problem

4.1K 433 61
                                    

"Hanna? Can I come in?"Laju Hanna menoleh kearah pintu. "Yes" kata Hanna.
Amir melangkah masuk ke bilik wad Hanna. Hari ini, katil di sebelah katil Hanna berpenghuni. Seorang warga emas wanita terlantar tidur disitu.

Hanna meletakkan jari telunjuk dibibirnya, menyuruh Amir bergerak dengan perlahan. Takut wanita tua itu terbangun pula. Amir mengangguk. Tersenyum dia melihat Hanna. Hanna nampak lebih bertenaga.

Gadis itu memakai baju berwarna hijau lembut. Rambutnya diikat satu.
Amir melabuhkan punggung disebelah Hanna.

"Morning. What are you doing?" bisik Amir.

Hanna kembali merenung keluar tingkap.

"Tengok langit. Gloomy" kata Hanna. Amir tersenyum segaris.

"Nak hujan agaknya" kata Amir. Telefon bimbit di poket belakang seluarnya dicapai. Ramalan cuaca di telefonnya diteliti.

"Pukul 12 nanti hujan" kata Amir. Hanna menjengah kearah telefon Amir. "I don't have that. Can you set that up for me" Hanna menghulurkan telefon bimbitnya kepada Amir.

Amir tersenyum kecil. "Why?" telefon Hanna dicapai. Nak weather prediction? Abang Amir bagi weather prediction untuk awak ye? Amir tersenyum sendiri tiba-tiba. Beza umur Amir dan Hanna besar. Terkejut Amir bila dia lihat chart Hanna tadi. Muda lagi Hanna rupanya. Baru 24 tahun. Amir pula, 30.

"What for?" tanya Amir lagi.

"Sebab nak tengok langit cerah" kata Hanna. Amir sekadar tersenyum. Aplikasi ramalan cuaca di setkan dan diletakkan di home screen. Senang untuk Hanna cari nanti.

"Amir" Hanna menegur lembut.

"Ye?"

"You'll take care of me, right?"

"Yes, of course"

Hanna tersenyum lebar menunjukkan gusinya. Gummy smile. Amir pertama kali lihat senyuman itu.

"I trust you" kata Hanna lagi. Amir menduduk menghadap Hanna. "Tapi you kena janji ngan I yang you need to trust yourself too" kata Amir.

Senyuman lebar di bibir Hanna tadi memudar. Nak percayakan dirinya? Boleh ke?

Hanna memandang kasutnya. Kasut putih yang Amir bawakan.

"Let's go. Kita balik" kata Amir. 'Kita'
Hanna suka perkataan tersebut. Amir berdiri kemudian beg pakaian Hanna di tepi katil diambil. Hanna mengangguk. Lambat - lambat Hanna ikut Amir. Sampai dimuka pintu, lengan baju Amir Hanna tarik lembut.

"I need to talk to her for a while" kata Hanna. Amir mengangkat kening. "Who?". Jari telunjuk Hanna menuding kearah wanita tua yang berbaring di katil.

"Sure" kata Amir. Dia meninggalkan bilik itu terlebih dahulu. Hanna lain kali ini. Hanna lain hari ini. Seperti ada tenaga baru. Sebelum ini Hanna suram, tapi hari ini Hanna seperti ada 'warna'.

Amir menyeluk poket belakang seluarnya, mengambil telefon bimbitnya. Nombor kakaknya, Adira didail kemudian telefon itu diletakkan di telinga.

"Hello. Dira"

"Ha. Iye. Nak apa?"

"I have a problem. Nak jumpa kau la"

"Datang la rumah"

"Busy la. Banyak kerja"

"Dahtu nak suruh orang datang rumah Amir?"

"Haah. Boleh tak? Kau jangan drive pulak. Ajak abang"

"Tengok lah nanti. Nanti Dira mesej. Bye"

"Bye Dira. Jaga diri"

Panggilan telefon ringkas itu ditamatkan disitu. Telefon bimbitnya disimpan semula kedalam poket seluarnya. Amir menoleh kebelakang apabila bunyi pintu dibuka dibelakangnya. Hanna.

"Are you done?" Soal Amir. Hanna sekadar mengangguk.

Aik? Kenapa pula Hanna? Wajahnya sugul. Sehingga kedalam kereta, Hanna berdiam diri. Dia bersandar ke tingkap.

"Hanna?"

Tiada jawapan.

"Hanna Inara binti Fairuz" kata Amir menduga. Cepat-cepat Hanna toleh kearahnya.

Amir tersenyum. Comel.

"Kenapa ni?" lembut saja suara Amir. "If anything wrong just tell me. I tolong" kata Amir lagi.

"Nothing" perlahan respon Hanna.

"Hanna, come on. I tahu something's wrong"

"Jangan paksa I"

Amir mengetap bibir. Dia tidak boleh benarkan Hanna macam ini. Tak sihat.

"Trust me, Hanna. Bagitahu I. You sedih sebab tak dapat jumpa mak cik tadi tu lagi ke?"Jarinya mencuit-cuit bahu Hanna.

"It's not your problem" Hanna menepis tangan Amir.

"It is my problem. Whatever your problem is, it's my problem too, now" Amir meyakinkan Hanna sekali lagi.

"Siapa Dira tu?"

Amir mengetap bibir sekuat hati menahan senyum. Kalau dia senyum sekarang, Hanna tak mahu tanya lagi. Hanna cemburu ke macam mana?

"Kakak I." balas Amir pendek.

"Apa masalah yang you kata tu?"

"Masalah I?" Amir memandang Hanna sekilas. Gadis itu sedang merenungnya.

"Masalah I nama dia Hanna" Amir jujur sahaja. Dia tidak mahu berselindung dengan Hanna. Riak wajah Hanna berubah.

"I minta maaf I susahkan you" kata Hanna perlahan.

"I cubit you kang" Amir mengetap gigi. Geram pula bila Hanna asyik minta maaf. "I told you you tak susahkan I"

"Dahtu you cakap problem you nama dia Hanna. I Hanna. I problem you lah kan?"

"Tet. Salah. Nama problem I je Hanna. Problem sebenar I, our situation sekarang ni"

"What do you mean"

"You told me that you don't have any family"

"Amir you kata you nak jaga I"

"Exactly. Macam mana I nak jaga you"

Hanna terdiam.

"You nak kawin dengan I tak Hanna?"

🌼🌼🌼

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now