BAB 17💎

53 13 0
                                    

“Doktor Kim, kita ada pesakit baru. Dia disahkan menghidap penyakit Anxiety Disorders.” Kata pembantu doktor yang bernama Lia sambil menghulurkan beberapa dokumen. Taehyung yang mendengarnya hanya angguk sambil mengambil dokumen tersebut.

Taehyung meneliti setiap maklumat yang tercatat di dalam dokumen tersebut. “Anxiety Disorders, umur 17 tahun.” Kata Taehyung. “Banyak remaja muda menghidap Anxiety Disorders. Saya rasa pelik.” Kata Lia. Mungkin dia ingin tahu kenapa banyak di kalangan remaja menghidap penyakit sedemikian rupa.

“Saya tak pasti. Semua orang yang mengalaminya ada pengalaman yang berbeza. Kadang-kadang Anxiety Disorders ni disebabkan oleh trauma, fobia, masa lalu. Stress pun boleh mengakibatkan anxiety juga. Anxiety Disorders dikalangan remaja ni terjadi mungkin disebabkan semuanya tu. Sebab mereka semakin membesar kan? And tak lama lagi akan melangkah ke alam dewasa.” Balas Taehyung. Lia hanya anggukkan kepala tanda faham.

“Boleh aturkan appointment saya dengan dia 4 kali sebulan. Isnin dengan jumaat jadual saya lapang sikit.” Kata Taehyung. “Baik doktor. Kalau tak de pape saya minta diri dulu.” Balas Lia. Taehyung angguk sambil tersenyum manis. Terpikat Lia. Lia keluar dari ruangan pejabat Taehyung.

“Aish, handsome lah.” Bisik Lia. Lia menggelengkan kepalanya. “Dia orang kaya Lia.” Sambungnya. “Hai Lia. Kenapa ni?” Tanya seseorang. Lia memandang empunya suara. “Eh doktor Lisa. Tak de pape. Ermm, saya pergi dulu. Jumpa lagi.” Kata Lia sambil melangkah pergi. Lisa hairan melihat tingkah laku Lia. “Taehyung marah dia ke?” Tanya Lisa sendirian.

~*~*~
Taehyung keluar dari bilik mandi dengan keadaan rambut basah. Dia menggosok kepalanya dengan tuala untuk mengeringkan rambutnya. Agak handsome ye kawan-kawan. “Pukul 12:36 malam. Bukan selalu mandi tengah malam.” Kata Taehyung sendirian.

Secara tiba-tiba Taehyung terdengar bunyi pecahan. Datang dari aras bawah rumah milik bapanya. “Bunyi apa tu?” Tanya Taehyung. Dia cepat-cepat membuka pintu biliknya. Keadaan rumahnya gelap. Hanya lampu kecil sahaja terbuka. “Maksudnya, mama, papa dengan Eun Na tak bangun tido. Siapa pulak yang buat bising?” Taehyung menutup semula pintu biliknya.

Taehyung mengambil batang penyapu. Walaupun batang penyapu tak membantu, sekurang-kurangnya dia boleh cederakan musuh. Perlahan-lahan dia keluar dari bilik. Tanpa mengeluarkan bunyi, Taehyung menuruni tangga. Taehyung ternampak meja cermin berdekatan tingkap di ruang tamu mereka pecah. Tingkap rumah mereka juga pecah.

“Dah ada pengalaman ea kau.” Kata Taehyung sambil menoleh ke belakang. Taehyung tersenyum miring. Ada orang sedang memegang parang. Dia baru sahaja ingin menyerang Taehyung. Taehyung dapat rasakan ada orang di belakang tetapi dia tidak tahu senjata orang tersebut lebih besar.

“Aku tak takut lah!” Baru sahaja hendak menyerang Taehyung, kepalanya berdarah kerana terkena sesuatu. Orang tersebut rebah sambil memegang kepalanya sambil mengerang kesakitan. Taehyung terkaku. Dia terus memandang orang yang memukul pendatang asing tersebut. “Eun Na?!” Taehyung mendekati adiknya. Tangan Eun Na dipenuhi darah. Yang pasti, bukan darahnya.

~*~*~
“Cakap siapa yang hantar kau.” Kata Encik Kim sambil memberi pandangan tajam. Eun Na dan Taehyung memandang antara satu sama lain. “Kau ke yang serang anak perempuan aku hari tu?” Tanya Encik Kim. Orang yang ditangkap tadi hanya mendiamkan diri.

“Aku yakin kau bukan buat kerja ni seorang diri kan? Mana kawan-kawan kau?” Masih tiada jawapan. Taehyung mendekati orang tersebut. “Cuba kau jawab! Jangan diam!” Taehyung hampir menumbuk orang tersebut. “S, saya buat kerja ni dengan kawan. Kawan saya dah lari. Saya buat kerja ni sebab bos suruh.” Jawabnya.

“Bos?” Orang tersebut hanya angguk. “Dia nak balas dendam sebab Encik Kim dah buat dia dengan isteri bercerai. Alasannya, isteri dia tak nak ada suami banduan. Encik Kim pernah menang kes langgar lari yang melibatkan bos saya.” Sambungnya lagi. “Tapi dia yang salah. Kenapa nak balas dendam? Lagipun boleh je pujuk isteri. Kalau isteri jenis macam tu, baik tinggalkan je. Suami isteri ni susah senang kena hadap bersama.” Kata Puan Kim pula.

“Saya nak jumpa bos awak.” Semua orang yang berada di situ mengalih pandangan ke Encik Kim.

TBC

Saya kembali HAHAHA.. Btw yang pasal anxiety² tu tak tau betul ke tak haha.. Ni fikir logik je ngan pengalaman sendiri..

Lama ke hiatus? Tak kan²? Macam biasa, jangan lupa vote^^

Going Crazy | Treasure 💎 [Stop]Where stories live. Discover now