BAB 16💎

52 11 0
                                    

Mashiho berjalan masuk ke dalam kelas. Dia menatap Haruto yang sedang ketawa bersama dua lagi sahabatnya. Dengan laju dia menghampiri Haruto sebab kalau lambat nanti masa habis.

“Kau serius lah Ruto?” Tanya Mashiho secara tiba-tiba. Jimin dan Jungkook menoleh antara satu sama lain. Ada benda ke yang mereka tak tau? “Apa benda weh? Apa kes?” Tanya Jimin. Mashiho mengeluh. “Aku tak setuju.” Kata Mashiho. Merajuk Jimin sebab dia abaikan soalan Jimin.

“Tu keputusan aku. Bukan kau.” Jawab Haruto. Mashiho ketawa kecil. “Keputusan kau? Ikut sedap kepala kau je lah? Orang lain cam mana? Jangan selfish bro.” Kata-kata Mashiho telah menghidupkan aura seram Jungkook. “Weh, korang gaduh pasal apa? Aku rasa better selesaikan cara elok. Kita ni kawan, jangan gaduh.” Mashiho tidak menghiraukan kata-kata Jungkook. Yang penting sekarang dia ingin menumbuk Haruto tepat di mukanya.

“Hal aku, biar aku uruskan. Kau jangan sibuk.” Balas Haruto. Sekali lagi Mashiho mengeluh. Dia tak nak persahabatan mereka hancur hanya disebabkan oleh hal remeh. Dia tak nak putuskan hubungan persahabatan dia dengan Haruto. Walaupun emosi dia tak terkawal sebab kes ni melibatkan dua orang sahabat sejati. “Jangan disebabkan kau kecewa dengan crush kau, kau gunakan orang lain untuk lupakan dia. Kau tau kan orang yang kau nak jadikan gf tu macam mana perangai dia? Sifat dia? Nanti dia rasa dia ni tak berguna. Jangan lah layan emosi kau tu. Lambat laun dia bilang jugak.“ Kata Mashiho dengan lembut.

Haruto secara tiba-tiba tersedar. Mungkin ada betulnya juga. Jangan gunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri sahaja. “Tapi aku akan cuba suka dia.“ Balas Haruto sambil menatap Mashiho. Mashiho menepuk pelan bahu Haruto. “Eun Na tu kawan aku dari kecik lagi. Aku dah masak dengan perangai dia. Kau nak jadikan dia gf kau sebab dia suka kau and kau rasa kerja kau akan mudah? Ajak dia then dia akan setuju sebab dia dah suka kau. Mudah memang mudah. Tapi kau suka dia jugak ke?”

“Ruto, kalau kau tak suka dia. Benda ni akan jadi lebih teruk. Banyak salah faham berlaku. And maybe dia akan benci kau bila dapat tau.” Sambung Mashiho. Haruto terdiam seribu kata. Dan kini Jimin dan Jungkook faham. Hanya dengan ceramah Mashiho mereka dah faham.

(Apalagi kalau dah dapat hatinya. Tiber)

~*~*~
Mashiho POV~

Aku sekarang tengah berjalan. Pergi mana? Pergi ke hatimu. Tengah syok jalan nak pergi cafe sekolah tiba-tiba aku ternampak Chae Yeon dengan bf dia. Fuh! Sweet weh. Tapi aku abaikan je. Tak kan lah nak serbu mereka pulak. Tak nak lah digelar gila disebabkan serbu orang tanpa alasan. Gitew.

“Saya nak air kopi dengan roti blueberry fresh cream.” Kata aku kat mak cik cafe. “Aik, selalunya dengan kawan kamu yang tinggi badannya tu. Mana dia?” Tanya mak cik cafe. Btw nama dia Mak Cik Ina. Nama full aku tak tau. Kami tak rapat tapi mak cik ni peramah orangnya.

“Tengah broken mak cik.” Jawab aku dengan selamba. Mak Cik Ina terus anggukkan kepala. Dia masukan roti aku dengan air aku dalam satu bag kertas yang boleh dikitar semula. Aku ada nampak dia letak extra air dengan roti perisa lain. “Eh, terlebih ni mak cik.” Kata aku dengan hairan. Mak Cik Ina hanya tersenyum.

“Kongsi dengan kawan-kawan kamu. Mak cik belanja.” Balas Mak Cik Ina. Aku tersenyum. Baik jugak Mak Cik Ina even aku tak rapat dengan dia. “Terima kasih mak cik. Saya minta diri dulu. Have a nice day.” Kataku lalu melangkah pergi. Mak Cik Ina bagi makanan manis sebab Haruto broken ke? Tapi Haruto bukan perempuan🤔Tak pe lah, rezeki hoho.

TBC

Going Crazy | Treasure 💎 [Stop]Where stories live. Discover now