No Hugs

4K 409 31
                                    

"Ni, tempat Amir selalu pergi kalau stress" kata Amir. Hanna mengangguk faham. Tepi laut. Angin kuat meniup kearah mereka berdua. Rambut Hanna terbang berserabut. Amir memandang Hanna sekilas.

Tiupan angin yang kuat turut meniup kardigan yang Hanna pakai sehingga mendedahkan sebelah bahunya. Amir terpandang Hanna lama.

Patut dia suruh Hanna tukar baju tadi. Dia benar-benar ada isu dengan gaun mengikut bentuk badan yang Hanna pakai. Amir tiba-tiba melangkah dihadapan Hanna. Dia berdiri bertentangan dengan Hanna, menghalang angin dari bertiup kearah Hanna.

Agak rapat.

Pandangan matanya yang melilau ke tubuh Hanna sedari tadi ditetapkan ke wajah Hanna. Hanya wajah.

"Tie your cardigan. I won't look" kata Amir. Ton suaranya bertukar jelas lebih rendah tiba-tiba. Matanya merenung mata Hanna dengan tajam. Hanna ketap bibir. Dia menarik semua kardigan itu agar menutupi bahunya. Hujung kardigan itu diikat di bahagian perutnya, agar tak bergerak apabila ditiup.

"D-dah" tergagap Hanna dibuatnya. Amir mengancam.

"Good" kata Amir kemudian dia melangkah semula ke tepi. Angin kembali bertiup kearah Hanna. Amir tersenyum nipis.

Selepas apa yang dilakukannya tadi, mereka berdua diam. Amir malu dan Hanna pula terkejut.

"Amir pernah stress?" tanya Hanna, cuba memecahkan belenggu suasana.

"Of course. Single lama kot. Frustation. Kerja susah. Like, first few year in my career was hell" terang Amir. Hanna mengangguk faham.

"Even Amir, I have a loving mother and sister and brother in law and I also have a friend, Harraz. Tapi Amir still stress. Jadi, it's totally okay"

"For?"

"For you to do things you did. Amir tak adalah kata Hanna boleh buat lagi. Amir takkan benarkan Hanna buat lagi. Point Amir kat sini, I believe that things will get better"

Tiba-tiba Hanna sebak.

Amir gelabah.

"I didn't mean to remind you" kata Amir. Dia berdiri semula dihadapan Hanna yang menangis.

"Tak nangis. Angin" Hanna beralasan. Amir senyum senget. "Ni, Amir diri depan Hanna halang angin tapi kenapa nangis lagi" kata Amir.

Ibu jarinya menyeka satu manik air mata yang meluncur jatuh di pipi Hanna. Ibu jari Amir di wajah Hanna terasa besar. Dada Amir berdegup kencang.

"Come on, my Hanna. Tell me what's wrong" pujuk Amir.

"Don't leave me" kata Hanna. Dia menangis lagi. Amir berkerut. "Shh.. Jangan nangis" semakin banyak air mata jatuh di wajah Hanna.

"Tell me. Kenapa? Amir takkan tinggalkan Hanna"

Hanna melangkah setapak ke belakang kemudian bajunya diangkat sehingga mendedahkan pahanya. Amir gelabah dia mahu menutup mata dan menyuruh Hanna berhenti tetapi dia terdiam apabila ternampak luka besar yang masih baru di paha Hanna.

Amir ketap bibir.

Hanna masih nangis teresak-esak. Amir mendekati Hanna. Tangannya yang memegang hujung bajunya dialihkan, membiarkan baju itu menutup semula kelaran di pahanya.

Sebab itu Hanna pakai gaun. Kerana luka itu.

Wajah Hanna dipegang dan air mata yang mengalir diseka. Hanna tersedu-sedu. Amir cuba bertenang. Dia harus memilih kata-kata. Dia tidak boleh tersalah cakap.

"Kenapa tak call Amir? Bila buat ni?" soal Amir. Lembut sahaja suaranya. Hanna terkebil-kebil. Amir tak marah?

"Amir dah buang kan pisau semua kenapa still ada lagi?" suara Amir masih lembut.

"Hanna minta maaf" kata Hanna. Dia bersandar ke dada Amir. Amir cepat-cepat menolak lembut bahu Hanna. Kening Hanna berkerut.

"No hugs. Remember?" kata Amir. Dia benar-benar mahu peluk dan tenangkan Hanna sekarang. Tapi tak boleh.

"Sekarang, bagitahu. Bagitahu Amir, kenapa buat macam ni?"

"Phone call dengan papa haritu" kata Hanna ringkas. Amir dah dapat mengagak. Mungkin kerana panggilan telefon itu Hanna rasa worthless.

"Amir minta maaf" kata Amir.

"Amir tak pay attention pada Hanna, Amir paksa Hanna untuk call Dato' Faizul. Salah Amir" Amir menyalahkan dirinya sendiri

Hanna ketap bibir.

"It's not-"

"It is. It is my fault. Amir dah janji nak jaga Hanna. Tapi, this happen" kata Amir. Amir menunduk. Tak mampu melihat mata Hanna yang berkaca dan wajahnya yang basah dengan air mata sendiri.

"Sakit tak? Nak pergi hospital?"

"The psikiatarist will admit to recovery home "

"I have your charts, Hanna"

"Amir, I taknak pergi rumah pemulihan"

Amir meraup muka.

"Berdarah lagi?" tanya Amir. Hanna menggeleng. Amir mengeluh. Dan mengeluh. Dan sekali lagi, mengeluh. Hanna menyentuh Amir lagi di sisi pipi Amir.

"Hanna minta maaf"

Di tapak tangan Hanna, terasa pipi Amir bergerak membentuk senyuman.

"What can I do for you, Hanna?"

"Burger?" kata Hanna. Amir senyum lagi. Tangan Hanna dialihkan. Dia menarik nafas dalam-dalam.

"Today is 23. Amir dah siapkan document Amir semua. Haritu, document Hanna pun Amir dah ada. Jadi ada lagi dua minggu"

Hanna mengangkat kening.

"Dua minggu lagi?"

"Yes. Lepastu kita kahwin. Hanna nak majlis?" soal Amir.

"Taknak"

"Kita nikah kat kampung Amir. Is that okay?"

"Okay"

"Esok Amir kerja. Ada ot. Tapi Amir asa tugas untuk Hanna"

"Tugas apa?"

"Esok Dira akan bawa Hanna shopping"

Hanna monyok. "Shopping apa?"

"I don't know. Maybe Hanna boleh prepare dalam tempoh dua minggu tu. Suprise me?" Amir tersenyum nakal. Hanna ketawa.

"Anything you want. Anything you need. Okay?"

"Okay"

"Good" Amir tersenyum lebar. Wajah Hanna dipandang dalam-dalam. Dia perlu  segera bawa Hanna dalam hidupnya. Dia tak mahu perkara seperti ini berlaku lagi.

"Tadi Amir dengar ada orang nak makan. Jom makan?"

Hanna mengangguk.

"Tapi sebelum makan Amir tak mau tengok muka macam ni" kata Amir. Hanna ketawa. Wajahnya di lap menggunakan fabrik kardigan di bahagian lengannya. Rambutnya dibetulkan kemudian Hanna senyum kearah Amir.

"Macam ni?" tanya Hanna.

"Ah, manisnya" puji Amir. Hanna ketawa lagi.

"Hanna sayang Amir"

🌼🌼🌼

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now