BAB 9💎

103 18 0
                                    

"Eun Na, sayang! Turun, kawan nak jumpa." Jerit Puan Kim. Eun Na yang sedang berangan cepat-cepat sedar. "Jap!" Eun Na terus berlari menuju ke ruang tamu.

Terkejut beruk Eun Na setelah melihat kawan yang dikatakan eommanya. "Hai Eun Na." Mashiho melambaikan tangannya sambil tersenyum nakal. Haruto juga berada di situ. "Hai." Kata Haruto sambil melambaikan tangannya.

'Haih budak ni! Sabo, sabo...'
"Korang buat apa kat sini?" Tanya Eun Na sambil tersenyum paksa lalu menjeling Mashiho. "Kami nak ajak kau dengan Won Young belajar sama-sama. Tapi aku tak tau pulak nombor dia." Jawab Mashiho sambil mengeluarkan telefon pintarnya.

"Kau ni, dah lama kawan masih tak de nombor dia.. Sini phone kau." Kata Eun Na. Mashiho menyerahkan telefon pintarnya pada Eun Na. Beberapa minit kemudian Eun Na menyerah telefon tersebut kepada tuannya.

"Kau call dia.. Aku nak bersiap jap." Eun Na terus berlari menuju ke biliknya. Eun Na terus menutup pintu dengan kuat. "Kenapa tu?" Tanya Puan Kim yang baru sahaja datang dari dapur sambil membawa minuman. "Entah lah anty." Jawab Mashiho.

"Nah minumlah dulu sebelum gerak. Haruto kan? Kawan Eun Na juga? Anty tak pernah nampak pun." Tanya Puan Kim dengan senyuman manis nya.. Hehe bakal mak mertua^^

"Ah, ye.. Saya kawan dia sejak umur dia 14 tahun. Tapi masa tu kami kawan sekejap je. Tak sangka jumpa balik." Jawab Haruto. Mashiho memandang Haruto. Jadi mereka ni sama sekolah lah sebelum masuk sekolah tu? Ah, ada logiknya jugak sebab Haruto masuk sekolah tu masa umur 16. Murid tahun kedua. Puan Kim angguk tanda faham. "Ah, Mashiho, eomma kamu apa khabar?"

"Baik je. Dia sekarang sibuk dengan kerja." Jawab Mashiho. "Owhh, bagus lah. Biasalah tu." Jawab Puan Kim. Mashiho dan Haruto hanya tersenyum. Tak tau nak cakap apa lagi.

~*~*~

Eun Na, Mashiho, Haruto dan Won Young sedang belajar di sebuah perpustakaan yang terkenal di Seoul. Ramai pelajar daripada pelbagai sekolah memilih untuk study group bersama di perpustakaan ini. Kenapa? Sebab banyak kemudahan dan senang memperoleh maklumat penting di sini.

Tujuan utama Mashiho mengajak mereka ke sini bukan kerana belajar. Biasalah kalau dah ada crush, lagi-lagi crush tu kawan baik kepada kawan baik sendiri. Haruto kusyuk membaca buku yang agak membosankan bagi Mashiho. Entah kenapa kawannya yang satu ni suka baca buku macam tu.

Eun Na dan Won Young juga sedang membaca buku. Tapi buku yang dibaca mereka bukan buku pelajaran. Singkat kata, mereka telah lari daripada rancangan Mashiho untuk belajar bersama. Ini lah anak muda.

Dengan perlahan Mashiho mengeluh dan menyandarkan diri di kerusi. Haruto yang dapat dengar keluhan Mashiho dengan jelas itu terus menoleh ke arahnya. "Kau dah kenapa?" Tanya Haruto. Eun Na dan Won Young yang terdengar pertanyaan Haruto terus memandang Mashiho. Mashiho terasa seperti watak utama dalam sebuah cerita kerana semua mata tertumpu padanya. Ceh!

"Tak de pape. Aku just bosan je." Jawab Mashiho sambil meletakkan kepalanya di atas meja. "Lah, dia yang ajak dia jugak yang bosan." Kata Eun Na. Mashiho terus memandang Eun Na dengan keadaan bibirnya muncung. "Ngade." Kata Eun Na.

"Kita kurang something ni. Aku gi beli air jap. Eun Na, jom." Dengan tiba-tibanya Haruto mengajak Eun Na beli air. Won Young yang berada di sebelah Eun Na berusaha menahan ketawanya. Begitu juga Mashiho. 

Eun Na? Hanya angguk dengan kekok. Dengan hati yang berdebar, Eun Na bangun dari tempat duduknya lalu mengikut belakang Haruto menuju ke sebuah cafe yang berdekatan dengan perpustakaan tersebut. "Good luck!" Jerit Won Young. Eun Na menoleh ke arah Won Young dengan pandangan maut. Won Young hanya tergelak dari kejauhan.

"Good luck kenapa?" Tanya Haruto. Eun Na terus memandang Haruto. Entah apa yang harus dia jawab. "Ah, haha tu. Entah lah" Jawab Eun Na. Haruto hanya angguk. Entah apa yang dia faham.

TBC

Haruto

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haruto

Mashiho

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mashiho

Mashiho

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eun Na

Won Young

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Won Young

Credit: Pinterest

~*~*~
Maaf ye sebab lambat up😭Sebok sangat akhir² ni....

Btw kalau ada nampak cerita orang yang sama macam cerita ni, boleh chat ye....

Jangan lupa vote and follow ye^^ Thank you so much❤

Going Crazy | Treasure 💎 [Stop]Where stories live. Discover now