BAB 24💎

40 10 0
                                    

PAKK!!

Bunyi tamparan yang mendarat di pipi Mashiho telah mengejutkan Puan Takata yang berada di dapur. Puan Takata terus menghentikan kegiatannya lalu berlari menuju ke arah datangnya bunyi tamparan tersebut. Dia tahu anaknya ditampar kerana dia sering mendengar tamparan tersebut. Sudah sebati dengan telinganya.

“Awak!” Jerit Puan Takata lalu memegang pipi anaknya yang ditampar. “Awak kenapa ni?! Baru datang dah tampar anak kita ni dah kenapa?!” Dengan tatapan tajam Puan Takata meninggikan suaranya.

“Tanya anak awak tu!” Balas Tuan Takata. “Awak dulu tak pernah macam ni kat Mashiho! Rank dia turun sikit je awak dah berubah 360 darjah! Awak ingat dalam dunia ni ada sorang je ke pandai?!” Sejujurnya Puan Takata ingin menampar suaminya itu tapi dia masih menghormati suaminya itu.

“Kamu okay? Sakit ke?” Mashiho menggelengkan kepalanya lalu melangkah menuju ke biliknya. Dia menghempas pintu biliknya sekuat hati. Dia masih tidak tahu apa alasan ayahnya menampar pipinya secara tiba-tiba.

~*~*~

Mashiho melangkah masuk ke dalam bangunan sekolahnya dengan dengan lesu. “Hai Mashiho.” Seseorang menyapa Mashiho dengan riang. Mashiho tersenyum. “Hai Won Young, Eun Na.” Balasnya. Eun Na tersenyum miring melihat senyuman Mashiho yang penuh makna.

“Kau asal? Nampak penat je ni.” Tanya Eun Na. Won Young angguk tanda setuju akan kata-kata Eun Na sebentar tadi. “Oh, aku lambat tido lepas tu pagi tadi aku bangun mengejut takut tak sempat sarapan.” Jawab Mashiho. “Kenapa lah tido lambat kalau dah tau esok sekolah. Bahaya lah.” Kata Won Young.

“Aku ulang kaji semalam. Tak lama lagi kita ujian kan.” Kata-kata Mashiho membuatkan Won Young dan Eun Na memandang antara satu sama lain. Ada satu lagi yang menarik perhatian Eun Na. “Pipi kau asal bengkak sikit tu?” Tanya Eun Na ingin tahu.

“Ah ni. Tak de pape lah. Dah jom.” Mashiho terus melarikan diri dari mereka. Dia tidak mahu orang tahu apa yang terjadi.

~*~*~

Kelas kedua. Pendidikan Jasmani. Pelajaran yang mengadakan aktiviti di luar kelas atau di dalam kelas. Kali ni kelas Mashiho mengadakan aktiviti luar kelas.

Mereka sedang melakukan aktiviti ringan untuk memanaskan badan sebelum beralih ke aktiviti yang lebih berat. Namun, ditengah-tengah aktiviti ringan ini, kepala Mashiho sudah terasa berat dan pening. Dia mengurut kepalanya untuk menghilangkan rasa pening.

“Mashi, kau okay tak?” Tanya Haruto sambil menyentuh bahu Mashiho. Mashiho hanya anggukkan kepala. “Betul ni? Lepas ni kita berlari. Kalau kau tak larat ke apa ke duduk lah.” Mashiho menggelengkan kepalanya.

“Okay, lari satu padang 2 pusingan. Pandang tak besar mana pun. 3 pusingan pun awak boleh kan?” Kata cikgu pendidikan jasmani. Niat hanya ingin bergurau senda dengan pelajarnya. Dia tidak sekejam Firaun menyuruh mereka berlari 3 atau lebih pusingan.

“1 pusingan pun tak mampu.” Balas Jimin. Cikgu pendidikan jasmani tersebut hanya mampu tergelak melihat gelagat anak murid kesayangannya. “Okay awak semua boleh mula sekarang!” Wisel dibunyikan.

Mereka semua berlari dengan lambat. Terlalu lambat. Haruto yang berada di belakang Mashiho sedang perhatikan Mashiho yang sudah tidak bermaya itu. Lariannya juga longlai. “Mashi stop kejap.” Kata Haruto. Haruto memaksa Mashiho untuk berhenti. “Kau tak okay ni. Jom pergi klinik. Aku cakap ngan cikgu.”

Mashiho tetap berkeras. Dia tetap tidak mahu berhenti tetapi Haruto memegang bahunya untuk berhenti. “Muka kau pucat gile!” Tegas Haruto. “Aku nak teruskan. Aku tak nak markah aku berkurang lagi.” Balas Mashiho dengan lemah.

Haruto mengeluh kasar. “Dengan keadaan kau cam ni boleh pulak kau fikir pasal markah!” Marah Haruto. Jungkook dan Jimin mendekati mereka berdua setelah menonton pertengkaran mereka berdua beberapa saat yang lalu. “Kenapa ni?” Tanya Jimin. Haruto menunjuk Mashiho.

Nafas Mashiho tidak teratur. Padahal dia baru sahaja berlari beberapa saat sebelum kegiatannya itu diganggu. “Weh Mashi. Jungkook, bawakan air dengan kipas!” Jimin memaksa Mashiho duduk pada masa yang sama Mashiho terjatuh tidak sedarkan diri. Nasibnya begitu baik kerana badannya sempat disambut oleh Haruto.

“Weh Mashi!” Haruto menggoncang badan Mashiho berkali-kali. Tetap tiada reaksi dari Mashiho. “Bawa dia pergi klinik dulu. Jimin, tolong Haruto.” Entah sejak bila cikgu pendidikan jasmani muncul di belakang mereka. Mereka berdua melaksanakan perintah cikgu tanpa sembarang bantahan.

TBC

Going Crazy | Treasure 💎 [Stop]Where stories live. Discover now