BAB 22💎

49 14 2
                                    

Berkali-kali Haruto membuang pandangan ke arah jam yang berada di dinding rumah milik Mashiho. Entah berapa lama dia tunggu Mashiho bersiap untuk pergi ke rumah Eun Na.

"Haih! Lambatnya. Perempuan pun kalah ni." Bisik Haruto. "Amboi kau. Dah lah paksa aku bangun awal pagi, complain pulak kat sini." Kata Mashiho sambil menyarung jaket kesayangannya. Biar kelihatan lebih segak.

"Dah jom." Haruto tersenyum melihat hadiah yang dipegangnya. Mashiho memandang Haruto dengan hairan. Tiba-tiba Haruto sweet. "Kau asal tetiba nak bagi hadiah bagai? Bukan ke korang Just berlakon?"

Haruto memandang Mashiho dengan senyuman yang penuh dengan keindahan. "Kau tak tau cerita sebenar bro." Katanya. Mashiho duduk di meja dan mengahadap Haruto yang masih tersenyum memegang hadiah yang bakal menjadi kepunyaan seseorang.

"Apa citer?" Tanya Mashiho ingin tahu. "Sebelum aku suka Chae Yeon, aku suka Eun Na." Jawab Haruto. Sedah terang lagi bersuluh, jawapan Haruto sedikit sebanyak berjaya menarik perhatian Mashiho untuk mengetahui kisahnya dengan lebih lanjut. "Masa dekat sekolah menengah. Aku suka dia. Masa tu dia nerd. Comel je." Sambungnya.

Mashiho menggosok matanya. Adakah ini mimpi? "Aku tau korang pernah sama sekolah dulu. Tapi korang tak rapat pun asal boleh tersuka dia?" Tanya Mashiho. Haruto tergelak kecil. "Haih cam mana ek? Orang panggil tu, cinta pandang pertama. Aku suka dia sejak aku ternampak dia kena buli. Aku rasa serba salah tak tolong dia dulu. Sejak Mak ayah dia kena panggil sebab dia dituduh ponteng sekolah, aku ajak dia masuk kelas taekwando. Dari situ lah aku perasan yang perasaan aku ni bukan sementara." Kata Haruto panjang lebar.

Pejam celik, Pejam celik Mashiho dibuatnya. "Habis tu kenapa kau suka Chae Yeon?" Haruto angkat bahu tanda tidak tahu. "Aku baru je jumpa balik Eun Na tu tahun ni sebab kau. Aku tak tengok Eun Na bertahun-tahun jadi aku tersuka orang lain lah. Bila terjumpa dia semula tu rasa suka tu datang balik."

Mashiho tergelak. Dia melipatkan tangannya sambil memandang Haruto yang masih gembira melihat hadiah yang dipegangnya. "Aku salah faham lah ni? Aku ingat kan kau nak gunakan dia. Kau suka dia rupanya." Haruto anggukkan kepalanya. "Dah jom." Mashiho berdiri. Dia bersedia untuk membantu Haruto dan Eun Na memandangkan mereka sama-sama suka.

~*~*~

"Tu bukan orang yang couple dengan senior kita ke? Dengan crush kau tu." Kata-kata seseorang telah menarik perhatian Eun Na yang sedang memilih makanan yang ada di menu.

Dia memandang sekeliling untuk mencari siapa yang bersuara. "Cik? Cik perlukan apa-apa?" Tanya pelayan restaurant tersebut. Eun Na tersenyum lalu menyerahkan buku menu kepada si pelayan. "Tu je lah. Terima kasih." Kata Eun Na.

Beberapa minit kemudian Taehyung datang lalu duduk di hadapan Eun Na. "Dah order?" Tanya Taehyung. Eun Na hanya anggukkan kepalanya.

"Halah, tak pe lah. Perasaan orang boleh berubah bila-bila masa." Lagi sekali suara tersebut menyapa telinga Eun Na. "Oppa!" Panggil Eun Na dalam keadaan berbisik. Taehyung yang sedang melihat telefon pintar itu terus mengalihkan pandangannya. "Hmm?"

"Ada orang perhatikan Eun Na lah." Kata Eun Na sambil melihat kiri, kanan, depan dan belakang. "Asal pulak? Kau bukannya artis pun." Jawab Taehyung dengan selamba. "Ish! Mana tau sama sekolah dengan Eun Na." Balas Eun Na. Taehyung mengeluh sambil pandang kiri, kanan, depan dan belakang.

"Lelaki tu scandal dia kan. Cuba kau tangkap gambar lepas tu send kat Haruto." Dengan cepat Taehyung menangkap suara tersebut dengan deria pendengarannya. Dia memandang sekitar restaurant. Empunya suara tersebut tidak jauh daripada meja mereka. "Tak payah nak tangkap gambar bagai. Aku ngan Eun Na ni bukan artis. Nak aku call polis ke?" Dengan dingin Taehyung bersuara. Terkejut Eun Na dibuatnya.

Eun Na terus menoleh ke arah mereka. 'Familiar' Bisik hati Eun Na. 'Asal muka dia macam Chae Yeon?' Sambungannya lagi. Gadis tersebut terus meletakkan telefonnya tadi. "Adik aku ni straight. Tak payah nak simpan gambar dia. Buang masa." Eun Na terus menjeling abangnya.

"Hai Eun Na." Dari arah bertentangan, seseorang menyapa Eun Na. "Eh, Mashi." Dengan gembira Taehyung mengajak Mashiho duduk bersama mereka. Tidak lupa juga Haruto yang sedang memegang hadiah.

~*~*~

Sepanjang mereka makan, Eun Na hanya mampu menutup mulut dan sesekali memberi senyuman manis kepada mereka. Dia berasa kekok. Mungkin kerana Haruto duduk tepat di sebelahnya.

"Woah hyung, thanks ah belanja makan." Kata Mashiho. "No Problem, lain kali kita makan sama-sama lagi." Balas Taehyung.

"Ermm Eun Na." Panggil Haruto. Eun Na memberi pandangan yang kosong kepada Haruto. "Ni hadiah kau." Kata Haruto sambil menyerahkan hadiah yang dipegangnya. Taehyung tersenyum melihat reaksi Eun Na yang terkejut.

"Ada apa-apa yang aku tak tau ke ni?" Tanya Taehyung sambil menatap adiknya. "Halah, biasa lah anak muda. Hyung bila lagi?" Balas Mashiho diselit dengan pertanyaan. "Jodoh belum lagi."

Mashiho menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat Taehyung yang tidak tahu hendak menjawab pertanyaannya itu. Seolah-olah soalan yang dilontarkan adalah soalan KBAT. Dia beralih pandangan. Dia tidak sangka Haruto menyukai Eun Na sebelum menyukai Chae Yeon. Dia berharap semoga hubungan mereka lebih erat.

TBC

Formal sikit kan? Nak practice² gitu😂Jangan lupa dermakan bintang and love you💗🌹

Going Crazy | Treasure 💎 [Stop]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora