PROLOG💎

370 30 1
                                    

"Tenang Eun Na. Kau mesti boleh!" Bisikan wanita yang berumur 23 tahun itu hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja. Dia terus menarik nafasnya untuk menenangkan diri.

"Cik Kim Eun Na!" Panggil seseorang. Empunya nama terus memandang orang yang memanggilnya sebentar tadi. "Ye saya." Jawab Eun Na. Orang tersebut memandang Eun Na lalu angguk. Entah apa yang dilihatnya.

"Hurmm...... Saya tak tau lah apa benda yang ada dalam kepala otak bos. Tapi, tawaran awak untuk bekerja di sini diterima tanpa bertanding." Katanya. Mungkin pembantu peribadi bos syarikat tersebut. Eun Na yang mendengarnya tidak menunjukkan reaksi gembira. Dia terkejut.

"Kenapa? Awak tak suka ke? Bukan senang nak cari kerja zaman sekarang. Lagi-lagi jadi penulis ni." Katanya lagi. Eun Na mengeluh. "Bukan. Saya suka. Cuma saya hairanlah kenapa saya diterima macam tu je." Jawab Eun Na.

"Aku terima kau kerja kat sini sebab aku tau kau adalah penulis yang terbaik." Entah dari mana empunya suara tersebut muncul. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba dia berada di belakang Eun Na.

Eun Na terkaku. Dia tidak mampu berkata apa-apa selain daripada memandang namja yang berada di belakangnya. Takut benar dia pada bos barunya. Perlahan-lahan Eun Na menoleh. Semakin terkejut Eun Na dibuatnya. "Long time not see." Kata namja tersebut sambil tersenyum. Uwu......

TBC...

Going Crazy | Treasure 💎 [Stop]Where stories live. Discover now