******
Azan subuh yang mendayu-dayu bunyinya beserta bunyi ketukan pintu mengganggu lenaku. Perlahan-lahan aku membuka mata. Mata melorot memandang pinggang apabila terasa berat. Tangan Hamidi rupanya.

Masih dalam keadaan sama seperti semalam. Tidak berkutik lenanya.

"Ecca, dah subuh ni. Bangun cepat, kita solat berjemaah." kali ini ketukan pintu beserta laungan suara mak.

Hamidi menggeliat kecil apabila aku mengalihkan tangannya dari pinggangku.
Aku bangun membuka pintu.

"Hamidi dah bangun?" tanya Mak sebaik aku membuka pintu. Aku berkerut dahi.

"Mak tahu Id balik semalam?" tanyaku pelik.

"Ha'ah, kawan dia hantar semalam. Sejak petang semalam lagi duk pening-pening. Itu yang kawan dia hantar balik," terang mak. Aku mengangguk kecil. Hamidi yang masih lena dipandang seketika.

"Id masih tidur tu, badan dia panas. Demam." ujarku.

"Hmm kalau macam tu, kita solat dulu. Lepasni kejutkan Id pula," ujar mak. Aku mengangguk kecil.

"Pergi bersiap cepat, mak dengan Alia tunggu dekat ruang solat." sambut mak lagi sebelum beredar.

Aku melangkah ke bilik air, mencuci muka sebelum mengangkat wudhuk. Usai berwudhuk, aku masuk kembali kedalam bilik untuk mengambil telekung sebelum melangkah kearah ruang solat.

Pagi hening itu, subuh ditunaikan berimamkan Mak sebagai imamah. Aku dan Alia pula sebagai makmum.

Usai solat, aku meminta izin untuk mengejutkan Hamidi agar bangun solat.

"Habib,"

"Hmm..."

"Bangun, solat subuh." ujarku. Hamidi membuka mata perlahan.

"Dah subuh ke?" tanya Hamidi. Aku mengangguk. Melihatkan Hamidi yang ingin bangun, aku segera membantu.

Hamidi dipapah ke bilik air. Aku hanya mengawasi dipintu bilik air. Nasib baiklah aku pakai baju lengan panjang, bolehlah Hamidi berpaut dilenganku.

Hamidi didudukkan diatas katil seketika sementara aku membentangkan sejadah. Usainya, Hamidi segera menunaikan solat subuh.

Seperti tadi. Aku memerhati, bimbang jika tiba-tiba sahaja Hamidi tumbang. Naya.

Dari pemerhatianku, dapat aku lihat betapa susahnya dia ingin bangun dari duduk. Ketika sakit, nikmat yang satu ini pastinya ditarik sehingga menyesakkan kita untuk beribadah.

Salam terakhir diberikan Hamidi. Seketika dia berteleku sebelum menadah tangan memanjat kudusnya doa.

Melihat Hamidi yang ingin bangun, aku terus bangkit dari duduk. Melangkah untuk memberi sokongan tenaga.

"Tak apa, biar Aisya lipat lepas ni." ujarku apabila Hamidi ingin mengambil sejadah. Hamidi hanya akur.

"Aisya masak bubur ya? Lepastu, makan ubat, okay?" Hamidi menggeleng. Dia melabuhkan duduk diatas katil.

"Nak rehat je, kepala berat sangat ni." ujar Hamidi.

"Mana boleh macam tu, ubat taknak makan, bubur pun taknak makan. Macam mana nak sembuh?" ujarku geram. Hamidi ketawa kecil.

"Jangan risaulah, nanti kebahlah ni. Sikit je," aku mengajuk kata-katanya kembali. Hamidi dijeling tajam.

"Sini, teman Habib." Hamidi menepuk ruang sebelahnya. Dia sudah terbaring diatas katil. Aku menggeleng.

"Aisya nak pergi dapur, masak bubur nasi untuk orang sakit yang degil." ujarku.

"Taknak teman Habib-lah ni?" Hamidi seolah berjauh hati.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now