BAB 4💎

136 18 3
                                    

Eun Na POV~

Dengan perasaan penuh gembira aku melangkah masuk ke dalam rumah. Senyuman tidak pernah terlepas dari bibir. Bahagia tak terkata. Aku sendiri pun tak tau penyebab aku gembira sangat. Hahahahaha!

Entah kenapa aku rasa bertuah gila dapat kawan macam Mashiho. Dia baik, dia selalu je sokong aku. Eh! Tak de lah selalu. Tak kan benda salah pun nak sokong jugak en.

Entah kenapa perasaan aku dekat Haruto tu tak pernah pudar. Drama en aku ni.

"Ehem!" Aku terus menoleh ke arah orang yang berdehem tadi. Senyuman aku terus hilang. Hilang entah ke mana. "Kenapa?" Kataku.

Yup! Orang tu abang aku. Kim Taehyung. "Tak de pape.. Kenapa tersenyum cam orang gila ni?" Dengan selambernyer dia cakap. Aku malas nak layan dia. Buang masa je. Kang cakap lebih, gaduh pulak. Jadi adik derhaka pulak nanti.

"Ni, eomma dengan appa kata balik lambat sikit. Kau duduk sorang lah nanti kan? Oppa ada pesakit nak rawat." Kata oppa sambil melihat jam tangan. Segak jugak abang aku pakai baju formal. Macam bukan umur 25 tahun. Agak sama macam Haruto. Cuma bezanya ketinggian. Ha, gitu.

"Ada lagi ke orang kat dalam rumah ni selain Eun Na? Mestilah aku duduk sorang oppa oi!" Kata ku. Soalan dia memang susah sangat nak dijawab. Sampai aku sendiri tak tau betul ke tak jawapan tu. Ha camne tu?

"Kau duduk kat rumah tau. Jangan keluar. Kalau kau keluar siap kau! Aku jual Album BTS kau."

Eh! Pandai lak ugut aku dia ni. Memang nak kena rebus selipar untuk dia ni. "Ye lah. Dah pergi sana." Kataku. Tanpa banyak tanya, oppa terus pergi keluar dengan tergesa-gesa. Mesti dapat pesakit baru lagi. Tak pun pesakit dia tu memerlukan dia sekarang. Entahlah.

Aku terus mengunci pintu dan berlari menuju ke bilik. Takut jugak tinggal sorang-sorang. Aku ni perempuan. Masih mentah pulak tu. Aku dah lama tak belajar taekwando pe semua. Oppa aku memang dah tak kan izinkan aku belajar seni tu sejak aku cedera. Bahaya katanya.

Aku terus mengambil tuala untuk mandi. Biasanya aku makan dulu. Oleh kerana oppa dah pergi kerja, aku mandilah dulu.

~*~*~

Taehyung POV~

Entah kenapa aku rasa tak sedap hati lepas aku tinggalkan adik aku kat rumah tadi. Think positive Taehyung.

"Taehyung... " Panggil seseorang sambil mengetuk pintu bilik pejabat aku. Aku terus menoleh ke arahnya. "Owhh Nuna." Aku terus membetulkan kedudukan kerusi aku yang tadinya menghadap almari buku.

"Kenapa ni? Nampak gelisah dah kenapa?" Tanya Nuna yang dikenali sebagai Lalisa Manoban. Lebih mesra dipanggil Lisa. Tapi aku panggil dia Nuna sebab dia lebih tua dari aku. "Tak de lah. Tae cuma risaukan Eun Na kat rumah tu. Dah lah dia sorang je sekarang. Eomma dengan appa balik lambat." Jawabku. Aku memang tengah risau sekarang. Nasib baiklah appoinment aku dengan klien aku dah habis.

"Cuba call dia kalau dah risau sangat. Nuna tengok Tae dari tadi risau macam hilang bini." Ye tak ye jugak kan. Kenapa lah aku tak terfikir. Aku terus mengeluarkan telefon ku. "Nuna keluar dulu lah ye. Husband Nuna dah tunggu tu." Katanya. Aku hanya angguk.

Beberapa saat kemudian Nuna hilang dari pandangan aku. Aku terus mendail nombor telefon adik aku. Risau gila aku dengan dia ni.

Beberapa saat kemudian.... "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi...... " Ha, sudah! Kenapa adik aku tak angkat ni?

Aku terus mencuba dan mencuba. Hasilnya tetap sama. Dan akhirnya ada seseorang call aku. Entah nombor apa. Aku terus menjawab panggilan tersebut.

"Yeoboseyo?" Aku memulakan perbicaraan dengan kata-kata manis. Gitu.. Eh! Fokus!

"Yang ni oppa Eun Na ke?" Tanya si pemanggil. "Ye. Kenapa ye?" Hati aku mula rasa resah. Entah kenapa dia call aku. Entah macam mana dapat nombor aku. Banyak sangat tanda tanya kat kepala otak aku ni. Kenapa ngan adik aku?

~*~*~

Mashiho POV~

"Ha cam mana?" Tanya aku. Haruto meletakkan telefonnya di atas meja. "Oppa dia on the way." Jawab Haruto. Aku hanya angguk lalu memandang Eun Na yang masih tak sedarkan diri.

Tadi...............

Aku dengan Haruto bercadang nak pergi lepak kat kedai sekejap lepas hantar Eun Na balik rumah. Secara tak sengaja aku terdengar perbualan dia dengan Tae hyung. Entah kenapa aku nak sangat dengar apa yang hyung cakap kat Eun Na. Jadi aku suruh Haruto tunggu sekejap.

Lepas habis semua tu, aku terus ajak Haruto pergi dari situ. "Kau dah kenapa intip mereka?" Tanya Haruto. Aku mengeluh. "Tak de lah. Aku tiba-tiba nak dengar." Jawabku. Haruto hanya angguk tanda memahami perasaan aku. Ceh!

Beberapa minit kemudian kami sampai kat kedai tempat kami dua selalu lepak. Tempat kegemaran kami berdua. Maklumlah, member kan. Hahahaha!

Aku tetiba rasa tak sedap hati. Aku rasa macam nak patah balik pergi rumah Eun Na yang besar tak terkata. Appa dia peguam, jadi bahaya tinggalkan anak tanpa ada orang yang jaga. Boleh je orang balas dendam kan.

Eh! Kesitu pulak aku. Hmm, dia ok je kot. "Weih!" Jeritan sederhana Haruto menyebabkan aku terkejut. Entah berapa lama fikiran aku melayang. "Kau nak oder apa?" Tanya Haruto. Aku menggeleng kepala. "Kau je lah oder. Aku nak gi rumah Eun Na." Kau terus berlari tanpa menghiraukan Haruto.

TBC...

Going Crazy | Treasure 💎 [Stop]Where stories live. Discover now