BAB 25💎

38 8 2
                                    

Perlahan-lahan Mashiho membuka matanya. Silau, pening, susah untuk bernafas. Itulah yang dirasainya sekarang. “Feel better?” Tanya seseorang. Mashiho menoleh secara perlahan ke arah suara tersebut. “Hmm sikit.” Jawab Mashiho.

“Bagus lah. Btw kau pengsan dari semalam. Pihak klinik sekolah terus bawak kau pergi hospital.” Katanya. Mashiho terkejut mendengar kata-kata orang tersebut. “Tak lawak lah Eun Na.” Kata Mashiho. Eun Na menjeling Mashiho lalu mengeluh kasar. “Dah 24 jam kau kena tahan kat sini. Buat lawak benda nye.”

“Asal lama sangat aku pengsan?” Eun Na mengangkat bahunya. “Aku nak kau jujur. Kau bukan sekali je tido lambat kan? Doktor kata kau tak cukup rehat.” Mashiho tersengih. Dia tahu dia salah tapi dia buat juga kerana tidak mahu pindah ke sekolah lain.

“Mak kau dan ceritakan kat aku.” Sambungannya lagi. Mashiho angguk. “Ayah kau jarang tengok kau turun rank. Sebab tu lah jadi macam tu.” Eun Na cuba menenangkan hati Mashiho. Mashiho mengeluh. “Sampai tampar aku?”

“Dah, dah. Rehat sana. Aku nak keluar jap. Sat gi Haruto datang.” Kata Eun Na. Mashiho hanya angguk. Eun Na memasang langkah keluar dari wad Mashiho.

‘Aish! Adik aku suka Haruto jugak!’ Kata-kata itu terngiang-ngiang di kepala Eun Na. “Maknanya Chae Yeon pun suka Haruto?” Bisik Eun Na lalu mengeluh.

“Eun Na?” Panggil seseorang. Eun Na mengalih pandangannya ke arah orang tersebut. “Oh, uncle.” Tuan Takata tersenyum melihat Eun Na. “Terima kasih lah dah temankan Mashiho. Uncle risau.” Katanya. Eun Na angguk sambil tersenyum manis. “Uncle, kita duduk dulu.” Ajak Eun Na lalu duduk di kerusi yang ada di hadapan wad tersebut. Tuan Takata mengikut langkah Eun Na.

Eun Na menatap Tuan Takata. “Uncle tau tak?” Tuan Takata menggeleng. ‘Sabar lah, aku belum habis cakap.’ Bisik hati Eun Na. “Mashiho tu Friendly orangnya. Pandai pulak tu.” Kata Eun Na dengan penuh makna. Memberi harapan setinggi gunung kepada kata-katanya supaya dapat melembutkan hati Tuan Takata.

“Walaupun rank dia menurun, dia tetap dalam senarai top 5 murid paling cemerlang tahun terakhir and top 3 dalam kelas dia. Saya ni pun jarang nak berada di tahap macam tu. Hampir tak pernah.” Sambungannya lagi. “Maaf, uncle cuma takut dia terus menurun.” Tuan Takata menyesal dengan tindakannya terhadap anak tunggal kesayangannya. Mashiho tidak pernah dilayan sebegitu rupa. Mungkin sebab itu Mashiho kepenatan.

“Uncle dapat kerja buka syarikat besar sebab orang check or tanya rank kelas ke?” Tanya Eun Na. Tuan Takata kehilangan kata-katanya. Tuan Takata menggelengkan kepalanya. “Di situ kita boleh nampak. Rank kelas tak penting. Yang penting markah ujian dengan credit atau tidak. Walaupun seseorang tu gagal, itu maknanya ada rancangan lain untuk dia.”

“Manusia hanya mampu merancang. Yang tentukan Tuhan.” Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba Haruto datang dari arah bertentangan Eun Na. Haruto berdiri tepat di hadapan Eun Na. “Saya yang sama kelas dengan dia. Rank saya 27 per 60. Dia 3 per 60.” Kata-kata Haruto membuatkan Tuan Takata membulatkan matanya. Ya, rank Haruto terlalu rendah baginya. Tetapi Tuan Takata tidak pernah memandang rendah.

“Saya pulak 12 per 58 dalam kelas. Walaupun kelas kami berbeza and saya tahun ketiga, saya rasa dia hebat sebab tahun terakhir bukan senang nak dapat rank macam tu.” Sambung Eun Na. “Aku pernah dapat rank macam tu tahun pertama ngan kedua je. Pastu rank aku turun mendadak.” Kata Haruto. Eun Na menjeling Haruto. “Kau tu malas belajar.”

Tuan Takata tersenyum melihat pergaduhan kecil diantara Eun Na dan Haruto. Mungkin benar kata Eun Na, rank tidak penting. Mereka dah berusaha sedaya upaya untuk belajar. Tugas ibu bapa adalah untuk memahami anak dan membimbing mereka dengan sedikit tegas. Bukannya dengan kekerasan.

~*~*~

“Tu bukan gf Haruto ke?”
“Aku dengar dia baru je terima Haruto jadi Bf dia hari tu.”
“Jadi selama ni mereka belum sah bercouple lah?”
“Kau suka Haruto kan? Ambik je lah dari Eun Na. Mereka dua tak sedondon. Pelik gila.”

Jihan terdengar perbualan sekumpulan remaja perempuan. Dia tidak pasti itu siapa, yang pasti dia pelajar tahun pertama. Jihan berlari menuju ke kelasnya.

“Eun Na!” Jerit Jihan. Semua pelajar yang berada di kelas tersebut terpinga-pinga. Ketua kelas mendekati Jihan yang tercungap-cungap. “Salah kelas ni dek.” Katanya. Jihan menunduk. “Chamsahamnida.” Katanya. ‘Haduh, ni kelas Haruto ni. Kang dia tanya aku kenapa panggil Eun Na, mampus aku.’ Bisik hati Jihan.

“Kenapa dengan Eun Na?” Tanya Haruto dari jauh. Lebih tepatnya, di tempat duduknya sendiri. “Err..... Haha, tak de pape. See ya~” Jihan terus berlari menuju ke kelasnya. “Eun n-”

“Eun Na tak de.” Belum sempat Jihan meneruskan kata-katanya, ketua kelas mereka terus memotong. “Dia pergi mana?” Tanya Jihan. “Susun buku kat perpustakaan. Ada senior yang ajak.” Jawab Won Young. Jihan angguk tanda faham.

“Eun Na dengan siapa kat perpustakaan?” Tiba-tiba Haruto menyampuk.

“Kamjagiya!”- Jihan
“Hai Jihan~”- Jungkook & Jimin
“Ada gosip terbaru ke? Kalau pasal Haruto dengan Eun Na couple, tu memang betul.”- Mashiho

“Aish jinjja! Kenapa tak bawa satu kelas sekali datang sini?!” Marah Jihan. “Nak aku panggil satu kelas ke?” Tanya Haruto. Jihan hanya mampu bersabar. Ikut kan hati, mahu sahaja dia menumbuk Haruto. “Dia dengan Chae Yeon.” Ketua kelas yang agak dingin sifatnya itu menjawab pertanyaan Haruto. Mashiho terkejut sambil ternganga.

“Haruto ikut aku jap.” Tanpa menunggu balasan daripada Haruto, Mashiho terus manarik tangannya lalu membawanya ke tempat yang sedikit sunyi. “Haruto!”

“Chae Yeon dengan adik dia suka aku.” Kata Haruto dengan selamba. Mashiho membulatkan matanya. “Macam mana kau tau?” Haruto tergelak kecil. “Bukan aku sorang je tau. Eun Na pun tau.” “What?!”

Di tempat lain. 2 remaja sedang membersihkan perpustakaan. Seorang pelajar tahun terakhir dan seorang lagi pelajar tahun ketiga. “Aku suka Haruto.” Kata pelajar tahun ketiga. Pelajar tahun terakhir mengeluh lalu berkata “Aku pun su-”

“Aku tau.” Pelajar tahun ketiga memotong kata-kata pelajar terakhir lalu menatap pelajar terakhir. “How?”

TBC

Begitu lah kisahnya~ Saya ubah plot twist sebab plot twist lama cerita terlalu mendatar.. Like this😑

Going Crazy | Treasure 💎 [Stop]Where stories live. Discover now