Mc Donald's

4.1K 400 21
                                    

Sudah beberapa kali Amir cuba call Hanna, tapi tak ada balasan. Adira yang agresif nak berjumpa dengan Hanna malam tadi berjaya Amir hentikan. Nasib baik.

Untuk kali ke-11, panggilannya masih tak berjawab. Jadi, Amir mengambil keputusan untuk masuk sahaja dalam rumah Hanna. Amir dapat kunci spare tempoh hari. Hanna tak tahu lagi, tapi sekarang itu semua tak penting.

Kenapa Hanna tak angkat telefon ni?

Perlahan-lahan Amir membuka kunci pintu rumah Hanna. Pintu rumah dibiarkan luas terbuka kemudian Amir melangkah masuk. Keadaan rumah masih sama seperti semalam, bersih dan kemas. Seperti tak ada apa-apa yang berubah.

"Hanna?"

Tiada jawapan.

"Hanna"

Masih senyap.

Pintu bilik Hanna diketuk beberapa kali. "Hanna?"

Namun, masih tiada jawapan. Jadi, Amir mengambil keputusan untuk menguak tombol pintu. Sebaik sahaja Amir melangkah masuk kedalam bilik Hanna, bau haruman segar dari air humidifier di meja kecil tepi katil Hanna. Mata Amir beralih kepada rambut yang terjuntai dari katil. Hanya rambut yang kelihatan. Seluruh badan Hanna dilitupi selimut.

Nyenyak sangat tidur ni. Amir tersengih sendiri. Perlahan-lahan Amir menepuk-nepuk dari luar selimut.

"Hanna?" Lembut saja suara Amir. Bahu yang dilitupi selimut itu digenggam dan di goncang perlahan. Barulah Hanna bergerak sedikit. Tangan kecil dari dalam selimut menyelak selimut tebal itu, menampakkan seketul Hanna sehingga ke paras bahu.

"Hai" kata Hanna yang masih mamai. Matanya tak terbuka pun. Wajah Hanna sembap. Aik? Hanna tak pelik pula Amir masuk rumahnya sesuka hati.

Amir melutut di sisi katil.

"How's your sleep?" tanya Amir. Perlahan-lahan lengan Hanna keluar dari selimut, menuding ke arah air humidifier di sebelah kepalanya. Alat kecil yang Amir pasangkan.

"This thing is awesome" kata Hanna dengan mata masih tertutup. Dia senyum. Kemudian, tangannya masuk semula kedalam selimut. Amir tersengih. Comel siut perangai.

"I need to go work. So, sleep some more. Anything text me okay?" kata Amir. Dia berpura-ura untuk bangun tapi pergerakannya terhenti apabila seluarnya dicuit oleh Hanna.

Hanna buka mata.

"You balik pukul berapa?" soal Hanna. Macam kanak-kanak.

"Around 8"

Hanna menangguk faham. Amir mengetap bibir. Sekarang ini, dia benar-benar mahu mengusap lembut kepala Hanna. Rambut Hanna nampak lembut. Tapi, keinginannya ditahan.

"Amir.." suara Hanna memanggil lembut. Amir mengangkat kening tanda menyahut. "Nothing lah" Hanna menarik semula selimut agar melitupi dirinya.

Ni Amir tak suka ni..

"What is it, Hanna?"

"Can we get Mc Donald's again tonight? If you don't mind" kata Hanna dari dalam selimut. Amir terkejut. Sengihan melebar di wajahnya.

"Of course. We'll go after I came back from work, okay?" selimut Hanna ditarik, mendedahkan semula seketul Hanna yang malu-malu. Amir ingin lihat wajah cantik itu sekarang.

"Now, I need to go. Take care" Amir menghadiahkan senyuman kecil sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Hanna.

🌼🌼🌼

Jam 8:20 malam, Amir sudah pulang ke rumah, sudah mandi dan sudah segar. Telefon bimbitnya diatas sofa dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka.

'Hanna, dah siap?'

Amir bergerak ke pintu. Kasutnya di sarungkan ke kaki. Rumahnya dikunci. Serentak, Hanna melangkah keluar dari rumahnya. Amir tersengih.

"Hi" kata Amir. Hanna tersenyum kecil.

Kemudian, mereka berdua jalan beriringan menuju ke parking lot. Amir senyap, jadi Hanna pun senyap. Apabila hampir dengan keretanya, Amir menekan kunci, menghasilkan bunyi yang agak kuat. Hanna melompat sedikit dek terkejut.

Amir ketawa kecil.

"Terkejut?" pintu kereta bahagian pemanduan dikuak kemudian Amir memasuki perut kereta. Hanna pun turut sama ikut. Hanna masih diam.

Pemanduan dimulakan.

"Hari ni buat apa?"

"Tengok tv"

"The whole day?" Amir meminta kepastian. Tak sakit mata ke?

Hanna mengangguk. Iyelah, Hanna menganggur. Amir expect Hanna buat soalan Addmath kah dirumah?

"What did you eat today?" tanya Amir lagi. Hanna diam sejenak untuk berfikir.

"I cooked pancakes for breakfast and pasta for lunch"

"Petang?"

"Tak makan. Nak makan dengan Amir" kata Hanna perlahan.

Senyuman lebar mekar di bibir Amir. Amir memegang dagu. Apa yang Hanna cuba lakukan?

"How's work?"

Pertama kali seseorang tanya Amir soalan tersebut. Heaven. Nak aje Amir mengadu dari A sampai Z tentang perkara yang berlaku di hospital hari ini. Amir nak beritahu semua! Tapi Amir ingin maintain imej cool guynya.

Konon.

"It was tiring" Sempat Amir mencuri pandang ke arah Hanna.

Rambutnya dilepaskan sahaja harini. Cantik.

"I'm sorry. You should've rest. But I bother you" timbul kerisauan dalam suara Hanna. Nak aje Amir tepuk dahi perempuan itu.

"No, tak. I wanted to see you too. You know, after a long day at work, I thought 'seeing Hanna would be nice'. So, don't say that. I tak suka" kata Amir.

Hanna terlalu insecure. Sangat-sangat insecure.

"Sorry" kata Hanna. Amir menetapkan giginya dek geram teramat sangat. Nak aje Amir jerit 'stop minta maaf!' tapi takut dia lukakan perasaan Hanna pula. Jadi, Amir pendam.

Sampai di perkarangan Mc Donald's, Amir memanjangkan leher mencari parkir. Stereng keretanya dikawal dan gear tangan ditukar kepada mod R. Amir menjeling side mirror untuk melihat kawasan belakang kereta. Tak berpuas hati dengan pantulan imej yang kecil itu, Amir menoleh kebelakang.

Sempat Amir memandang Hanna sekilas. Dia hanya duduk membatu. Jari-jemari ya bergerak-gerak bermain-main dengan zip dompetnya. Bibirnya dimuncungkan. Amir mengalihkan semula pandangannya. Usai memarkir dengan cemerlang, enjin kereta dimatikan.

"Let's go" ajar Amir. Hanna tersenyum segaris tanda akur. Beg duit kecil yang sedari tadi di genggaman tangan dimasukkan kedalam poket depan baju hoodienya. Kedua-dua belah tangannya turut dimasukkan kedalam poket itu. Berangin pula malam ini. Mereka berdua jalan beriringan, memasuki pintu restoran makanan segera itu.

🌼🌼🌼

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now