hanna. Sebiji burger dihulurkan kepada gadis itu. Barulah Amir perasan mata gadis itu berair lagi.

Amir lemah betul tengok orang menangis...

"Okay, okay" Amir menggelabah. "Hanna, don't cry" kata Amir memujuk. Hanna masih bersandar ke sisi kereta. Tangannya menekup muka. Dia menangis lagi. Amir sudah gelabah memegang kepala sendiri.

Perlahan-lahan tangannya dibawa ke bahu Hanna. Bahu itu ditepuk-tepuk perlahan.

"Makan dulu Hanna. Jangan buat I risau" kata Amir. Burger tadi dihulurkan sekali lagi.

"Trust me, Hanna. Makan dulu. You'll feel better" kata Amir lagi.

"I was so close, just now" kata Hanna. Suaranya kedengaran perlahan sahaja dek tekupan tapak tangannya ke muka. Yang pasti, gadis itunsedang menangis teruk. Turun naik bahu Hanna.

"I was so close to be dead" Hanna menyambung kata-katanya lagi.

"It's okay Hanna. I saved you, right? It's okay"

Hanna mengalihkan tangannya. Air matanya diseka. Burger pada tangan Amir tadi dicapai.

"I was so scared"

◇◇◇

6 months ago.

Amir meregangkan pinggangnya. Bunyi segala sendi di badannya. Pintu tingkat bumbung dibuka. Penat benar berkerja hari ini. Jadi, Amir mengambil keputusan untuk menghirup udara segar. Air kopi sejuk ditangannya dihirup.

Kafein, supaya Amir tak salah lihat skrin x-ray.

Amir memandang langit malam. Sejuk. Kemudian, dia terpandang satu susuk tubuh berbaju hospital berdiri di tembok. Amir sudah seram sejuk. Amir menggosok matanya menggunakan belakang tangan.Dia tak tersalah pandang kan? Manusia kan? Berambut panjang macam tu.

Apa ni? Suicide attemp?

Air tin ditangannya diletakkan perlahan-lahan di lantai tanpa menghasilkan bunyi. Kemudian Amir memecut laju kearah manusia tadi. Tangan gadis itu dicapai dan ditarik kuat.

Gadis itu menjerit.

Amir rebah ke lantai, dengan gadis itu jatuh menghempapnya.

"Apa kau nak buat ni?!" Marah Amir. Gadis itu mengangkat muka.

"Eh? Kau ni jiran aku kan"

Hanna cepat-cepat berdiri. Dada Amir ditolak kuat sehingga Amir terbaring ke lantai. Hanna memanjat semula tembok tadi. Amir cepat-cepat berdiri semula. Pinggang Hanna dirangkul dari belakang dan kemudian tubuh itu ditarik sejauh mungkin dari tembok itu.

"What are you trying to do?!"

"Are you stupid!?" Hanna jerit. Kuat suaranya. Kuat sehingga pecah.

"Sapa yang bodoh sekarang ni, kau ke aku?!" Amir tengking semula.

Hanna meronta-ronta. Rangkulan Amir semakin dikuatkan. Kedua-dua belah tangan Hanna Amir tahan.

"Lepaslah! Aku nak mati. Aku nak mati!" Hanna meraung.

Sumpah, ini kali pertama Amir tak tahu nak uruskan keadaan. Amir sentiasa tahu sebelum ini, tapi tidak malam ini.

Amir duduk, jadi Hanna turut jatuh terduduk sama. Gadis itu masih meronta-ronta.

"Shhh" kata Amir.

"Astaghfirullahalazim" Amir berbisik ke telinga Hanna. Hanna menangis teresak-esak.

"Shhh" Amir tenangkan Hanna lagi.

"Ingat Allah" kata Amir lagi. Rontaan Hanna menjadi semakin perlahan.

"I was so close" kata Hanna perlahan. Suaranya bersisa dengan tangisan. Tersedu-sedu gadis itu.

"I was so close" kata Hanna lagi.

Sedikit sahaja lagi. Hanna benar-benar sudah buat keputusan tadi. Dia benar-benar mahu terjun tadi.

"But, you didn't do it. You haven't. Alhamdulillah"

Hanna patut lega ke?

◇◇◇

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now