Failed!

2.9K 306 20
                                    

Malam itu, Amir langsung tak bagi Hanna pulang ke rumahnya. Kira macam no-no zone. Hanna cuma duduk tegak di ruang tamu Amir. Ruang tamu Amir terlalu kosong berbanding rumahnya. Cuma satu sofa kelabu, meja bulat kecil di sisi sofa dan televisyen di dinding.

Hanna memandang sekeliling. Banyak habuk dan sawang. Tapi Hanna memahami. Amir kan bekerja, mestilah tak sempat nak bersihkan rumah setiap masa dan ketika.

"Come" ujar Amir yang menjengah dari pintu biliknya. Hanna akur, dia berdiri dan separuh jalan ke bilik itu, Amir menggapai tangan Hanna.

Di bilik Amir, tersedia satu tshirt lengan pendek berwarna putih dan seluar pendek dengan logo adidas berwarna kelabu di atas katil. Seluar yang Amir selalu pakai kalau Harraz ajak main badminton.

Tuala yang juga berada atas katil itu Amir ambil kemudian Amir letakkan di atas kepala Hanna. "Go bath. I'll wait outside and cook something for you. Nasi eh?"

" Hanna nak makan megi kari letak telur" ujar Hanna. Dia asyik memandang susunan kemas pek mi segera di kabinet Amir.

"Tak nak nasi?" Amir berkerut. "Tak lapar ke?" Soalnya lagi. Perut Amir sudah berkeroncong. Sejujurnya, Amir yang nak makan nasi. Tapi Hanna kata megi. Jadi, mi segera pun bolehlah.

"Um. Kalau nak makan nasi pun bolehlah. Hm..nak nasi lah" Hanna ubah fikiran.

Sejujurnya Hanna risau. Bukan risau kecil-kecilan. Risau yang amat sangat. Urat di sisi dahi Amir timbul sejak siang tadi dan suaminya itu asyik memaksa senyuman.

Hanna rasa seperti bebanan.

Hanna tiba-tiba peluk tubuh Amir erat.

"Sayang, hand" cepat-cepat Amir alihkan lengan Hanna yang sudah berbalut. Dia tak mahu luka itu kena tekanan. Bukan main kuat Hanna peluk dirinya.

"Tak sakitlah. I just want to hug you" ujar Hanna sebelum memeluk Amir semula.

"I'm sorry. I'm ruining your life" ujar Hanna perlahan. Tangan Amir cepat-cepat naik ke leher Hanna, seperti mencekik sebelah tangan. Tapi tak cekik pun. Dia berkerut.

"What the fuck? I love you sayang, you're my wife? Abang cekik nak?" Marah Amir. Kemudian Amir ketawa kecil. Hanna yang terkejut sebentar tadi pun turut ketawa kecil. Tangan Amir dilehernya dipegang dan kemudian Hanna tersenyum.

"Okay. Sorry" kata Hanna.

"Tengok tu sorry sorry lagi. Hiyarghh" Amir menggoyang-goyangkan lembut tangan yang mencekak leher Hanna. Hanna ketawa sehingga nampak gusi.

Ah manisnya!

"Apa dia ni, orang cekik dia suka pulak?" Kata Amir. Tiba-tiba kedua-dua belah tangan kecil Hanna naik ke leher Amir, konon mencekik Amir juga. Amir terdiam.

Ini lain macam..

"Hiyarghh" Hanna menggoncang lembut leher Amir. Amir mengetap bibirnya.

"See, you like it too" ujar Hanna. Amir memejam mata, menahan perasaannya ini. Satu senyuman kecil dihadiahkan kepada Hanna sebaik sahaja Hanna melepaskan lehernya.

"Sayang go bath. Then, come outside okay?"

Hanna mengangguk. Tangan Amir pula melepaskan leher Hanna kemudian jatuh ke bahunya. Pipi gebu itu dicubit sekali.

"Bye" ujar Amir kemudian dia berjalan pergi. "Bye" balas Hanna perlahan.

⬛⬛⬛

Perlahan-lahan Hanna menjenguk dari pintu bilik Amir. Kelihatan Amir sedang mengalihkan periuk kecil dari dapur ke meja makan. Tanpa kain pula!

Cepat-cepat Amir mengibas-ngibas tangannya selepas periuk kecil itu diletakkan di atas meja. Hanna cepat-cepat berlari kearah Amir. Tangan Amir dicapai.

"Kenapa tak guna kain..kan panas" ujar Hanna. Tangan itu diteliti kemudian Hanna mendongak, memandang Amir.

"Mana kena? Ni ke?" Hanna menyentuh lembut hujung jari Amir yang kemerahan. Amir terdiam. Hanna mula meniup lembut hujung jari itu.

Kerutan jelas timbul di dahi Hanna akibat risau. Amir senyum.

"Risau?" Soal Amir. Hanna mengangguk.

"See, abang ke sikit je, sikit macam ni" Amir mencubit kecil pipi Hanna.

"Risau kan? Hanna kena macam mana? Bayangkan abang risau macam mana" kata Amir lagi.

Tangan Amir menekup sebelah pipi Hanna. Hanna menoleh sedikit, mencium tapak tangan Amir. Amir senyum lebar sampai tertawa kecil.

"Lepas ni eh sayang" perlahan-lahan Amir meletakkan tangannya dipinggang Hanna. Dahi Hanna dikucup sekali. Mengigil sedikit tangan Amir apabila terbau bauan wangi dari Hanna. Benar-benar menggoncang jiwa lelakinya. Hanna ketap bibir.

"Jom makan" ajak Hanna. Mereka berdua menuju ke meja selepas itu.

"Kenapa masak megi? Tadi kata makan nasi" soal Hanna. Garfu ditepi periuk itu dicapai dan cepat-cepat mi segera itu diceduk dan disuapkan ke mulutnya.

"Sayang kata nak makan megi"

"Tapi abang nak makan nasi, kan?" Kata Hanna. Kuah mi segera itu dihirup. Sesudu kuah diceduk dan kemudian disuakan kepada Amir dengan berhati-hati.

"Tak lapar la sayang, I want to eat anything sekarang. I'm waiting. I'm waiting to eat you after this"

Hanna hanya mampu berkelip. Nafasnya dihela panjang.

"Cepat sikit, abang tunggu kat bilik. Ready" ujar Amir. Dia sudah tidak mampu senyum. Langkahnya diatur ke bilik tidurnya kemudian dia melabuhkan punggungnya dikatil.

Jantungnya sudah berdegup kencang seolah-olah mengetuk dada dari dalam. Amir duduk tegak, cuba mengawal pernafasannya, lututnya diketuk-ketuk sedikit agar boleh 'relax'. Padahal ini kira kali keduanya.

Dalam lebih kurang sepuluh minit, Hanna masuk ke dalam biliknya. Sebaik sahaja pintu bilik itu ditutup, lutut Amir menggeletar sedikit. Matanya tertancap kukuh kearah Hanna. Hanna sedang menggigit bibir.

Perlahan-lahan Hanna duduk disebelah Amir di birai katil itu.

"Abang" lembut sahaja Hanna panggil. Tangan Amir Hanna genggam perlahan.

"Sorry, Hanna period" ujar Hanna dengan penuh rasa bersalah. Amir ternganga kecil. Wajah Hanna dengan mata yang membundar itu ditenung.

"Sorry abang" Hanna ambil tangan Amir kemudian disalam dan dicium. Rasa kasihan pula dengan isterinya yang seorang ini. Amir mengusap lembut kepala Hanna.

"Takpelah. Later je.. um..lain kali period terus bagitahu Abang. Boleh?"

Hanna mengangguk."Janji" ujarnya.

"Ni semua salah Hanna. Macam mana ni?" Amir menghempas tubuhnya kekatil.

"Um, Abang. Hanna nak bela kucing" tiba-tiba Hanna ubah topik. Takut pula lihat wajah Amir yang serius. Amir tersengih. Dia juga turut tahu Hanna tiba-tiba ubah topik kerana Hanna takut.

Haih. Bila Hanna boleh rasa benar-benar selesa dengan dirinya? Amir rasa dia gagal.

🌼🌼🌼

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now