BAB 23💎

43 13 0
                                    

"Papa ada tanya cikgu kamu." Kata Ayah Mashiho. Tuan Takata sambil memandang Mashiho dengan padangan yang tajam. Mashiho hanya tunduk. Dia tidak mahu menatap ayahnya yang tegas itu.

"Kenapa?" Tanya Tuan Takata. Masih menatap anak tunggalnya itu. "Sebelum jian nanti papa nak upah tutor je. Makin banyak kawan makin turun markah kamu." Tuan Takata melempar kertas A4 di hadapan anaknya.

"Jangan tegas sangat dengan anak." Puan Takata mengambil kertas tersebut. "Keputusan dia tetap bagus walaupun rank dalam kelas menurun. Awak jangan hanya tengok markah tapi tengoklah perjuangan anak kita." Sambungnya. Tuan Takata ketawa kecil. "Awak manjakan sangat anak awak. Sebab tu lah merosot." Tuan Takata berdiri lalu mendekati anaknya itu.

"Kalau merosot lagi, papa pindahkan kamu!" Tegas Tuan Takata lalu melangkah keluar dari rumah. Mashiho mengeluh lalu duduk di atas sofa. Puan Takata mengusap lembut bahu anaknya. "Sayang, jangan risau okay. Nanti mama pujuk papa." Mashiho hanya mampu menganggukkan kepalanya.

~*~*~

Seminggu kemudian.......

"Bro, bro sekalian. Nak pergi makan tak?" Ajak Jungkook. Haruto yang tertarik dengan ajakan rakan seperjuangan nya itu hanya angguk. Begitu juga Jimin. Sesi persekolahan dah tamat dan sekarang masanya untuk balik. Mashiho hanya menyusun buku tanpa memandang akan-rakan nya itu.

"Mashi?" Jimin cuba mengambil perhatian Mashiho. Mashiho mengeluh. "Korang je lah pergi. Aku penat sikit." Kata Mashiho sambil tersenyum. "Kau okay ke? Asal nampak macam tak de mood ni?" Tanya Jungkook.

"Jangan cakap korang dua gaduh lagi." Dengan cepat Haruto menggelengkan kepalanya. Jimin mengangkat kepalanya tanda ingin tahu apa yang berlaku. "Kami tak gaduh pun. Aku penat je ni." Kata Mashiho. Mashiho berharap jawapan itu dapat menjawab segala pertanyaan yang ada di dalam kepala mereka.

"Okay lah kalau cam tu. Rehat kat rumah tu. Tido puas-puas." Kata-kata Jimin hanya dibalas dengan senyuman Mashiho. "Aku pergi dulu. Bye."

Mashiho melangkah keluar dari kelasnya. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni dia fikirkan Eun Na dengan Haruto. Entah kenapa dia ambil berat pasal Eun Na. Dia rasa serba salah. Hatinya seolah-olah ingin menjauhkan diri dari Haruto.

Baru sahaja hendak melangkah keluar dari bangunan sekolah, namanya dipanggil. "Mashiho!" Mashiho tidak menoleh ke arah empunya suara. Dia hanya mengeluh kerana dia tahu siapa pemilik suara tersebut. Dia hanya mampu mengurut kepalanya. Rasa pening menyerang tanpa sebab.

"Mashi, kau kena tolong aku." Kata pemilik suara tersebut. "Chae Yeon, aku dah cakap aku tak dapat tolong kau." Kata Mashiho. Chae Yeon menggelengkan kepalanya. "No, bukan pasal tu. Adik aku." Kata-kata Chae Yeon terhenti kerana Chae Yeon kekurangan oksigen setelah berlari beribu-ribu batu. Tak jugak.

"Adik kau kenapa? Siapa adik kau? Kau ada adik ke?" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Mashiho. Chae Yeon anggukkan kepalanya. "Aish! Adik aku suka Haruto jugak!" Jerit Chae Yeon. Stress mungkin.

"Adik kau siapa?" Tanya Mashiho tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Chae Yeon. "Chung Ae. Lee Chung Ae."

TBC

↓↓↓↓↓↓↓
























↓↓↓↓↓↓↓

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Going Crazy | Treasure 💎 [Stop]Where stories live. Discover now